Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Monday, May 27, 2013

Beading Patch Lace; Aku yang keriakan


Hai pembaca yang budiman... selamat sore... kalian sihat? Aku juga sihat.. Hehehe.. Drama sinetron. Well... hidup memang macam drama kan? Sendiri jadi pengarah sendiri jadi pelakonlah. Jadi sila berlakon dengan penuh penghayatan ye adik2... Nanti hujung tahun ko bagi trofi best actor kat diri sendiri tau... Clap!! Clap!! Clap!! Ha masa tu jangan lupa tempah baju bling2 kat akak PepariDsign tau!!!! Muahahahaha....

Aku nak berlagak sikit dalam entry ni. So aku dah warning awal2.. Jadi kalau tanak tengok keberlagakan aku dengan lebih lanjut sila tekan butang pangkah di hujung kanan belah atas monitor anda ya. Kalau nak tengok jauh mana aku berlagak meh la teruskan baca. Hehehe.. Mau kena maki aku ni karang haha..

Aku nak berlagak ni... sila baca dengan penuh tawaduk ya :P



Apa yang nak diberlagakkan??




Tengoklah ni....................




























     
Marbellesss tak uolsss???







Muahahahahahaha..... Berlagak tak? Penuh keriakan kan? Korang tau kenapa aku riak? Sebabnya aku kan agak lembap bila bab beading + patch lace ni kan.. So bila diasak dan dicabar, aku rasa eh pandai jugak aku nak memanikkan atas lace ni hahaha..  Korang maafkanlah keterujaan aku yang dah jadi riak takabur ni hehehehehe... :P

Jujurnya, memang aku sangat lemah dalam menghasilkan seni manik bersama tampalan lace. Kalau korang perasan, sekarang ni trend patch lace. Well aku masih ada lagi satu pemikiran yang mungkin orang cakap agak orthodox, tapi itulah aku. Peduli la kan buah pikiran aku pun hehe..

Pada aku, seni tampalan lace bersama manik ni perlukan satu tahap kesenian dan kretiviti yang tinggi. Sangat tinggi. Maaf, aku tak pandang setakat kalau kau tampal lace lepas tu kau tabur pearl sejengkal2. Sorry.. aku pandang sekilas lalu je. Jangan marah tau. Sebab aku rasa tu kerja orang malas! Nak duit tapi malas! Memang kadang customer jenis tak kesah, tapi kita as beader kena ada effort juga.

Kenapa aku cakap macam tu? Sebabnya, lace tu sendiri dah cantik dah kan? Betul tak? Lagi kalau lace jenis mahal. Memang tak perlu dah kau tambah manik dah cantik dah. Tapi kadang orang kita ni memang sukakan sesuatu yang cantik nak lebih lagi.. Nak cantik lagi. Lalu dimanikkan lagi atas lace. Memang kalau kena gaya nampak sangat elegance and exclusive. Tapi kalau tak kena gaya, alahai kau beli lace RM600/meter pun nampak cheapskate dik. Lagi pulak kalau jenis malas main tampal batu besar2 atas lace tu.. Choiiiii!!! Marah akak tauuu!!! Kau dah kenapa???

So bila customer ni nak kan tampalan lace, siap diberi contoh baju artis lagi kau. Kau memang kelas dik!!! Hehehe.. Seriously taste customer ni memang high. Aku salute. Sebab punya citarasa yang tinggi dan jenis tak kisah nak spend untuk nampak cantik menawan. Sentiasa menjaga penampilannya.

Jadi awalnya aku memang buntu. Jenuh aku nak gayakan lace tu kat dress berlining ni. Oh tak masuk lagi kira dengan betapa mencabar nya nak jahit ya uols.. Korang bayangkan lah, berlining dgn kain shiffon (kalau tak silap aku). Dengan tangan aku saiz XXL ni nak seluk baju saiz XS, cuba kau bayangkan??? Hazab uolss!! Berpeluh2 akak nak menjahit.. Seriously, sangat mencabar.. Especially bab tangan dia. Manik di baju ni dihilitekan di bahagian depan dari bahu ke pinggang kemudian bahu ke lengan.

Uhhhh nanti akak cite macam mana process jahit dia ya? Entry ni akak nak berlagak je hahahahahah... Petir kat luar sana tu.. Takut!!! 





Riak lagi.. hahahaha

Jangan marah naaaaaa....


:P

1 comment:

  1. perkh kak..... kalu dana mmg bercinta lah nk siap kan nih... ni pun ada 1 baju customer antar tak tau bile nk mule ahak2...

    ReplyDelete