Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Thursday, March 14, 2013

Aku pohon kemaafan...


Graph kesihatan aku tak berapa baik for past few weeks. Sakit sendi yang agak teruk rupanya disebabkan naiknya rate inflammable cell dalam darah aku. Up sampai more than triple of normal range. Doctor pun agak pelik dgn condition aku. Had to undergo few tests to diagnose the root cause. Another test is coming next Monday. Penat ulang alik hospital ni. Yang penatnya part menunggu. Dari sakit memang akan jadi lagi sakit. Dengan keadaan panas sekarang ni kan?

Entry kali ini sebenarnya aku ingin pohon maaf disebabkan faktor kesihatan dan juga beberapa faktor lain ada banyak benda yang pending dalam business manik aku. InsyaAllah aku cuba selesaikan secepat yang mungkin.

Untuk yang telah order nota manik 3D release 2 dariku, alhamdulillah aku telah post semuanya dari minggu lepas lagi.

Cerita nota yang terbaru ini memang agak sadis sebabnya lepas satu, satu hal yang berlaku. Semuanya tak menyenangkan keadaan. Bermula dengan niat bertukar supplier, sudahnya mendatangkan masalah. Berminggu2 menunggu tapi barang tak kunjung tiba.

Selepas itu satu demi satu hal dari ke hard disc, ke printer, ahhh segalanya amat menyukarkan. Belum dengan keadaan emosi yang ke laut lepas. Jenuh diseru untuk kembali. Nasib baik jumpa jasad kalau tak haru biru.

Justeru aku betul2 mohon maaf kepada yang lama telah menanti. Malah yang telah membuat pembayaran. Aku tak ada niat langsung nak menipu. Ada yang memahami keadaan aku alhamdulillah aku amat menghargainya.

Jadi sekarang kalau ada yang masih sudi hendak mendapatkan nota 3D release 2 dari PepariDsign, yang telah siap di pack and seal kini ada 20 buah terus. Jadi kalau nak memang ada stok untuk di pos terus setelah pembayaran dibuat.

Untuk makluman, dalam nota 3D release 2 ini mengandungi cara2 untuk membuat daun samada dijahit terus di atas kain atau secara loose. Dan juga ditunjukkan bagaimana cara membuat daun berkeluk (wavy) secara sebelah dan juga secara full. Aku juga combine kan sekali bagaimana  mahu membuat 'Mushroom Loop" yang aku sendiri cipta. Asalnya aku mahu asingkan, tetapi alang2 membeli aku selitkan semuanya.

Mushroom Loop yang simple.

Mushroom Loop yang boleh juga dibentuk seperti bunga

Boleh dikatakan amat berbaloi sebabnya aku sertakan sekali material manik untuk anda terus cuba bersama jarum sekali ya!! Kenapa jarum sekali? Sebab untuk 3D tak semua jarum manik dapat digunakan secara maksimum. Selalunya akan menjadikan jahitan tersekat kerana keadaan rupa di pangkal jarum yang agak besar. Justeru aku sertakan jarum dari jenis yang amat halus (so far thru experience aku).

Harganya amat berpatutan. Hanya RM80 termasuk harga postage fee. Murahkan? Aku bukan sahaja tunjukkan teknik secara teori melalui ilustrasi tetapi juga melalui gambar step by step. Teknik 3D ni ada yang perlu ditunjukkan secara illustration supaya dapat difahami dengan lebih jelas.



Macam mana rupa nota 3D Release 2 ni? Taraa......








Selain daripada nota ini, nota2 lain yang masih ada stok adalah Nota Crumble dan Nota 3D Release 1; teknik balut batu cincin. 


Nota hasil keluaran dari PepariDsign


Kalau anda berminat boleh contact di peparidsign@gmail.com atau contact 013-2717091.


Cuma satu aku pinta, tak perlulah nak plagiat nota aku ini untuk mendapat keuntungan atas angin. Macam aku pernah sebut sebelum ini, ada yang plagiat nota aku dan dijual dengan harga yang lebih rendah. Rendah sungguh nilai maruah diri seseorang bila wang jadi taruhan kan?

Ingat, untuk individu tersebut, laporan polis telah ku buat. Tinggal lagi nak failkan saman. Aku  masih menunggu untuk dirimu memohon maaf secara terbuka. 

Yang bertanya tentang tempahan, ya masih lagi mengambil tetapi secara selektif. Kelas juga begitu, kalau ada yang berminat hendak belajar jahitan manik dari teknik asas, Crumble dan juga 3D, anda di alu2kan sama sekali. Apa pun bergantung pada kesihatan diri aku juga. Jadi kalau nak tahu just contact di handphone senang. 

Untuk koleksi manik yang baru nanti tunggu aku edit and resize pic ya.. banyak sangattt..... Ya ampun dah terasa macam bibik dah ni.....









No comments:

Post a Comment