Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Thursday, November 1, 2012

Misteri Nusantara Melanda


Memang betul ada yang boleh nampak. Ada yang tak boleh. Ada yang semulajadi nampak. Ada yang diberikan nampak. Aku? Aku tak nampak. Dan aku tak ingin nampak pun!

Apa yang dinampakkannya? Penampakan apa? Hehehehe...

Misteri nusantara kan dunia ni?

Sebelum tu, aku minta maaf kerana lama berdiam diri. Kadang diberi ujian demi ujian dalam masa yang sama ni terkalah juga diri ini. Jadi aku rasa berdiam diri untuk seketika lebih baik. Dalam keadaan yang huru hara tak perlu nak kecoh2 sangat.

Alhamdulillah keadaan kembali tenang. Syukur. Cuma memang terganggu sangat aku beberapa minggu yang lepas. Dengan gangguan kesihatan diri sendiri. Anakanda tersayang. Suami tersayang. Ibu tersayang. Huh memacam....

Misteri nusantara aku tak adalah misteri mana cuma ada org yg berkebolehan nampak telah menyuarakan sesuatu apa yang dia nampak pada aku. Wallahualam. Aku tanak tahu apa dia nampak. Tapi unsur yang jahat lah. Yang mahukan aku jatuh dan terus jatuh. Juga wallahualam. Cuma kebetulan yang terlalu significant berlaku satu demi satu. Tak nak percaya pun tak boleh juga. Cuma aku percaya wujud nya sihir dalam Islam. Jin dan syaitan juga wujud.

Aku sendiri kadang alpa dgn dunia. Hal akhirat kadang tercampak ke mana dek kerana dunia. Jadi pendinding diri pun kurang. Tapi pelik juga, apa yang didengki sangat dengan aku? Diberi bayangan siapa, tapi aku tak boleh nak teka.. Menyesal bertanya hahaha.. Sudahnya aku jadi keliru. Last2 malas nak fikir2.. Doa aku memang kalau betul ada yang hasad dengki dengan aku supaya dia berbaik dgn aku jadi kawan aku. Tapi sekarang ni yg namanya kawan baik pun boleh tikam belakang ye tak?

Kelakar ada seram pun ada bila berubat. Bila seram tetiba meremang je bulu roma aku. Jarang sangat aku nak rasa macam tu. Berubat pun pertama kali jadi agak kejakunan di situ. Itulah namanya pengalaman hidup.

Korang kat luar sana nasihat dari aku sentiasa berhati2 dalam berkawan. Kadang orang yang tak disangka2 sebenarnya musuh dalam selimut.

Aku mohon maaf sbb dalam masa kekalutan ni aku seperti berada di dalam dunia sendiri. HP memang tak berjawab. Macam hilang semangat dibuatnya. Padahal baju bermanik dah siap jahit tapi aku macam jadi orang bodoh. Tak dihantar baju. Tak dihubungi empunya baju. Aku bebetul mohon maaf. Sebenarnya bukan kali pertama kejadian ni, dah berlaku beberapa kali semenjak aku berkecimpung dalam bidang manik ni.

Pernah baju dijahit tertetas maniknya. Pernah bila pegang jarum bisa di jari jemari bukan main lagi. Bagai kena tusuk duri sembilu. Pernah baju yang di jahit terpaksa dibuka maniknya berkali2. Memacam lagi lah kejadian2 pelik2. Semangat aku pernah bagai hilang di awangan. Tidak peduli orang di sekeliling. Aku bagai ralit dengan dunia sendiri. Apa yang aku ralitkan pun tak pasti. Tak hingin berjumpa dgn org langsung! Bayangkan, kalau nak naik lif pun tak nak ada org dalam lif tu! Aku sanggup tunggu sehingga aku seorang sahaja yang naik. Na'uzubillah!

Kesian juga pada Mr BK. Sebabnya dia juga kena tempiasnya. Cuma mungkin dia lebih kuat dari aku. Dalam keadaan tergugat tu banyak benda yang dia perlu jaga. Ye lah jadi ketua keluarga bukan senangkan? Besar tanggungjawabnya. Bersabarlah ya sayang... Eceh gelis lak kekekekeke...

Ok.. InsyaAllah, doakanlah yang terbaik untuk aku. Aku juga turut doakan yg terbaik untuk sahabat2 aku.. semoga kita semua dilindungi dari segala kejahatan. Di berkati dengan segala kebaikan.

Just nak share few pics anakanda terchenta.

8 months old, waiting for Mama's appointment at Pantai Hospital

9 months old; @ Burger King The Mines

10 months old; tidur pun senyum budak kecik ni..


Gila bergambar hahaha





Kesimpulannya, Humairah memang senang sangat senyum. Both Nenek and her Tok Mak panggil kerang busuk hahaha.. Tak apalah dik.. Senyum kan sedekah. Banyak dah sedekah adik ye.. :)

2 comments:

  1. ptt lah lama akak senyap,takpe lah kalu dana msg tu akak senyap n lambat jwb mungkin akak tak sihat, itu je yg dana fkr... dana sentiasa doakan kesihatan akak n semoga akak n family dilundungi... dlm dunia nih ramai lg yg suke hasad dengki n guna cara kotor utk menjthkan org lain, hrp akak sbr n tabah...

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar! comelnya Humairah..masyaAllah tido pun senyum...rasa hilang penat akak tengok wajah suci bersihnya...

    sis, awak kena tenangkan fikiran, jangan biarkan emosi mengatasi kewarasan, kdg2 cakap2 org yg nampak itu nampak ini pun kena tapis2 jugak wlp mmg iblis dan syaitan tu ujud utk rosakkan kita semua, jgn sampai kita simply mengesyaki seseorang angkara cakap2 yg belum tentu kesahihannya...dosa nanti...

    kita lebih kuat dari syaitan dan iblis, dampingkan diri dengan Allah dgn lebih akrab, amalkan surah al falaq, jadikan surah tu sebagai pelembab bibir...insyaAllah akan senitasa terselamat dari segala gangguan, ya mmg terdpt byk surah2 lain, pilih jer semuanya...dlm menjahit, sewaktu memasak, pendekata selagi ada kelapangan nak baca, baca.

    ingat tu sis, jgn biarkan emosi mengatasi kewarasan ya...akak dah puas bermain ngan benda2 camni, namun pada akhirnya akak rasa kekuatan sebenar adalah diri kita sendiri - free....

    ReplyDelete