Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Monday, February 18, 2013

Demam ular....


Demam lagi.

Ya.. aku demam lagi. Kali ni lebih teruk sampaikan diberi injection. Demam terlalu panas. Dek kerana flu sekali, semua sendi jadi sakit. Doc ada explain apa kaitan flu dgn sakit badan plus dgn keadaan aku, tapi aku macam lupa dah explain balik hehehe..

Agak lama kali ini. Ubat dah habis, flu masih ada lagi. Jadinya cuti CNY aritu aku hanya melepek sahaja. Tak ada mood nak ke mana2. Adalah si bapak nya cuba bawak keluar gi pantai kononnya.. Ahh sudahhh... separuh jalan balik semula.. Ya ampun...  Jalan jammed!!

Segala jari aku sakit. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab demam belum baik sangat. Yang paling sakit jari kaki. Suruh Mr BK urutkan, tapi baru pegang sikit aku dah terjerit2... Aduhai... Cuti berlalu macam tu saja..

Semua yang pending tak terlunas bila dah badan sakit macam ni. Aku rasa jangkit dgn Humairah ni, sebab dia demam kejap ok kejap tak... Imagine lah 4 kali gi jumpa doc... Alhamdulillah now dah getting better.. masih ada flu sket..

Jom makan ubat......

Thursday, February 7, 2013

Cuba jadi matang


Riuh.

Tetiba opis aku riuh macam gegak gempita. Tetiba ramai orang. Rupanya memasing sibuk nak booking tempat.

Sedikit transformasi di pejabat aku. Jadi memerlukan aktiviti pindah memindah ni. Kau ke bawah, aku ke kanan, kamu ke utara, dikau ke selatan.. lebih kurang macam tu lah.

Semua kiasu nak rebut tempat memasing. Nak port yang best lah tu... Pada aku sama je sume tempat. Aku tak kesah memana lah ko campak aku.

Tapi pada aku, since transformation ni involve few department, jadi lebih baik lah kakak2 admin mereka duduk sepakat susun elok2. Ketua duduk sini, jadi anak buah nya berdekatan.

Ni tak, tadi segerombolan group lain dah dtg kengkonon nak chup tempat lah (ko tak rasa macam bebudak sekolah rendah ke nak main chup2 ni? hehehehe)....siap tampal nama memasing dgn kertas supaya nampak tempat jajahan memasing....

La ni datang pulak group lain siap dgn boss dia lagi. Aku tgk boss die dah tunjuk satu area untuk group mereka which is group sebelum ni dah sebok2 booking. Harus ada kejadian sentap menyentap nanti ni hehehehe... Let's kita tunggu dan nantikan.....


Quick update


Kalut.

Pindah rumah baru - settle. Penat? Jangan ditanya.

Humairah demam on and off. Sebelum pindah dah mula demam tapi alhamdulillah dah ok. Then after few days pindah demam lagi. Kali ni bebetul buat Mama and Babah dia kalut. Panas sangat badan dia. Sampai kan nurse kat klinik cam kalut nak buat sponging kat badan dia nak bagi suhu badan turun. Cuak kejap aku sebabnya Humairah tak pernah lagi demam sepanas itu. Aku dalam standby mode.. just in case panas badan tak surut jugak harus aku angkat ke hospital nanti.

Mata aku kena infection lagi. Tapi kali ni lagi teruk. Macam ada luka aku rasa mata kanan. Dah rest kan mata bila pakai lens terus sakit. Aduhhh!!! Berair2 mata menahan sakit. Bila sakit kat mata bawa ke kepala. Berpinar2 mata aku sekarang. Tengok orang pun boleh tersalah. Hehehe..

Rasanya aku kena buat jugak operation mata ni.... Lens sekarang dah tak leh nak support current condition. Aku rasa lah.. Eee.. ngeri lak aku rasa. No, ni bukan normal procedure macam lasic tu.. Quite new in Malaysia, its called cross link treatment. Khas untuk crotoconus. Of course ada pro and cons dia..

Mak dah nak balik dah.. sedih la.. sob sob sob...