Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Saturday, March 30, 2013

Nota 3D Release 2: Teknik Membuat Daun dan "Mushroom Loop"


Promo entry. New update please scroll down.



Dah... Dah release dah... 






Isi kandungan?

  • Macam mana nak buat daun sebelah secara berkeluk
  • Macam mana nak jahit atas kain?
  • Macam mana nak elakkan daun dari kejung?
  • Macam mana nak buat daun secara loose?
  • Macam mana nak buat Mushroom Loop
  • Macam mana nak pelbagaikan kreativiti dengan daun?
  • Tips menjahit 3D
Disertakan sekali set material kain dan juga manik untuk anda terus praktiskan. Semua sekali ada 36 pages. 

Harganya? RM80 termasuk harga pos dah. Kecuali untuk Sabah & Sarawak maybe ada extra charges. Itupun depending on postcode jugak. 

Kalau berminat nak dapatkan nota ini anda boleh terus contact kami di 013-2717091. Just send SMS, give ur details name, add and details payment (proof). Or can attach proof at my email peparidsign@gmail.com



Nota yang telah siap pack bersama set material



Stok yang available sekarang dah up sampai 30 pack. Senang kerja buat terus siapkan bebanyak. Nota Crumble dan Teknik Cabochon pun aku terus siapkan bebanyak. Senang kerja. Sebenarnya kerja Mr BK tapi dah dia bz handle si kecit tomei terpaksa lah beralah. 



P/s: Uits tak sama kan bila kerja laki bini ni... Ada je tak sebulu... Ada je tak ngam. Aku macam ni. Dia macam tu. Gerammmm.... Sabar kena banyak sabar. Jauh lagi perjalanan kami ...insyaAllah....







Thursday, March 21, 2013

Bersiaran langsung dari Pantai


Sekali lagi percutian bersama Mak dan anak :)

3am in the morning, rushed into emergency... Neb twice.... Ok kita admitted ya..

Iyolah Doc...

Buat masa ni kami anak beranak di Pantai lagi.. Si kecit had difficulty in breathing. Kena hourly masuk gas.

Today dah reduce to every 2 hourly pulak..

Dont worry guys, aku angkut nota aku sama.. So kalau ada yang nak beli nota just pm aku je kat HP ya.. Gigih tak akak? Hehehe...

Friday, March 15, 2013

Selamat Hari Jadi Umi...


33 angkanya. Cantik bukan?

Ya, hari ini umurku genap 33 tahun. Sudah melebihi suku abad kan? Alhamdulillah.

No.. No special celebration or what.. Memang sedari dulu pun aku tak pernah menyambut ulang tahun aku.

33 tahun bernafas kat dunia ni.. apa sudah puas?

Relatifnya puas itu memang subjektif kan? Manusia mana pernah puas. Jika diberi tempoh masa lagi Ya Allah, ampunkanlah aku kerana masih tamak mahukan yang terbaik untuk diriku. Semuanya yang terbaik, walaupun aku pasti aku belum lagi berikan yang terbaik buat Mu Ya Allah...

Ampunkanlah aku kerana mengetahui apa yang sepatutnya tapi kadang aku leka dengan nikmatMu Ya Allah...

Janganlah kau tarik nikmat yang telah kau berikan kepada ku Ya Allah..
Berilah kekuatan pada diriku Ya Allah.. Segala dugaan ini kadang terlalu berat rasanya. Tapi kadang entah kenapa berat benar diri untuk sedar.

Berilah petunjuk dan hidayah Mu pada diriku Ya Allah..

Ya Allah, terlalu banyak yang aku mahukan.. yang aku kehendakkan... Tak termampu disebut di mulut ini Ya Allah.. Hanya kau yang Maha Mengetahui..

Kalau segala percaturan ini yang terbaik buat diriku, aku redha..

Terima kasih kerana masih memberi sedikit ruang lagi bagiku untuk bernafas...

Alhamdulillah.....





-------------------------------------------------------------------------------------------


Maaf, aku sedikit sayu. Entah kenapa teringat betul dengan arwah Abah. Semoga roh Abah dicucuri rahmat.

Abah... aku rindu.

Thursday, March 14, 2013

Donut Crumble


Ko ado? Hehehe...

Baju yang terang benderang berwarna shocking pink. Disertakan pula dengan jalur juga warna terang juga. Memang cantik. Tapi seperti biasa penat otak nak dikerah.

Oh, baju ini manik di tangan sangat heavy ok. Tak silap dalam 7-8 layer aku jahit.

Lengan bajunya bercuff tapi bukan jenis cuff keras tebal tu. Just dicekak di hujungnya. Jenis macam ni sebenarnya sama je macam kita manikkan lengan baju kurung. Jangan tertipu ya. Nampak macam kecil je lengan tu tapi sebenarnya kena bukak betul2 bukaan lengan tu. Potongan lengan sama je lebarnya cuma dibahagian hujung dicerut.

Oleh sebab tebal, jadi entah macam mana bila dah siap dia jadi macam donut pulak hehehe...

Jom kita share pics cuci mata. Kasi terang benderang pulak otak hehehe...


Sebiji donut Crumble :) ... Tak perlu di masak ye adik2... 







Bahagian leher juga dimanikkan. Nanti aku post di next entry ya.


Aku pohon kemaafan...


Graph kesihatan aku tak berapa baik for past few weeks. Sakit sendi yang agak teruk rupanya disebabkan naiknya rate inflammable cell dalam darah aku. Up sampai more than triple of normal range. Doctor pun agak pelik dgn condition aku. Had to undergo few tests to diagnose the root cause. Another test is coming next Monday. Penat ulang alik hospital ni. Yang penatnya part menunggu. Dari sakit memang akan jadi lagi sakit. Dengan keadaan panas sekarang ni kan?

Entry kali ini sebenarnya aku ingin pohon maaf disebabkan faktor kesihatan dan juga beberapa faktor lain ada banyak benda yang pending dalam business manik aku. InsyaAllah aku cuba selesaikan secepat yang mungkin.

Untuk yang telah order nota manik 3D release 2 dariku, alhamdulillah aku telah post semuanya dari minggu lepas lagi.

Cerita nota yang terbaru ini memang agak sadis sebabnya lepas satu, satu hal yang berlaku. Semuanya tak menyenangkan keadaan. Bermula dengan niat bertukar supplier, sudahnya mendatangkan masalah. Berminggu2 menunggu tapi barang tak kunjung tiba.

Selepas itu satu demi satu hal dari ke hard disc, ke printer, ahhh segalanya amat menyukarkan. Belum dengan keadaan emosi yang ke laut lepas. Jenuh diseru untuk kembali. Nasib baik jumpa jasad kalau tak haru biru.

Justeru aku betul2 mohon maaf kepada yang lama telah menanti. Malah yang telah membuat pembayaran. Aku tak ada niat langsung nak menipu. Ada yang memahami keadaan aku alhamdulillah aku amat menghargainya.

Jadi sekarang kalau ada yang masih sudi hendak mendapatkan nota 3D release 2 dari PepariDsign, yang telah siap di pack and seal kini ada 20 buah terus. Jadi kalau nak memang ada stok untuk di pos terus setelah pembayaran dibuat.

Untuk makluman, dalam nota 3D release 2 ini mengandungi cara2 untuk membuat daun samada dijahit terus di atas kain atau secara loose. Dan juga ditunjukkan bagaimana cara membuat daun berkeluk (wavy) secara sebelah dan juga secara full. Aku juga combine kan sekali bagaimana  mahu membuat 'Mushroom Loop" yang aku sendiri cipta. Asalnya aku mahu asingkan, tetapi alang2 membeli aku selitkan semuanya.

Mushroom Loop yang simple.

Mushroom Loop yang boleh juga dibentuk seperti bunga

Boleh dikatakan amat berbaloi sebabnya aku sertakan sekali material manik untuk anda terus cuba bersama jarum sekali ya!! Kenapa jarum sekali? Sebab untuk 3D tak semua jarum manik dapat digunakan secara maksimum. Selalunya akan menjadikan jahitan tersekat kerana keadaan rupa di pangkal jarum yang agak besar. Justeru aku sertakan jarum dari jenis yang amat halus (so far thru experience aku).

Harganya amat berpatutan. Hanya RM80 termasuk harga postage fee. Murahkan? Aku bukan sahaja tunjukkan teknik secara teori melalui ilustrasi tetapi juga melalui gambar step by step. Teknik 3D ni ada yang perlu ditunjukkan secara illustration supaya dapat difahami dengan lebih jelas.



Macam mana rupa nota 3D Release 2 ni? Taraa......








Selain daripada nota ini, nota2 lain yang masih ada stok adalah Nota Crumble dan Nota 3D Release 1; teknik balut batu cincin. 


Nota hasil keluaran dari PepariDsign


Kalau anda berminat boleh contact di peparidsign@gmail.com atau contact 013-2717091.


Cuma satu aku pinta, tak perlulah nak plagiat nota aku ini untuk mendapat keuntungan atas angin. Macam aku pernah sebut sebelum ini, ada yang plagiat nota aku dan dijual dengan harga yang lebih rendah. Rendah sungguh nilai maruah diri seseorang bila wang jadi taruhan kan?

Ingat, untuk individu tersebut, laporan polis telah ku buat. Tinggal lagi nak failkan saman. Aku  masih menunggu untuk dirimu memohon maaf secara terbuka. 

Yang bertanya tentang tempahan, ya masih lagi mengambil tetapi secara selektif. Kelas juga begitu, kalau ada yang berminat hendak belajar jahitan manik dari teknik asas, Crumble dan juga 3D, anda di alu2kan sama sekali. Apa pun bergantung pada kesihatan diri aku juga. Jadi kalau nak tahu just contact di handphone senang. 

Untuk koleksi manik yang baru nanti tunggu aku edit and resize pic ya.. banyak sangattt..... Ya ampun dah terasa macam bibik dah ni.....









Monday, March 11, 2013

Rupanya ayam nak terlepas...


Alhamdulillah... sekurangnya terlerai rasa gundah gelana selama ini.

Bila dia demam kali ke lima aku mula tak sedap hati. Inilah panahan rasa hati seorang ibu. Tapi akhirnya terjawab sudah.

Rupanya banyak ayam nak terlepas :)

Kesian anakku, kali ke 5 demam barulah keluar chicken pox nya.... Proses keluar bintik sangat cepat. Hari ke 2 habis keluar semua bintik. Mungkin sebab ubat anti virus. Cuma kesiannya dia tak tahan gatal asyik menggaru. 

Sekarang alhamdulillah, dah semakin kering. Aku dah tak sapu losyen putih tu. Terus sapukan krim eczema khas untuk dia. Semakin hilang parut nya. Mak cadangkan cari daun cermai buat bedak dgn beras. Mana aku nak cari pokok cermai kat sini? Buah pun jangan harap bayangnya. 

Tak apalah kalau tak jumpa pun. Keadaan dia dah beransur sihat. 

Tapi satu hal bila asyik demam je parents nya bahan imun dah tak kuat..... macam dah ada tanda... Aduhaiiiiii.....




Tuesday, March 5, 2013

Piknik di Pantai lagi


Seperti selalunya, banyak yang ingin aku kongsikan. Tetapi entah, banyak juga halangannya. 

Seperti yang aku ceritakan sebelum ini, akhirnya demam Humairah berakhir dengan episod dimasukkan ke hospital. 

Aku tahu ada yang tidak kena apabila melihat dia sukar bernafas. Dadanya naik tinggi setiap kali bernafas. Ini kali pertama aku lihat dia begitu. Tidak boleh tidur, akhirnya aku ajak Mr BK bawa dia ke hospital jam 5 pagi. 

Betul jangkaan ku. Jangkitan di dada. Bukan takat itu saja, menular jangkitan di dalam darahnya. Platlet darah putih lebih tinggi dari biasa. 

Sudahnya kami berpiknik lagi ditepi Pantai :) Oklah tu.. anggaplah satu percutian bersama keluarga di hotel 5 star. Masakan tidak, makan room service, toilet dijaga rapi, lantai dibersihkan entah berapa kali sehari. Cuma yang tak tahannya, kos untuk mak bapak pun 5 star. Air kopi segelas dah dekat RM5 hehehe... Last2, aku suh Mr BK beli 3 in 1 terus jimat sikit. :)

Bila si anak asyik melekat dgn si ibu, jadinya badan aku pun jadi tak menentu. Bukan anak je demam, mak bapak pun sama sakit badan. Sehari sebelum kejadian aku memang sudah MC kerana badan tak tentu arah. Sebenarnya dah beberapa minggu setiap joints di badan aku terasa sangat sakit. Mulanya aku suspect sebab aku demam dan flu sebelum ini. Ada ketika sakit di bahu bagai ditekan sehingga aku tidak mampu berdiri. Joints di jari tangan dan kaki juga sakit. Lebih2 lagi di awal pagi.

Kemuncaknya saat aku terdengar azan Subuh di pagi Isnin, badan aku jammed. Bukan crammed. Dalam keadaan terlentang macam ada paku di setiap sendi aku yang menghalang aku untuk bangun. Sakitnya Allah sahaja yang tahu. 

Teori aku sama seperti yang Dr. explain. Akhirnya ambil darah untuk check samada inflammable rate dalam blood cell aku bertambah. Acid uric pun maybe increase rate dia ni. Dr. suspect bertambah sebab symptom nya ada. Sebelum ini memang agak tinggi bacaan nya. Tunggulah nanti result macam mana. 

Arcoxia sebagai teman untuk seminggu. Aku concern Humairah akan effect sama sebab dia masih menyusu badan. Tapi rasanya dia behave well since 1st day aku start balik Arcoxia..

Sebut pasal Arcoxia, teman opis aku terkejut bila aku bagitau aku makan sampai 2 biji sebab tak tahan sakit. Betul.. ada ketika memang sampai berbiji aku telan sebab tak tahan sakit yang datang. 

Sakit datang macam ribut kan? Bila nak pergi lambat dia jalan.. Kalah angin sepoi2 bahasa kan?




Nak buat selingan juga..




Humairah sudah 1 tahun setengah umurnya. Sudah boleh panggil Mama dan Babah dengan pelbagai intonasi dan gaya. Boleh lah sebut few simple wordscontoh ; mamam, minum, ball (tetiba mat salehhh sangat hahaha), yak (asal tgk org masuk bilik air tade lain lah bunyi dia melainkan yak hehehe) mut for semut, bu for habuk dan bubur (dah tau dah kalau kat McD drive thru mesti bu keluar dari mulutnya), dah pandai kenal abjad. Kalau nampak tulisan kat papan tanda memana sebok lah dia "Gi...gi"... ABC lah tu kononnya. 

And paling terkini dah boleh sebut huruf O dengan jayanya :) . Paling tak tahan bila dia tak nak. Cepat je jawab 'nanak'. Memacam intonasi pulak tu.. siap kadang berlagu2.. Eh jangan tak tau eh kalau kita suruh tolong apa2, sedap je nanti dia " nanakkkkk..." Geram aku..

And boleh lah buat simple ayat dah..... Antaranya "Ma...nak nyek"

Kau bayangkan dia buat macam tu aritu masa aku tengah rancak berdiskusi dgn En Dr.. siap tangan raba2 lagi. Kau berani? Hehehehehe

Lahi kelakar bila dia dah boring sbb lama sangat dalam bilik Dr. nak tau dia cakap apa?



"Ma... dah.. dah.. dah.." 



Bertuah!!

Air mata darah di Lahad Datu


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Cukup menonton di TV, buat hati ini  jadi sebak. Inilah nilai sebenar yang agung untuk ungkapan "Saya cintakan Malaysia". Bukan sekadar menyanyi2.. menari2.. sekadar di mulut. Semuanya kosong.

Memang kita bukanlah yang dipilih untuk menjadi barisan di hadapan, tapi mungkin kita boleh isikan ungkapan sayangkan negara dengan cara yang lebih berhemah. Ini pendapat aku.

Melihat anak kecil berusia 4 tahun begitu jujur menjawab soalan yang ditanya buat hati aku pilu.

"... kena bom"......

Subhanallah.. cerdiknya budak ini. Meruntun jiwa aku. Aku doakan semoga dia menjadi anak yang cerdik pandai dan soleh yang dapat menjaga ibu dan keluarganya.

Perginya pejuang negara demi maruah bangsa. Entah kenapa, melihat kepiluan di saat jenazah wira negara diberi penghormatan terakhir oleh rakan sepasukannya di TV, fikiran aku melayang.

Ini baru di Lahad Datu. Cuba kita bayangkan perjuangan wira bangsa kita dari zaman dahulu? Menuntut satu daulat yang diberi nama kemerdekaan dalam acara besar besaran. Cuba kita bayangkan betapa ramainya wira negara yang sudah terkorban? Belum lagi dengan zaman Jepun, zaman komunis... Bayangkan peristiwa di Bukit Kepong? Aku kira lagi betapa pilunya tidak dapat ditanggung sekiranya saat itu kalau boleh dirakam dan diulang tayang di TV.

Mempertahankan daulat negara yang dicemar tanpa dapat diduga apalah nasibnya. Lebih malang tidak punya peluang mempertahankan diri. Innalillah...

Sungguh, hati aku berdebar setiap kali menonton berita di TV. Rakyat Malaysia, bersatulah kita menentang keganasan ini. Titipkanlah doa buat wira bangsa kita yang berjuang demi martabat negara. Usahlah dipolitikkan nilai nyawa yang terkorban. Tidak ada seorang pelakon pun di dunia ini yang mahu menerima tawaran berlakon dengan nyawa sebagai galang gantinya. Tidak di Bollywood. Tidak di Hollywood.

Al Fatihah buat wira bangsa yang terkorban di Lahad Datu. Semoga keluarga mereka tabah dalam mengharungi detik2 kehilangan ini.




Sedikit selingan.

Ketika di awal berita pencerobohan di Lahad Datu keluar di media elektronik. Antara soalan yang aku perlukan jawapan adalah kenapa sekarang sekiranya motif dan tujuan mereka kononnya menuntut Sabah itu sudah lama? Kenapa sekarang baru dilaksanakan pencerobohan dan serangan tersebut? Tidak dapat tidak waktu itu aku memang terfikirkan ada dalangnya. Ada motifnya.

Dan kini desas desus berita seolah menjawab segala persoalan aku sebelumnya. Walaupun kesahihan tidak dapat dibuktikan lagi, tapi logiknya memang ada.

Apa buah fikiran anda pula?