Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Wednesday, November 7, 2012

Rindu yang terpendam



Wahai hati, janganlah terlalu keras dikau. Wahai hati, lembutlah dikau. Namun keraskanlah dirimu menghadapi segala dugaan ini.

Memang agak kurang tenang dalam hati ini. Bercelaru.  Macam air pasang. Bila pasang rasa bagai mahu pecah dada ku. Bila surut, dapatlah aku berpijak di bumi nyata.

Mana silapnya? Silap pada diri aku sendiri. Aku tidak tuding pada orang lain. Setiap keputusan aku yang tentukan. Jadinya buat apa mahu ku tuding jari pada sesiapa? Walaupun kadang keputusan yang dibuat bukan kehendak diri sendiri semata mahu memberi kepuasan pada yang lain. Aku lah itu. Betul, kadang aku terlalu lembut hati untuk mengalah untuk mereka semua. 

Aku dalam kerinduan sebenarnya. Rindu pada Mak di kampung. Tapi entah kenapa tiada kemahuan mahu bertanya khabar. Terukkan aku? Apa jenis anak aku ini mahu memanjangkan emosi tidak keruan ini. Entahlah. Rindu tapi seakan ada tembok batu dalam hati ini. Tergamakkan aku? Nanti biar aku rasa bila Mak sudah tiada barulah aku tahu bagaimana tiada jalan hubung lain waima satu pun. Biar aku rasa? Jangan kau menyesal!

Menjadi seorang anak dan kakak sepatutnya hala tuju dan gerak langkahnya seiring. Mesra seiya sekata. Tapi kadang meladeni yang satu ini bisa buat jantung aku gugur. Bukan sekali dua berantakan. Hingga aku sanggup hayun kaki keluar dari rumah di kala umat Islam mahu meraikan Raya Qurban. Bukan hingusan lagi aku tika itu. Tapi jiwa aku begitu remuk. Bila kebenaran yang amat sukar aku nyatakan pada Mak, hanya kerana menjaga aib seorang adik. 

Mana silapnya aku kurang pasti. Mungkin terlebih dilayan. Terlampau diberi muka. Aku tak salahkan Mak. Puas dah berlembut, meninggi suara, tapi tiada kesan. Kalau ada pun mungkin sekejap cuma. Hinggalah teragedi terjadi baru ada kurangnya. Namun, yang lain pula dipersalahkan. Tidak ambil berat. Tidak prihatin. 

Aku mahu bagaimana lagi? Kalau aku tidak sayang makanya aku tidak akan bersuara walau sepicing. Lantaklah kau nak buat apa pun. Tapi bila aku bersuara lantang dikatanya aku tidak sayang. Mahu lari. Jadi orang tua itu harus menelan rasa marah, takut2 kalau dia lari. 

Kau mahu lari ke mana? Sedangkan bersusah payah sedikit di rantau orang mencari orang tua itu? Ke mana kau mahu pergi? Sebenarnya kau yang prejudis terhadap kami. Berprasangka. Jangan jadikan kesilapan sendiri sebagai modal untuk salahkan orang lain. Sepatutnya ia menjadi pedoman kekhilafan diri sendiri. Bukan sebab orang lain kau jadi begitu. Kau jadi begitu sebab kau sendiri yang pilih. 

Ya, aku punya anak sekarang. Dan aku pernah muda. Pernah lalui zaman remaja. Pernah juga terkucil. Tapi seingat aku, setiap kekurangan dan kesusahan itu aku jadikan supaya tidak berulang semula. Jadikan pengajaran. Tapi kenapa tidak dia?

Dan, tidak perlu ingatkan bahawa anak aku suatu hari nanti akan besar. Itu hakikat yang aku sedar. Dan aku akui, memang aku takut hendak besarkan dia dalam keadaan duniawi sekarang. Tidak dapat aku bayangkan nanti peredaran zaman yang berubah semakin mendadak. Semoga aku tabah melaluinya. Semoga jalan yang aku pilih untuk membesarkannya tidak merosakkannya. Dan, kau: aku minta satu sahaja, berdoalah. 

No comments:

Post a Comment