Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Tuesday, March 5, 2013

Air mata darah di Lahad Datu


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Cukup menonton di TV, buat hati ini  jadi sebak. Inilah nilai sebenar yang agung untuk ungkapan "Saya cintakan Malaysia". Bukan sekadar menyanyi2.. menari2.. sekadar di mulut. Semuanya kosong.

Memang kita bukanlah yang dipilih untuk menjadi barisan di hadapan, tapi mungkin kita boleh isikan ungkapan sayangkan negara dengan cara yang lebih berhemah. Ini pendapat aku.

Melihat anak kecil berusia 4 tahun begitu jujur menjawab soalan yang ditanya buat hati aku pilu.

"... kena bom"......

Subhanallah.. cerdiknya budak ini. Meruntun jiwa aku. Aku doakan semoga dia menjadi anak yang cerdik pandai dan soleh yang dapat menjaga ibu dan keluarganya.

Perginya pejuang negara demi maruah bangsa. Entah kenapa, melihat kepiluan di saat jenazah wira negara diberi penghormatan terakhir oleh rakan sepasukannya di TV, fikiran aku melayang.

Ini baru di Lahad Datu. Cuba kita bayangkan perjuangan wira bangsa kita dari zaman dahulu? Menuntut satu daulat yang diberi nama kemerdekaan dalam acara besar besaran. Cuba kita bayangkan betapa ramainya wira negara yang sudah terkorban? Belum lagi dengan zaman Jepun, zaman komunis... Bayangkan peristiwa di Bukit Kepong? Aku kira lagi betapa pilunya tidak dapat ditanggung sekiranya saat itu kalau boleh dirakam dan diulang tayang di TV.

Mempertahankan daulat negara yang dicemar tanpa dapat diduga apalah nasibnya. Lebih malang tidak punya peluang mempertahankan diri. Innalillah...

Sungguh, hati aku berdebar setiap kali menonton berita di TV. Rakyat Malaysia, bersatulah kita menentang keganasan ini. Titipkanlah doa buat wira bangsa kita yang berjuang demi martabat negara. Usahlah dipolitikkan nilai nyawa yang terkorban. Tidak ada seorang pelakon pun di dunia ini yang mahu menerima tawaran berlakon dengan nyawa sebagai galang gantinya. Tidak di Bollywood. Tidak di Hollywood.

Al Fatihah buat wira bangsa yang terkorban di Lahad Datu. Semoga keluarga mereka tabah dalam mengharungi detik2 kehilangan ini.




Sedikit selingan.

Ketika di awal berita pencerobohan di Lahad Datu keluar di media elektronik. Antara soalan yang aku perlukan jawapan adalah kenapa sekarang sekiranya motif dan tujuan mereka kononnya menuntut Sabah itu sudah lama? Kenapa sekarang baru dilaksanakan pencerobohan dan serangan tersebut? Tidak dapat tidak waktu itu aku memang terfikirkan ada dalangnya. Ada motifnya.

Dan kini desas desus berita seolah menjawab segala persoalan aku sebelumnya. Walaupun kesahihan tidak dapat dibuktikan lagi, tapi logiknya memang ada.

Apa buah fikiran anda pula?







No comments:

Post a Comment