Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Monday, April 2, 2012

Kalaulah mereka tahu....

Aku hadir ke majlis itu. Penuh gilang gemilang. Penajanya bukan calang². Kalau diukur dari kadar masa dan tenaga yg ada pada aku memang tak dapat aku hadiri majlis itu pada mulanya. Nasib baik sang suami memahami bila dia sendiri yg buat offer sanggup drive semula ke ibukota dari kampungnya. Aku bagai pucuk di citalah kan? Hehehe..

Aku agak hampa. Hampa kerana tidak meet my expectation. (wah mati la macam hi taste sangat haha).. tapi rata² yg datang rupanya memberi feedback yang sama. Pelik juga kerana ini bukan kali pertama diadakan.

Yang lebih aku hampa dan amat berbuku di hatiku adalah pemenangnya. Pertandingan ini punya tarikh tutup yang perlu dipatuhi oleh semua peserta. Aku kira mana² pertandingan pun begitu sebagai salah satu syarat penyertaan. Tetapi aku hampa kerana aku sendiri telah menyaksikan bagaimana ke semua pemenang masih lagi meyiapkan hasil kerja masing² pada masa lagi 2 hari pertandingan akan dilangsungkan. Padahal tarikh penutupan adalah berminggu lebih awal daripada hari tersebut. Dan lebih memeranjatkan aku, mereka menyiapkan di pejabat penganjur. Jadi di manakah ketelusannya? Aku membayangkan hari dan perasaan mereka yg telah berkobar² menyertai pertandingan tersebut. Aku membayangkan bagaimana mereka mengejar masa dan mengerah tenaga. Di manakah kejujuran pihak penganjur? Lebih² lagi di saat akhir begitu proses penyiapan berlaku di pejabat mereka? Apa sebenarnya muslihat penganjur?

Dan lebih menyedihkan, apabila aku sempat menemubual salah seorang yg terbabit dalam proses penyiapan ketika aku berada di pejabat itu, perempuan itu mengatakan bahawa dia adalah pekerja sambilan sahaja kerana tidak ada orang mahu membantu menyiapkan. Ketika temubual aku tidak sangka apa² kerana aku sangkakan mereka menyiapkan portfolio penganjur untuk pameran hari bertanding nanti. Kerana sudah lumrah dan lazim nya begitu.

Tetapi bagai nak gugur jantung ku apabila pada hari pertandingan, ke semua 3 penyertaan yg aku saksikan disiapkan di saat akhir di pejabat penganjur naik gah diumumkan sebagai semi finalist, kemudian finalist dan seterusnya aku bagai berpinar apabila tempat ke 3 dan ke 2 diumumkan. Dan aku terus berani niat dalam hati pasti penyertaan yg lagi satu akan menang. Dan begitulah suratannya yg aku kira dah disuratkan oleh penganjur terlebih dahulu kerana memang ternyata dialah pemenangnya.

Aku tidak mahu pertikaikan soal pemenangnya kerana mereka punya juri yg ku anggap mahir. Yang aku pertikaikan ketelusan pihak penganjur dalam proses penganjurannya.

Dan lebih kelakar apabila aku sempat mengucapkan tahniah kepada pemenang ke 2 sebelum aku pulang. Sambil aku bertanya " kita pernah jumpa kan kak?" aku berharap kalau dialah org nya yg aku temubual 2 hari sebelum itu. Tetapi meleset apabila dia menidakkannya. Jadi mungkin betul ada org lain yg telah membantu dalam proses peyiapannya yg mana aku kira tidak adil. Kerana pemenang ke 2 bertanding atas tiket individu. Dia boleh sahaja masuk acara berkumpulan kalau sudah tahu tidak mampu menyiapkannya.

Dan kini aku kira masih ramai yg belum tahu kisah yg aku coretkan ini. Aku tiada hasad dgn mereka. Cuma hatiku sakit dan berbuku mengenangkan nasib mereka yg menyertai pertandingan tersebut. Kalaulah mereka tahu......

3 comments:

  1. saya macam tau apa majlisnya.....

    ReplyDelete
  2. hehehe.. kalaulah mereka yg lain tau kak...

    ReplyDelete
  3. sampai kapankah harus terus begini...

    ReplyDelete