Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Friday, May 14, 2010

Bila bunga jadi batu


Bekerja dengan kain sutera bukan satu perkara yg mudah. Amat remeh.. Kadang terlintas juga kenapa perlu sutera yg sangat cantik perlu di cantik kan lagi dengan manik? Mungkin bukan saya yang terbaik untuk menilai. Cantik itu subjektif. Jadi seupayanya saya terjemahkan cantik itu supaya bukan sahaja yg memakai nya puas hati, tapi turut cantik di mata saya.

Baju kurung sutera yg sarat di perhiaskan dengan manik. Pertama kali cuba padankan dengan manik yg besar saiz nya, berbeza dengan sentuhan sebelum ini yg tidak pernah gandingkan sutera dengan manik yang besar. Pada pandangan mata saya yg agak rabun ni nampak menarik, tapi entahlah.. Nilaikan lah..

1 comment:

  1. nice...
    saya suka tgk akak punyer design..
    sumer sgt kreatif...;)

    ReplyDelete