Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Friday, March 15, 2013

Selamat Hari Jadi Umi...


33 angkanya. Cantik bukan?

Ya, hari ini umurku genap 33 tahun. Sudah melebihi suku abad kan? Alhamdulillah.

No.. No special celebration or what.. Memang sedari dulu pun aku tak pernah menyambut ulang tahun aku.

33 tahun bernafas kat dunia ni.. apa sudah puas?

Relatifnya puas itu memang subjektif kan? Manusia mana pernah puas. Jika diberi tempoh masa lagi Ya Allah, ampunkanlah aku kerana masih tamak mahukan yang terbaik untuk diriku. Semuanya yang terbaik, walaupun aku pasti aku belum lagi berikan yang terbaik buat Mu Ya Allah...

Ampunkanlah aku kerana mengetahui apa yang sepatutnya tapi kadang aku leka dengan nikmatMu Ya Allah...

Janganlah kau tarik nikmat yang telah kau berikan kepada ku Ya Allah..
Berilah kekuatan pada diriku Ya Allah.. Segala dugaan ini kadang terlalu berat rasanya. Tapi kadang entah kenapa berat benar diri untuk sedar.

Berilah petunjuk dan hidayah Mu pada diriku Ya Allah..

Ya Allah, terlalu banyak yang aku mahukan.. yang aku kehendakkan... Tak termampu disebut di mulut ini Ya Allah.. Hanya kau yang Maha Mengetahui..

Kalau segala percaturan ini yang terbaik buat diriku, aku redha..

Terima kasih kerana masih memberi sedikit ruang lagi bagiku untuk bernafas...

Alhamdulillah.....





-------------------------------------------------------------------------------------------


Maaf, aku sedikit sayu. Entah kenapa teringat betul dengan arwah Abah. Semoga roh Abah dicucuri rahmat.

Abah... aku rindu.

2 comments:

  1. hepy belated birthday kak... semoga akak kekal sihat, di rahmati n lebih sukses lg...

    ReplyDelete
  2. Assalam Umi

    I did text u a birthday wish. Dunno whether it reach u x...

    Anyway, may Allah grants u the best.

    I miss my abah too...

    BnTB

    ReplyDelete