Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Tuesday, March 5, 2013

Piknik di Pantai lagi


Seperti selalunya, banyak yang ingin aku kongsikan. Tetapi entah, banyak juga halangannya. 

Seperti yang aku ceritakan sebelum ini, akhirnya demam Humairah berakhir dengan episod dimasukkan ke hospital. 

Aku tahu ada yang tidak kena apabila melihat dia sukar bernafas. Dadanya naik tinggi setiap kali bernafas. Ini kali pertama aku lihat dia begitu. Tidak boleh tidur, akhirnya aku ajak Mr BK bawa dia ke hospital jam 5 pagi. 

Betul jangkaan ku. Jangkitan di dada. Bukan takat itu saja, menular jangkitan di dalam darahnya. Platlet darah putih lebih tinggi dari biasa. 

Sudahnya kami berpiknik lagi ditepi Pantai :) Oklah tu.. anggaplah satu percutian bersama keluarga di hotel 5 star. Masakan tidak, makan room service, toilet dijaga rapi, lantai dibersihkan entah berapa kali sehari. Cuma yang tak tahannya, kos untuk mak bapak pun 5 star. Air kopi segelas dah dekat RM5 hehehe... Last2, aku suh Mr BK beli 3 in 1 terus jimat sikit. :)

Bila si anak asyik melekat dgn si ibu, jadinya badan aku pun jadi tak menentu. Bukan anak je demam, mak bapak pun sama sakit badan. Sehari sebelum kejadian aku memang sudah MC kerana badan tak tentu arah. Sebenarnya dah beberapa minggu setiap joints di badan aku terasa sangat sakit. Mulanya aku suspect sebab aku demam dan flu sebelum ini. Ada ketika sakit di bahu bagai ditekan sehingga aku tidak mampu berdiri. Joints di jari tangan dan kaki juga sakit. Lebih2 lagi di awal pagi.

Kemuncaknya saat aku terdengar azan Subuh di pagi Isnin, badan aku jammed. Bukan crammed. Dalam keadaan terlentang macam ada paku di setiap sendi aku yang menghalang aku untuk bangun. Sakitnya Allah sahaja yang tahu. 

Teori aku sama seperti yang Dr. explain. Akhirnya ambil darah untuk check samada inflammable rate dalam blood cell aku bertambah. Acid uric pun maybe increase rate dia ni. Dr. suspect bertambah sebab symptom nya ada. Sebelum ini memang agak tinggi bacaan nya. Tunggulah nanti result macam mana. 

Arcoxia sebagai teman untuk seminggu. Aku concern Humairah akan effect sama sebab dia masih menyusu badan. Tapi rasanya dia behave well since 1st day aku start balik Arcoxia..

Sebut pasal Arcoxia, teman opis aku terkejut bila aku bagitau aku makan sampai 2 biji sebab tak tahan sakit. Betul.. ada ketika memang sampai berbiji aku telan sebab tak tahan sakit yang datang. 

Sakit datang macam ribut kan? Bila nak pergi lambat dia jalan.. Kalah angin sepoi2 bahasa kan?




Nak buat selingan juga..




Humairah sudah 1 tahun setengah umurnya. Sudah boleh panggil Mama dan Babah dengan pelbagai intonasi dan gaya. Boleh lah sebut few simple wordscontoh ; mamam, minum, ball (tetiba mat salehhh sangat hahaha), yak (asal tgk org masuk bilik air tade lain lah bunyi dia melainkan yak hehehe) mut for semut, bu for habuk dan bubur (dah tau dah kalau kat McD drive thru mesti bu keluar dari mulutnya), dah pandai kenal abjad. Kalau nampak tulisan kat papan tanda memana sebok lah dia "Gi...gi"... ABC lah tu kononnya. 

And paling terkini dah boleh sebut huruf O dengan jayanya :) . Paling tak tahan bila dia tak nak. Cepat je jawab 'nanak'. Memacam intonasi pulak tu.. siap kadang berlagu2.. Eh jangan tak tau eh kalau kita suruh tolong apa2, sedap je nanti dia " nanakkkkk..." Geram aku..

And boleh lah buat simple ayat dah..... Antaranya "Ma...nak nyek"

Kau bayangkan dia buat macam tu aritu masa aku tengah rancak berdiskusi dgn En Dr.. siap tangan raba2 lagi. Kau berani? Hehehehehe

Lahi kelakar bila dia dah boring sbb lama sangat dalam bilik Dr. nak tau dia cakap apa?



"Ma... dah.. dah.. dah.." 



Bertuah!!

2 comments:

  1. salam pepari..

    dpt akak bygkan betapa penat dan letihnya bila berhadapan ngan anak yg kurang sehat, silap haribulan lepas anak sehat, kita plak yg tumbang. Akak pernah alami keadaan itu, my18 dulu membesar dihospital..

    moga semuanya cpt sembuh ya...

    ReplyDelete
  2. sian humairah, rindu nk tgk anak dara akak tuh... msti dh makin lincah dh dia... aiyan ni pun dmm kak, lps jln2 gi kuala selangor dmm lak...

    cpt betul humairah, dh pandai ckp dh... aiyan pun msh skit2 je yg dia blh sebut, itu pun ikut mood dia

    ReplyDelete