Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Sunday, April 8, 2012

Tuah Aaron di Malaysia

Hampir terlupa sebenarnya. Tapi sempat juga menonoton ABPH malam tadi walaupun di pertengahan siaran. Aku dengan sengajanya tidak membayar bil Astro bulan ini semata² mahu menyiapkan jahitan manik. Gigih tak aku? Hehehe.. Sbbnya pembantu aku sorang tu kalau ada Astro mata nya membuntang ke TV... mana nak cepat siap kalau mata lagi banyak terpaku kat TV dari baju. Masalahnya menjangkit kat aku sekali!! Lagi pulak kalau dah ambil movie channel ni kan.. Yg dah 10 kali main pun kadang aku bantai tengok macam tak pernah tengok.. Sudahnya aku ckp kat Mr Assistant.. no Astro for this month hahaha.. And yes, teori aku sangat praktikal, sbb nya semalam Mr Assistant berjaya siapkan jahitan manik untuk sepasang lengan dalam masa satu hari sahaja!! Tu rekod tu.. kalau tak mau cecah seminggu.. Nampak gaya kena sambung taktik aku ni sampai Raya hahaha...

Ok back to the main story yg aku nak cerita. Melalut sampai ke laut!!

Malam tadi ABPH 2011 telah berlangsung di Arena of Stars Genting Highlands. Jadi ke semua star² seni kita telah berhimpun di sana. Larger of Life tema yg diberikan untuk anugerah tahun ini. Aku rasa tema nya begitu besar, maklumlah ini adalah sambutan jubli perak buat BH. Dan pada pendapat aku, pakaian Didie sangat bertepatan dengan tema :) Sekalung tahniah juga buat Didie Alias atas anugerah Artis Komedi Wanita Popular. Walaupun terpaksa menunggu selama 25 tahun ye?

Tuah nampaknya memang dah tersurat buat Aaron Aziz yg aku kira memang dah diramalkan sedari awal. Penangan filem Gangster dan Ombak Rindu memberi impak yg sangat besar pada Aaaron. Tahniah bro! Kau memang cool.

Tetiba rasa hensem jugak mamat ni ye? (Gambar ihsan Google)

Kita boleh lihat kan peminat di Malaysia tidak pernah pilih bulu. Konsepnya senang sahaja, ko hensem, ko berlakon hebat, ko jaga nama baik, semua orang sayang. Semua nak undi ko.. Contoh terdekat Dato' Siti.. Kesanyangan semua orang.

Antara pemenang yang aku memang sangat² sokong dan suka adalah Fizz Fairuz untuk anugerah Pelakon TV Lelaki Popular dan Johan sebagai Artis Komedi Lelaki Popular. Fizz Fairuz memang nampak sangat mukanya yg terkejut. Aku pernah jumpa Fizz ni in real life. Masa sambutan Hari Raya 3 tahun lepas kalau tak silap di jamuan terbuka department opis aku. Jgn memain artis datang okes kat open house opis akak ni hehe.. Sebab aku kan selalu jadi MC tak bertauliah jadi aku dapat lah ngendeng² sket dok dedekat dia.. Seb baik tak gesel² u olss!! Hahaha.. Dia ada satu karakter yg aku rasa aku suka as seorang perempuan. Takpe.. akak dah kawen u ols.. Amik lah...

Overall aku sukalah dgn persembahan artis. Antara yg paling aku suka gandingan Ziana Zain dan Azlan Typewriter, persembahan solo Dato' Sheila Majid yg aku rasa merdunya suara dia ni... Aku suka jugak persembahan sesi dangdut tu. Kelas K Melah kita berdangdut dalam buasan muslimah.. Ko mampu? :P

Cantik bergaya akak Ziana kita ni. Always.. (Gambar ihsan Google)

Tapi entah kenapa aku macam rasa ada yg kureng dari segi pengacara. Tak tau kat mana kekurangannya. Yg pasti aku rasa terlalu ramai pengacara kadang boleh buat keadaan huru hara. Lagi² kalau memasing macam ala² jakun nak pegang mic kan? Berterabur!!! Lepas tu suara memasing subhanallah. Aku yg kat rumah ni rasa bingit aku tatau lah kalau org yg duduk dalam dewan tu.. Aku cadangkan ABPH tahun depan cuba lah cari pengacara yg tahu bertenang.. tahu kontrol keadaan.. tahu bila nak pitch tinggi.. ini sepanjang masa nak hi pitch.. torek telinga aiiiii....


Aku sangat suka design baju Nora Danish, tapi rasanya tak perlu kot lace di bahagian lengan tu.. Kalau fit maybe nampak cantik, tapi yg ni longgar.. (Gambar from Budiey.com tq ye)

Another artis yg pandai bergaya. Nice kan? (Sumber pic: lupa web sapa tapi thru Google)

P/S: Malam tadi akak bagi diskaun kat diri akak sendiri and Mr Assistant.. Cuti kejap jahit manik hehe... Korang tengok ABPH malam tadi? Korang suka sape?



Ini baju kawan akak kat kelantan. Another Crumble. Jahit kat kain shiffon berlining.. Seksa nak pegang kainnya.. Korang suka tak? Meh la bling².. :). Enjoy!


No comments:

Post a Comment