Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Wednesday, January 30, 2013

Lace + Crumble dan sedikit kebodohan


Sungguh aku sangat terharu.

Menahan emosi seboleh yang mungkin akhirnya tewas juga. Tapi entah macam mana terasa ada satu kekuatan dalam diri. Ada satu tenaga yang luar biasa aku rasakan. Mungkin itu berkatnya. Mungkin itu kuasa kasih sayang seorang ibu. Ya, Mak ada di rumah aku sekarang ini.

Macam aku jangkakan, Mak pasti mulut comelnya bebel2 sbb rumah aku masih tak berkemas. Padahal dah nak pindah sangat dah ni. Hehehehe.. Nak buat cemana. Manja sangat anak dia ni.

Hari ni tak ada tips sangat nak bercerita pasal memanik. Nanti keadaan dah tenang sikit insyaAllah ya.

Hari ni akak kongsi2 gambar je la ye dik. Cerita bebanyak nanti korang boring pulak....

 Kau letak sendiri lah caption dik..







Ni perasmian aku menggunakan corded boarder lace yang lama telah ku peram buat pekasam. Agak pricey harganya. Cakap pasal lace ni, ko boleh dapat dari serendah RM6-7/meter. Terpulang kepada selera memasing. Ada yang beratus/meter juga ye dik. Dan jangan lah kau terkejut pulak sebab ada yang beriban harganya. Yg tu mengaruts hahahahaha.. Unless ko dah tak ada benda nak buat kat duit tu boleh la beli. Kalau tak meh sedekah kat akak sket :P

Sebenarnya ada cerita kelakar dan kebodohan disebalik proses memanikkan baju ni hehehe.. Selalunya bila parcel baju sampai, aku yang akan buka. Tapi Mr BK yang excited telah buka parcel ini. Dia jotted down lah dalam buku order.

Entah macam mana kelam kabut punya pasal, dah sampai umah owner, aku dgn bangganya lah nak handover baju tu. Sekali salah kau!!!! Nasib baik lah adik tu bukak baju tu depan aku.

"Eh kak ni bukan baju saya...Baju saya kaler turquoise"

Eh.. aku belek2.. ni color apa? Aik kelabu?? Aku dah kompius...

Ya Allah!!! Apalah bangangnya aku nih.. Malu tosah cerita lah.. Nasib baik dia tak bawak balik kg terus baju tu. Nasib baik dia check depan aku. And nasib baik baju dia yg sebenarnya dah siap!!!!

Baju yang aku hantar tu baju warna kelabu milik customer lain. Customer ni hantar 3 pasang baju, which is kelabu is one of the priority untuk siap. Masa dia tanya aku baju dia yg kelabu tu dah siap ke tak aku boleh siap selamba bagitau dia, mana ada baju kelabu, turquoise adalah.. Hahahahahaha... kompiden tak aku? Padahal tuan punya baju mestilah lagi tau baju dia yg mana. Yg akak tu pun kompius agaknya dgn aku hahahahahaha....

Jadi macam tu sebab Mr BK salah susun baju tu. Baju turquoise atas ni dia susun sekali dengan baju akak ni. Yg aku pun pandai sangat, tak perasan bila hang baju2 tu.. baju budak turquoise ni lagi panjang dari baju lain. Logiknya kalau 2 lagi tu sama saiz, yg satu ni ni apsal lak terlebih panjang kan? Pandaiiiiii sangatttttttttttttt............. Eh banyak lagi citer yg buat aku kadang macam bodoh sangat hahaha..


Lace yang ini tiada manik di atasnya. Aku memang suka lace yang kosong. Sebab nya senang untuk digayakan. Kalau bermanik, selalunya jahitannya tidak kukuh, jadi dalam masa kita top up manik atasnya, kita kena jugak susup kan sekali lagi benang pada manik yang sedia ada tu. Wah tadi kemain tanak share tips kan? Tetiba masuk gak satu hahahaha.. Tape akak pemurah..

As beginner, akak suggest beli lah lace yg dah ada manik sket2... kalau malas nak susup semula benang tak payah sbb jahit kat baju ko sendiri kan? So ko jahit lah macam mana pun tepi dia tu. Oh lagi satu tips.. sila pakai benang yg sama color dgn lace ya adik2.... kalau boleh sembat halus lah tepi lace tu... Korang try lah pakai sekali pastu masuk washing machine hahahaha.. Tengok ada tak manik yg tertanggal? So kalau ada next time peringatan buat ko rerajinkan lah diri untuk jahit semula memanik sedia ada tu ya??

Sebenarnya pada aku, kalau kau jahit kukuh dan kemas, tak ada masalah nak masuk washing machine pun.. Sebabnya aku selamba je basuh baju aku yg bermanik dalam mesin basuh. So far memang tak ada masalah. Ingat tak baju 3D aku tu? Yg Hatta Dolmat sempat belek tu? Muahahaha.. sempat kan akak ko promo? Sekali sekala dik kasi chance lah kat akak kau ni...



Ha, baju ni lah Mama saya basuh guna washing machine... Kewl tak Mama saya? (kewl dan malas dik heheheh...)


Seriously, memang tak tercabut so far walau sebiji manik. Cuma macam aku cakap lah.. syaratnya jahitan kena kemas dan kukuh. Macam mana? Haa jom ngeteh sama akak jom.. Akak lama tak ngeteh dgn beader ni :) Jom lah.. akak tak  makan orang..

Lagi satu tips pemilihan lace, kalau boleh carilah lace yang corak nya jelas kelihatan. Lace jenis murah selalunya coraknya scattered. Penuh kecamuk sampai otak kita sama serabut tatau macam mana nak manikkan. Sebab tu aku prefer corded lace. Sebab sulam dia jelas bentuk lengkok, bentuk bunga, bentuk daun.. semuanya jelas. Jadi senang untuk kita hilite kan part tu... And for beginner juga senang nak gayakan bila nak dijahit manik nanti.

Oleh sebab akak kau ni rajin tetiba, meh kita kongsi sesama contoh2 lace... Akak leh jadi cikgu tadika kan? Ok kita mulakan dgn corak2 yang terlalu padat, serabut, terlalu repeated.. yang bukan sahaja boleh membunuh otak.. kita pun boleh muntah hijau kalau dah pattern nya sama je sepanjang perjalanan kau memanik hehehe...


 Cantik tapi larat ke? Hehehehe

Yang ni simple lah, cuma aku tak berkenan sebab coraknya terlalu repeated. Bunga yang sama je.. Yg ni memang boleh buat muntah hijau...



 Boring....
 
 The one yang aku guna kat pic atas sekali tu lebih kurang macam ni lah pattern dia. Aku suka jenis macam ni sebab dia ada boarder sekali. And being me, aku selalunya tak akan tampal exactly macam bentuk asal. Selalunya aku susun dia senget2 lah. Aku potong part kekecik tu tampal kiri lah kanan lah bawah lah... tertonggenglah.. sukahati lah.. kita buat dia kan? Do not limit urself...


 Nice...


Unik kan? Ada sesapa leh supply tak design yg macam ni?


Ok sekian coretan akak seorang pemanik di kala kerajinan melanda. 

Korang perasan tak? Aku tak pernah tulis entry pendek2 kan? Tak reti kot.. Sebab tu dulu akulah paling excellent bila bab karangan.. hahahahaha.. Bukan takat 1200 patah perkataan.. 12000 pun akak steady je hahaha.. Dulu kengkawan akak selalu mengeluh bab nak cukup kan patah perkataan. Akak dgn bangganya tak heran semua tu wakakakakaka... Gile berlagak!!!!

Errr.. sebab tu akak failed bab summary.. hahahahahaha.. Jenuh nak pk which word should i slash?? 


p/s: aku agak tersentuh hati dgn pemergian arwah William. Budak secomel itu apalah dosanya. Aku harap ibu bapa tolonglah lebih prihatin dan berjaga2.

p/s2: cerita bodoh lain; pernah pos baju customer kat diri sendiri hahahahahaha.... ko mampu???? :P

Monday, January 28, 2013

Demam... dulu dan sekarang....


Aku demam. Yang sebenarnya berjangkit dengan si kecik ni. Dah beberapa hari dia demam. Genap usia setahun 5 bulan dia demam. Mungkin nak bertambah akal pemikiran dan kenakalan hehe.

Yang best nya aku dan Mr BK baru je berjangkit. Aku jarang sangat kena demam. Tapi kalau kena selalu macam agak teruk. Hopefully jangan lah teruk sangat. Dah lah nak pindah hujung minggu ni. Walaupun sedar tidak lah sumbangkan kudrat sangat nanti. Risau pulak aku si Mr BK dah tak sedap badan. Oh melayan kerenah orang2 matang demam ni kadang kala lagi teruk dari melayan kerenah budak kecil demam. Hehehehe..

Alhamdulillah, demam Humairah dah berkurangan. Dan tidak seteruk sebelum ini. Masih boleh tersenyum dan buatkan mulut aku bising. Ya rabbi.. melompat sana sini macam tak demam. Kompius mak nya. Tapi di awal demamnya suhu agak tinggi. Aku risau juga bila Doc cakap suhu badan dia tinggi and takut kena sawan. Jadi kena monitor closely. Alhamdulillah panas badan dah berkurangan, cuma tinggal sedikit kahak.

Dengan cuaca yang panas berdenting ni, hidung tekak mata semua serba tak kena. Lagi lah dgn hard lens, mata macam berpasir. Hidung sakit. Tekak sakit. (tapi sempat belasah air sarsi berais... nyamannnnnn...) Tu buat ubat moga mujarab.

Lagi berapa hari je nak pindah. Tapi barang tak kemas2. Nak harap aku memang tak lah. Baru bawa 2 beg plastik berisi 1 pek carrot, 1 tin susu pekat, 1 pek jumbo roti canai KAWAN dari supermarket ke kereta je dah sakit pinggang sampai ke leher. Serius ni dik, akak tak tipu. Balik rumah kena tuam air panas... lepas tu tampal koyok sampai ke leher. Sikit lagi nak jadi mumia....

Dulu kan, malu sebenarnya nak cerita, tapi tapelah, sekadar bercerita dulu dan sekarang.

Dulu masa kat sekolah menengah, kalau tak aku si Mok akan jadi anchor untuk setiap kali lawan tarik tali. Selalunya batch aku memang juara lah.

Dulu masa SPM week, aku telah mematahkan pintu belakang jeep kepunyaan bapa pada junior aku. Kuat tak aku? Tak lawak ok.. Ceritanya, entah macam mana bapak kawan aku ni cuba tutup pintu jeep tu, pintu jenis bukak dari tepi.. Tapi tak boleh. Dia tolak kuat2 pun tak boleh jugak. Jenuh lah jugak tolak. Last2 aku offer nak tolong.. aku tolak sekali tak boleh jugak.. agaknya dah fedup bapak die cakap taper lah tayah lah.. Kiranya biar lah pintu tu tak leh tutup rapat. Sekali entah macam mana aku nak tunjuk heroin sangat, ZASSSS!!!... yeay berjaya uols...  berjaya tolak pintu tu and tertutup....dan sekaligus PATAH kan pintu nya engsel hahahahahaha.... Malu? Jangan tanya lah.. Berkali2 aku say sorry... hehehe.. Kuat kan aku??

Dulu, masa main basketball, selamba badak je 10 round padang hoki tu aku sesah.. sambung pulak 20 round basketball court... jam 3 pm okes.. time orang berprep time tu aku dah berlari2 kat padang. Panas? Jangan ceritalah. Sekarang, jalan satu round kat Giant rumah aku tu pun dah lain macam aku rasa... macam nak demam satu badan.. Serius!! Nak melompat? Belum boleh lagi.. Pernah aku try, rasa macam badan atas dgn badan bawah terpisah terus!!!

Sekarang semua nikmat daya kuat tu dah tak ada pada aku. Nak angkat ibu lesung batu dari lantai ke sink pun tak mampu.

Dek kerana memahami ketidakupayaan aku ni, maka Mak akan turun KL nak tolong aku kemas barang. Aku tak kasi sebab Mak bukan kuat sangat. Tapi Mak berkeras, katanya tak dapat kemas pun at least dapat main dgn Humairah jaga dia sementara Mr BK kemas barang. Pengorbanan kasih seorang Mak kan?? Lagi kau nak selalu kecik2 ati dgn Mak kenapa???? Petir sekali baru tau!!!




Friday, January 25, 2013

Kencing Malam


Pernah kencing malam? Memang lah kan?

Masa kekecik dulu harus basah tilam ye? Penat Mak kita nak angkat jemur. Tapi kalau dah besar gabak macam gajah nak terkencing gak atas tilam cemana?

Sebenarnya, since aku sakit yang agak teruk banyak kali dah aku memang kalau tak kena gaya kencing atas tilam. Sebabnya bila nak bangun tu memang sakit sangat pinggang kau, jadi dalam masa nak ekjas2 pinggang pundi kencing dah tak tertahan2.. tak sesaba nak kuar... sudahnya dalam sakit2 tu aku heret kaku aku ke tepi katil. Nasiblah... Janji tak basah tilam aku.

Sedih kan uols?? Nak buat cemana.. dari kencing atas tilam tu karang jenuh lak Mr BK nak gayakan. Dah lah tilam tu berat.. Masa beli aritu 2 org pun tak terangkat, main seret je derang bila hantar ke umah aku.

Pernah gak sampai 4-5 kali bertukar kain batik dalam satu malam. Kalau kronik sakit aku memang macam tu lah gayanya. Dan malam tadi tetiba dia datang lagi.

Mr BK pulak tertidur kat luar, nak jerit2 panggil dia minta tolong memang tidak lah. Dengan tetengah malam, karang budak kecik kat sebelah aku terjaga satu hal pulak. Lagi lah pulak daya pendengaran Mr BK yang sangat lah OKU hahahahahaha.. Syhhh pecah rahsia :P

Dah tak tahan2 sangat. Terpaksa bangun juga. Memula tak boleh berdiri langsung. Terduduk. Nasib ada almari sebelah katil. Berpaut kejap.. Dalam cubaan menahan tu tewas juga aku akhirnya. Hehehe.. terkencing tapi tidak berjujuran lah sbb daya kepitan tahap dewata raya.. Bila ingat balik kelakar la kan? Apa tak nya dgn badan besar cam ni jalan senget benget menahan sakit satu, menahan kencing satu hal...

Itulah keadaan aku sekarang ni. Ada masa ok, budak kecik ni aku dokong pun ok je.. Tapi time dia tak ok tak ada signal.. Tengah2 duduk tetiba ada 1 sharp pain kat pinggang.... So kalau ko tgk akak terkedu tetiba masa tengah borak2 ngan korang tayah panik ya hehehe.. Biarkan je akak layan sakit tu dulu kejap. Nanti akak ok lah..

Pasal kencing pun nak cite kan? :P


Tuesday, January 22, 2013

Crumble susah?? Let's learn simple beading


Sebenarnya memanik ni semua orang boleh buat sekiranya ada minat. Tak kisah lah simple mana pun manik yang dijahit. Kadang tak perlu pun manik halus sekiranya rasa terlalu remeh nak memasukkan manik yang halus tu dalam jarum (yang juga halus). Anda boleh gantikan dengan material lain seperti batu2 yang besar saiznya. Ataupun filigree (besi yang berbentuk cantik). Sekadar susun beberapa batu sahaja atau selang selikan dengan filigree pun dah cantik.

Wah mukadimah yang sangat berilmiah kan? Hahahaha....

Jom kita belajar macam mana nak cantikkan baju kita sendiri.

Kalau baju yang plain, senang ceritanya. Kita cerita yang senang dulu lah ya. Baju bermotif bunga bagai ni payah sikit lah. Tu nanti next episode ya....

Untuk episode kali ni kita kongsikan idea guna sew on stone ya. Kalau rajin leh cari cite pasal sew on stone kat entry yang lepas. Ahkak malas nak link kan. Nak suh korang jadi rajin sket.

Sew on stone ni ada banyak jenis ya adik2. Perlu ambil tau kalau kau ambil tempahan. Sebabnya, lain jenis batu lain harganya. Janganlah kau membongak pulak guna sew on stone jenis plastik ko cakap uiiii mahal ni saya guna swarovski stone ni kakkkkk... Pang sedas nak???


Ni sew on stone biasa ya adik2.. 

 Ha.. kalau kau mampu yang ni baru swarovski.. Ada mampu??

Actually yang jenis biasa pun ada juga gred nya. Ada yang memang cikai punya plastik biasa je. Jenis yang satu peket dapat lah beberapa hengget jenis nya. Ada jenis acrylic ni mahal sikit. Jual by pc. And harga juga berbeza ikut quality. Kadang jenis material memang acrylic, tapi made in China. Beza dgn made in Korea. Ini pendapat aku lah. Selalunya Korean made much better dari China. Tapi harus diingat China sangat cepat revolutionnya. Quality bertambah baik dari hari ke hari. Cepat sangat derang adapt and tiru hehehe...

Kita ambil contoh baju kita color kuning di raja lah ya. Kau kan suka feeling2 diva ni kan.. hehehehe

Belilah warna yang contra dari baju kita. Kalau kau memang suke feeling Diva top beli la warna yang terang2 benderang macam merah ke. Kalau kau tanya aku, aku akan beli warna coklat or hitam.. yer makcik2 sangat kan Cik Pepari ni..  Maksudnya di sini, ikutlah selera sendiri ya?

Belilah dalam 2-3 jenis bentuk or saiz. Jadi bila kita jahit, nampak cantik ada yang besar, ada yang kecil. Or ada yang bentuk besar bulat di tengah2, di apit pula bentuk macam oval ditepi2 nya. Kita yang susun dia.. Terpulang lah.

Yang penting, benang tu kalau boleh guna kan sama macam batu kita ya. Sebabnya? Baju kita tu plain, jadi kalau guna warna yang tak sama macam batu nanti nampak tak cantik and kemas lah kan??

Sebab akak kau rajin, jadi akak kau ni lukiskan lah sket macam mana cara yg boleh kita susun2 batu atas baju tu.. Ala, macam main pondok2.. kita susun2 je dia... Macam mana?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tadaaaaaa!!!!!

Beginilah seadanya lebih kurang... Glaring pulak aku rasa yellow ni hehe..


Buat separuh jalan aku dah penat boleh? So nanti kita main susun2 color lain kali ya.. Ahkak macam lapar pulak hehehe.. Kau jangan marah dik akak letak watermark jugak. Lukis sket2 pun nak berwatermark bagai kan? Harusssss Dik.. sbb akak kan suka sakit kan hati ko. Hehehehe..

Hokey.. bila kau dah ada feel dgn jahit batu ni baru lah kita tanamkan dgn feel memanik pakai manik halus, Owh tak ada feel lagi? Dun worry, kita guna pearl dulu ya. Pearl ni saiz besar sket kan? Kalau tak ko pakai crystal seed yg size besar or manik yg bersaiz besar sket pun ok.

Mulakan dgn jahit 2-3 biji di tepi stone tu... Tips dari aku jangan lah kau tabur sama rata di tepi semua stone tadi.. Sayang dik. Penat akak lukis, penat ko tiru kalau kau buat cam tu tenggelam dah design batu2 tu dik.. Apa kata letak di penjuru2 je ke.. letak lah 4-5 biji pearl saiz 8mm ke.. pastu ko letak tetepi pearl tu dgn pearl saiz 5mm or 3mm.. jadi dia ada balancing gitu. Ap akau hingat tayar je ada balancing? Memanik pun kena tauuuu!!!!!! jadi sila appreciate tenaga beader macam ahkak ko ni.. penat tau nak mem'balance'kan manik tu hehehehehe... :P


Aku nak sentuh sket pasal isu batu ni. Aku perhatikan memang ramai designer claimed mereka pakai swarovski sahaja pada baju mereka. Mungkin betul. Tapi kebanyakan yang aku jumpa, nan ado! Aku minta maaf sangat2... ada tu not even acrylic stone tau!! Pakai plastik yang murah tu je!!!! Tapi baju di charge riban2.. Kalau kau tak tahu pasal jenis material ni memang lah dik senang2 je kau tertipu. Dah tertipu satu hal, pastu ko plak tipu customer ko sbb ko jual or sewa kan baju tu untuk customer. Ni selalunya kes baju pengantin lah. So nasihat aku, kalau ada niat nak jadi tokei kedai.. tokei butik ke.. tak kesah lah baju siap ke or baju pengantin.. apa apa baju lah pun, sedikit sebanyak kau kena amik tau jenis2 material yg digunakan ni. Tak rugi, malah kau yang untung dik. Sebabnya customer kau akan lebih yakin dgn kau.

Sekian, harap maklum.

p/s: aku pun bukan pandai sangat bab2 design ni.. tapi aku nak korang bayangkan baju ni ye.. kain songket... di tampal lace berbunga2.. pastu di tampal pulak dgn batu berbentuk bersegi empat sebaris dari dada ke perut.. ko rasa cantik tak??

p/s2: kalau kau jadi pembantu kedai jual barang2 manik ni lagilah kau kena amik tau. Hangin aku bila ditanya semua tak tau. Apa yang kau tau??

p/s3: Hazel anak Desmond tu cantikkan???? Tetiba tak? Hahahahaha


Eh aku lupa la nak menunjuk dengan gambar manik ni gak sebenarnya :) . This is called simple Crumble.. Aku pasti korang boleh buat punya!!!!!












Coretan buat kau bernama DIK.....



Dik…

Aku menulis bukan kerana ada cemburu di hati aku. Ikhlas nya ini sekadar renungan buat aku sendiri supaya sentiasa berpijak di bumi yang nyata. Dan buat diri kau, terpulang, kalau boleh kau jadikan renungan, renungkanlah supaya boleh jadi panduan hidup.


Dik,
Mungkin kerana relatif masa yang jauh berbeza membuatkan kita berlainan cara. Dan mungkin kerana relatifnya nilai erti mampu dalam hidup maka kita juga berbeza gaya.


Dik,

Dahulu aku tidak pernah terfikir pun unuk bergaya leih daripada apa yang aku mampu. Lagi pula waktu aku masih belajar. Apa yang ada dan disediakan oleh Mak dan Abah itulah yang aku ambil. Kalau aku mahu sesuatu yang dibeli sendiri pun selalunya yang biasa2 sahaja. Tiada sebarang jenama. Asal cantik dan sesuai sedap mata memandang aku beli.


Dik,

Dahulu aku belajar di university swasta yang sememangnya diketahui kos nya yang mahal. Walaupun mendapat tajaan biasiswa, masih belum mencukupi. Tapi tetap bersyukur kerana sekurangnya segala yuran dapat dijelaskan. Bakinya baru aku gunakan untuk keperluan meneruskan hidup hingga semester yang berikutnya. 


Dik,

Walaupun aku mewakili university dalam sukan bola keranjang, aku tidak pernah berpeluang membeli kasut berjenama. Walau di hati kecil kadang teringin nak menyarung kasut berjenama FILA, ataupun Nike yang menjadi kegilaan masa tu. Apa yang aku sarung hanyalah kasut yang sudah dipakai oleh Abang aku terlebih dahulu. Jenama PUMA. Aku memang sayang sangat kasut tu. Sampai riwayatnya berakhir bila tapaknya dah tercabut dan tak boleh diselamatkan lagi. Aku gantikannya dengan yang baru hanya berjenama POWER sahaja. 


Dik,

Aku tidak pernah punya kasut khas untuk ke kelas, untuk berjalan. Apatah lagi untuk aku hadiri segala majlis social ketika aku belajar. Aku hanya pakai sandal bertali seperti sneaker orang mendaki gunung sebab ianya tahan dan lagi satu yang penting aku muat pakai. Sedia maklum kaki ku yang bersaiz besar memang susah nak cari kasut perempuan bersaiz seperti  kaki ku ini. Ada.. Bukan tidak ada. Tapi harganya yang mencecah ratusan ringgit buat aku abaikan sahaja segala anganku. Duit sebanyak itu sebaiknya aku gunakan untuk belanja.


Dik,

Bila berpindah ke kampus Cyberjaya, hanya sekali sahaja Mak dan Abah hantar; ketika memula masuk kampus. Alahai betapa sedihnya keadaan kampus ketika itu. Dengan jalan tidak bertar. Kampus yang tidak siap. Malah ketika sehingga kami duduk pun CF tidak lulus lagi. Bas untuk ke bandar uzur benar keadaannya. Sudah lah uzur, susah betul bas nak masuk ke tempat aku belajar dulu. Bandar berdekatan pula agak jauh aku kira masa itu. Mungkin dengan tiada laluan seperti sekarang, ditambah pula dengan bas yang daif. Berdiri bersama pekerja kontrak Indon dan Bangla. 


Dik,

Di kala aku hampir keputusan wang, mungkin aku jarang makan Magie kerana aku tidak berapa gemar. Tapi aku mencari inisiatif sendiri untuk berjimat. Nasib baik ada kedai vegetarian di food court. Jadi aku lebih kerap ke kedai tersebut. Walaupun berunsur veggie semua menunya, tapi sedap je aku rasa. 

Atau, kadang kala aku mengambil upah melukis. Syukur dengan bakat melukis yang aku ada. Dapatlah 20-30 ringgit. Syukur juga sebab course yang aku ambil memang foundationnya kena melukis. Jadi memana kengkawan yang ada problem nak melukis, nak sketch animation, aku tolong.
Dan Dik, setiap kali Mak atau Abah bertanya, selagi boleh aku tidak mahu mereka tahu apa yang aku makan. Biarlah Abah dah bersusah payah cari duit untuk aku belajar. Tidak payah disusahkan lagi fikiran mereka dengan sekelumit kesusahan yang aku lalui. 


Dik,

Setiap kali cuti semester. Bilik asrama kena dikosongkan. Semua barang kena disimpan di bilik rehat. Jadi pepandailah kau kemas barang sebaiknya. Almaklum bila dah disimpan bersama barang orang lain nanti silap hari bulan memang berterabur. 

Sebolehnya aku minimumkan barang yang perlu aku bawa pulang ke kampong. Kalau boleh mahu saja aku tinggal semua di asrama. Tapi barang berharga seperti computer aku tinggalkan bersama kawan yang duduk di KL. Atau mereka yang menyewa rumah sendiri. 


Dik,

Sebut pasal computer. Aku sendiri yang angkatnya dari tingkat 4 ke bawah. Ulang alik ke atas ke bawah berkali2. Perlu diingatkan, monitor PC pada zaman itu memang boleh tahan saiz dan beratnya. Lagi pula monitor aku saiznya 17”. Kau bayangkanlah dik. Walau kadang bila cuti panjang Abang aku dari Melaka datang untuk ambil barang2, tetap aku sendiri yang ulang alik memunggah segala barang.


Dik,

Aku jarang sekali berpeluang mengikuti segala aktiviti luar yang berbayar ketika belajar di university. Abah akan pastikan dulu tujuan aktiviti tersebut. Sekiranya memang perlu untuk keperluan aku belajar Abah benarkan. Pernah aku merajuk kerana hasratku ingin ke Pulau di Terengganu bersama rakan tidak dibenarkan oleh Abah. Aku akur Dik, walaupun dalam hati memberontak juga.


Dik, 

Cermin mata memang nyawaku yang kedua. Memang sangat aku jaga cermin mata ku. Tapi kadangkala ada masa memang aku cuai. Bila cuai, pecah.. perlu diganti baru. Harga untuk cermin mata baru pada masa itu memang sangat mahal aku rasa. Mungkin kerana power yang terlalu tinggi dan perlu ditempah khas. Aku paling takut nak bagitau Mak dan Abah kalau pecah cermin mata ku. Sebab aku rasa bersalah sangat. Abah perlu member sekurangnya 700 untuk aku buat yang baru. Masa tu aku tak perlukan bingkai yang berjenama. Akan aku cari bingkai yang paling murah. Tidak pernah langsung aku terfikir nak berbingkai kan cermin mata berjenama Rayban ke Gucci ke.. Apa tidaknya, kos cermin sahaja dah 6-7 ratus…. 


Dik,

Paling aku ingat, dan paling aku tidak boleh lupa. Di tahun akhir memang banyak duit yang perlu digunakan. Aku kadang terlintas juga rasa kesal mengambil course tersebut kerana memang perlukan duit yang banyak. Thesis yang perlu aku siapkan perlukan banyak material. Walaupun mendapat bantuan daripada Abah, dan memang agak banyak juga Abah bantu. Akhirnya aku terpaksa jual handphone cikai yang ku pakai untuk membeli keperluan thesis. 


Dik,

Sesungguhnya kau sangat beruntung. Ketika di sekolah menengah lagi kau sudah merasa memakai barangan berjenama. Almaklum akak2 semua dah bekerja. Kasut pengawas berjenama Nike. Alangkah beruntungnya kau. 


Dik, 

Aku memang agak ralat bila tahu kau gunakan duit PTPTN untuk belikan handphone yang kononnya lebih canggih. Ingat lagi dulu; kalau ada lebih duit biasiswa aku belikan kain ela sepasang buat Mak, buat akak2 ku. Tapi kau? Alangkah baiknya kalau duit tu buat belanja keperluan diri kau sendiri.

Dik,

Belajarlah berdikari. Aku hairan kadangkala bila setiap kalu mahu pulang ke asrama, kau seolah seperti budak yang baru nak berdaftar!!! Dengan segala barang yang mahu di bawa. Padahal pada aku barang2 yang kau bawa boleh dibeli sahaja di tempat kau sana nanti. Tidak perlu berbondong2 dengan beg besar sehingga buatkan hati orang tua itu risau. 

Beruntunglah kau sebab masih ada Abang yang mahu menghantar kan kau pulang. 


Dik, 

Aku tak marah kalau kau betul2 aktif dalam sebarang aktiviti social. Tapi kadang keterlaluan. Dan aku yakin kadang kau tidak terlibat pun dalam aktiviti dinner2 tersebut. Kau hanya mahu keseronokan. Lebih aku sedih setiap kali majlis, dari atas hingga ke bawah semuanya kau mahu yang baru. 


Dik, 

Sumber kewangan kau hanyalah satu. Dan mungkin sedikit dari PTPTN. Jadi tak perlulah nak bergaya dengan barangan yang berjenama. Aku tahu cermin mata mu yang baru berjenama Rayban. Perlukah begitu mahal? Dan yang kadang menyakitkan hati aku, kau bukan pakai cermin mata yang dah dibuat. Kadang cara kau tinggalkan di tepi2 meja buat aku terfikir kau memang langsung tidak pandai menghargai. 


Dik, 

Bila ku lihat sandal mu berjenama Scholl, kasut mu berjenama Clarks. Buat hati kecil ku menangis Dik. Bukan aku cemburu. Tapi aku sedih mengenangkan betapa beruntungnya kau semasa belajar sudah merasa nikmat itu. Sedangkan aku hanya merasanya ketika sudah bekerja. Itupun setelah beberapa tahun bekerja. Dan aku sangat sedih bila kau seolah2 seperti orang kaya sahaja lagaknya. Bertukar tidak sampai setahun!! Untuk pengetahuan kau Dik, aku masih menyarung kasut Crocs ku yang sudah ku sarungkan sebelum aku mengandung lagi. Bayangkanlah Dik.


Dik,

Bila ku tahu kau hanya berbuka dengan sebungkus Magie, lantas aku menelefonmu. Sudah tiada wangkah di tangan? Tapi bila mendengar jawapanmu yang sebenarnya malas mahu membeli juadah walaupun hakikatnya wang ada di tangan, buat hati aku kecewa. Hanya kerana MALAS? Mudahnya kau memberi jawapan. Sedangkan kau tidak tahu hakikat nya kau berikan satu impak yang besar.

Sanggup kau gundahkan hati orang tua itu. Sanggup kau tengok dia juga turut mahu berkongsi rasa kesusahan yang kau sengaja ciptakan dengan berbuka sebungkus Magie juga. Sanggup kau lihat? Aku yang mendengar ceritanya pun sudah tidak sangup Dik…..


Dik

Bersyukurla dengan nikmat dunia yang kau rasa sekarang. Segala kemewahan yang diberi. Gunakanlah sebaiknya. Aku tak marah sekiranya cara kau kena. Tapi kadang hati ini kecewa pedih bila melihat cara kau yang seoalah2 take things for granted dengan apa yang kau perolehi. 


Dik,

Aku juga pernah lalui saat2 di mana kau lalui sekarang. Apatah lagi buat kau yang pertama kali berjauhan dari keluarga. Dugaan di depan mata mu begiu besar Dik. Silap jalan memang boleh hanyut tersasar. Kalau jumpa dahan berpaut beruntunglah kau. Aku takut kau terus hanyut ke tempat yang lebih dalam. Lagi ngeri jika sudah sampai ke lautan dalam yang tidak beretepian. 

Dik, 

Matanglah. Usia mu sudah menginjak dewasa. Akal yang ada gunakanlah sebaiknya. Ada beza antara kita manusia dengan haiwan rakyat jelata. 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




  Ingatlah Dik.....

Koleksi terhebat seantero dunia!!!


Sihat? Aku? Alhamdulillah...

Agak cuak juga semalam bila tiba2 tak semena2 sakit yang tak terperi datang kembali. Alhamdulillah tak lama. Aku masih tak boleh duduk di sofa yang lembut. So lepas ni kita boleh tukar ke perabot jati ye En BK.. Hehehehehe

Aku dan kemerapekan memang akrab kan? Hahaha.. Niat asal nak share antara fav kerjatangan memanik aku. Gila kan? Sendiri buat sendiri nak suka hehehe. Jangan lah marah dik.. Sape lagi nak suka kalau bukan diri sendiri. Kasi chance lah kan??

Customer yang sorang ni memang buat aku sentiasa tertunggu2 bajunya bila nak hantar padaku. Pilihan fabrik yang unik dan sangat cantik. Sesuai dgn jawatannya aku kira. Sangat pandai menjaga penampilan.

Tuan punya badan adalah Mak kepada kawan aku. Tapi sebabkan aku ada masalah dulu.. Memang agak lama siapkan baju nya jadi mungkin Aunty dah serik hehehe.. Eh tapi aku jumpa kawan aku dia tanya boleh ke kalau Mak dia nak hantar lagi? Aku jawab boleh.. err... tapi kalau tak serik la hehehe..

Ok ini antra collection manik yg aku suka.. Sorry lah, sbb sendiri buat sendiri nak suka kan???



Nostalgia.. Dulu aku hanya pandai manik tabur sahaja... jenuh nak jahit sesatu.. Paling best bila ada kawan aku dgn jujurnya bertanya " Ko pakai gam ke?"

Seorang dari customer aku suka sangat dengan design ni. Siap print bagai. Lepas tu tanpa disangka2 dia nampak Boss dia pakai baju ni kat toilet opis depa.. Hehehehe..

Baju plain... Simple je tapi somehow aku pun suka :P

Masa snap gambar hantar pada kawan aku dia tak komen apa. Tapi masa pass baju baru dia dgn jujurnya cakap " Masa tgk gambar aku dah cuak sbb nampak dull.. tapi rupanya cantik sangat" Seb baik dia jujur hehehe.. 

Crepe Silk yg agak dull kainnya.. Aku pun memang buntu sangat2 masa nak manik baju ni... Alhamdulillah dikurniakan ilham.. Ilham tu satu nikmat juga kan? Alhamdulillah.....

Saja je aku tepek gambar bebanyak.. Senang sket kalau ada orang nak tiru nanti hahahahahahaha.... Erkk.. Jangan marah ye.. :P

Bila tengok gambar lama... sebenarnya dulu lagi variety design manik aku. Tapi lepas Crumble datang, semua nak Crumble.. Jadinya aku tak banyak pilihan....  Crumble rumble all days night long hehehe....

p/s: kenapa bila berblogging pun nak buat short form? sampai tak paham aku nak baca....

Friday, January 18, 2013

Crumble: Purple Kaftan... Nak tiru tak?


Purple is always my fav color. Mata ni senang sangat jatuh hati dgn warna purple.

Baju batik kaftan moden yang di manikkan dari jatuh  bahu ke lengan untuk kelainan. Dan sedikit highlight di bahagian depan badan.

Aku rasa untuk 2013 aku mahu lebih selektif. Aku mahu kembali kepada memanik sebagai satu medium untuk aku meluahkan ilham aku. Aku mahu lebih bereksperimentasi. Mahu meneroka lebih jauh lagi. InsyaAllah. 

Close up

Satu lingkaran menghala ke atas bahu, satu bahagian lagi menjalar ke bawah lengan



Saje letak lebih gambar kasi cuci mata hehehe..


Saja nak update; kesihatan aku alhamdulillah bertambah baik. Thanks kepada yang sudi mendoakan kesembuhan aku. Alhamdulillah, aku dah boleh bersin dan batuk tanpa perlu menahan. Kalau tak sebelum ni nak bersin kena tahan or aku kena baring betul2. Kalau tak sure terduduk. Still tak kuat. Memasak boleh cuma kalau penuh sink tu nanti sure aku tak larat nak basuh semua. Nasib baik Mr BK cekap dah sekang kat dapur. Sekarang ni closing dapur sure dia yg buat. 

Tadi try sapu rumah. Selalu aku sapu sikit2.. Tapi tadi aku sapu dari hall ke dapur. Siap bongkok2 bagai sapu bawah meja. Hasilnya? Fuh.. terbaring kejap aku letih semacam heheheeh.. baru menyapu je tu... Mr BK yg sudahkan dgn mop lantai. 

Sian gak nanti kat dia bila nak pindah. Aku memang dah tak boleh nak angkat2 barang ni. Angkat beg laptop lama pun dah kena tampal koyok macam mummy lepas tu. Inikan pulak nak angkat kotak2 nanti.... Jom sape nak tolong ahkak... :)






Thursday, January 17, 2013

I am SHOCK! so PINK

Pink itu menawan kan?

Pendapat aku, warna pink terang or shocking pink adalah salah satu warna baju yang sangat cantik kalau dimanikkan. Kalau kainnya plain lagi naik seri baju tu. Ini pendapat aku lah.

Aku kurang pasti fabrik dari jenis apa. Yang pasti akak seorang ini memang sangat high taste. Aku memang suka dgn pilihan fabriknya. Selalu lain dari yang lain.

Bila tengok trend orang buat patch lace, hati ini teringin juga. Walaupun hakikatnya aku kurang gemar buat patch lace ni. Eheh dah tu nak buat gak kenapa??? KO NAK MENUNJUK EH???

Hahahaha... Bukan... Selalunya patch lace ni buat kat baju pengantin. And mode dia lain kalau baju biasa. Jadi aku teringin nak buat untuk baju ni. Sebabnya aku ada beli corded lace yang belum dirasmi. Selalunya aku gitulah. Beli material manik bagai nak rak... Sampai ada satu kedai pernah tanya aku, you ada butik ke? Wahhh... Butik je ke beli manik bebanyak bang? Hahahaha....

Jadi aku nak rasmi kan lace putih yg aku beli ni. Mind you, ni bukan lace murah semeter belas2 ye.. And yes, lace ada macam2 jenis.. macam2 rega.. tepuk je wallet tanya selera dia macam mana. Jangan terkujat lak bila akak bagitau ada lace yg rega cecah riban semeter. Percayalah dik... Ada... Ko sebut je budget ko macam mana ehehehehe...

Bila dah buat half way.. entah kenapa rasanya hatiku ini perlu jujur... Aku rasa ini maybe last kot aku buat patch lace gaya gini. Kalau buat next time maybe gaya nya lain. Dah ada idea dalam kepala aku cuma tak ada material fabrik lagi. Kita tunggu lah.

Menjahit secara manual (tangan) perlukan kemasan yang cukup rapi. Kecuali ko jahit mesin ala ala sulam kat lace tu. Please ya para beader.. jangan ambil mudah perkara ini. Lagi2 bab hujung2 secoet2 tu.. walaupun ko dah jahit kan sebiji pearl ke apa ke.. tetapppppp kena kemaskan tepi dia ya.. jangan lah ko tempek kan seketul pearl dah siap!! Bebulu aku tgk gambar2 yang di upload banyak begitu rupanya.... Jangan ambil jalan senang!

Ok malas nak celoteh pepanjang. Kang ada label aku ni tangan kuat bebel hahahaha... Mari lah cuci mata...

Enjoy!

both lengan baju

Lace tu aku potong tak ikut bentuk asal, kemudian cantumkan satu persatu... terlebih rajin kan?

Close up sket

Di bahagian tengan lengan

Ok, ni rupa satu baju tu.. 


p/s: Aku dah pasrah dah bab watermark ni. Buat cemana pun ada gak yg akan plagiat. Redha je la labu... tapi kes aritu belum nak bape redha lagi hehehehehe.....

Wednesday, January 16, 2013

Nostalgia Kepala Ikan Salmon


Saat terpandangkan lauk kari ikan itu, aku tahu ikan salmon yang dimasak. Jarang sekali masakan di kedai biasa mahu sediakan menu seperti itu. Memang menggamit selera aku.

Saat menjamah hidangan, memang fresh kepala ikan yang dimasak. Sedap. Tapi tiba2 aku terkenang pada Mak. 

Masa aku sempat pulang bekerja di Johor dulu, few months aku berulang alik dari Kota Tinggi ke JB. Alignment tayar memang lari jangan cakap lah. Masa tu highway tak siap lagi. Jadi pada yang tahu macam mana keadaan laluan Kota-JB masa tu memang hazab. 

Aku tak ada masalah dgn keadaan jalan, tapi aku tak boleh nak hadap kalau traffic jammed!!!  Kalau di KL ni kita boleh la try jalan alternative lain kalau jam teruk sangat kan? Tapi kalau ko dari JB nak ke Kota nan ado ye masa tu… jadi hadap je lah…

Sampai lah climax nya bila aku stuck depan kuil india di Ulu Tiram berejam lamanya. Yang kelakarnya masa tu dengan akak aku sekali stuck kat jammed. Kereta dia adalah selang beberapa biji kat depan aku. Last2, dia telepon aku suh ikut Felda apa tah kat Tiram tu keluar ikut laluan Kulai-Kota. Aku kan baru lagi balik JB, so tak tahu sangat lah jalan2 short cut ni. 

Jadi bertitik tolak peristiwa tu aku sewa bilik berdekatan opis aku. Jadi senang, kalau jammed, aku balik bilik je. 

Kalau aku balik awal, aku suka singgah di Jusco Tebrau untuk belikan roti yang Mak suka di Cottage Bakery. Kalau ikan fresh, aku beli gak lauk basah di Jusco, jadi senang Mak tak payah keluar beli lauk. 

Ada sekali aku beli beberapa ketul kepala ikan salmon. Selalu aku tak pandang pun sbb dah lama ikannya. Niat di hati nak masak asam pedas. Sebab kalau kari macam muak sangat dgn lemak2 ikan tu nanti. 

Balik rumah memang aku yang masak. Makan panas2 dgn nasi. Fuh!!! Masa tu adik aku yang bongsu masih bersekolah. 



“Sedapnya ikan ni Mik…. Seumur hidup Mak tak pernah makan ikan sesedap ni…”



Bergenang air mata aku….


Nasi aku tadi masih banyak bakinya. Tak tertelan pula tekak aku. Macam pasir walau dikunyah berkali2. Maaflah ikan, bukan kau tak sedap, tapi tekak aku tak boleh telan dah. Maaf ya…


Tuesday, January 15, 2013

Luahan hati seorang IBU



Memang seronok memerhatikan gelagat orang ni kan? Ada kalanya boleh mencuit hati kita. Ada kalanya buat kita tergelak sengsorang. Tapi kadang buat kita rasa meluat pun ada jugak.

Suasana di pejabat aku ni berkonsepkan open concept. Tak ada dah cubical tinggi macam menara yg mana kalau kau nak tidur pun org tak perasan. Bila dah open concept ni nak bergossip lelebih kat telefon pun susah dah. Kena lah bergossip pelan2.. Nak gak kan ko??

Aku perhatikan, ada sesetengah ‘kakak’ di opis aku ni macam ala ala mentel bila cakap dgn bos lelaki. Dengan lenggok bahasa tonasi nya.. Alahai.. Geli geleman aku dengar. No! Mereka bukan lah secretary ke ape ke pada boss2 ni.. Tapi cara melayan amboii kemain.. Siap tanya, boss nak kopi boss? Saya boleh buatkan.. 

Aku memang bukan jenis banyak cakap di pejabat ni. Kadang org macam kompius je tgk aku, bila jadi emcee kemain lagi, tapi bila kat opis senyap je… berat mulut. Kalau tak kena regu aku memang lebih suka tak bercakap. 

Hubungan dgn boss pun macam tu jugak. Aku lebih suka cakap pasal kerja. Boleh la nak layan gossip2 lain sekali sekala. Lepas kejadian aku terlalu rapat dgn sorang boss ni sampai di label boss pet maka aku ambil tindakan untuk ada gap sedikit. Ala bukan rapat mana pun, kadang bila meeting berjela2 sampai lunch hour so we all gi la makan sama. Huihhh tak boleh ko!! Jadi issue….. Bukan lelaki pun boss aku tu hehehe.. Ntah apa nak di jakikan pun aku tatau. 

Tapi ada sesetengah boss suka bercerita, suka bercakap2 dgn staff dia. It’s ok.. no harm pun pada aku. Tapi still kena ada limit lah kot. Ada sesetengah boss tak suka cara aku. Entah, aku tak reti nak gelak2 tak tentu pasal, cerita bukan2, gossip sana sini… lelagi lah kalau boss lelaki. Memang tak reti. Mungkin ni bahana nya sekolah semua pempuan dulu hahahahahaha…

Oh, aku ada situasi untuk kita para ibu2 moden ni hayati dan fikirkan. Lagi baik kalau anda boleh komen sekali. 

Bayangkan ya, kita ibu bekerja, khasnya di Klang Valley. Ada yang seawal 630 pagi dah keluar rumah. Almaklum traffic KL ni macam mana. Kalau ada maid, tinggal lah sang anak yang mungkin masih lagi ketiduran saat kita langkah keluar rumah. Kalau dihantar ke nursery, mungkin masih lena terlentok saat bertukar kendong. 

Seharian kita tak bersamanya. Sarapannya, makan tengaharinya, minum petangnya tak dapat diladeni kita sebagai seorang ibu. Apa perasaan kita ya? Kalau sang anak masih kecil, terlepas kita saat dia comot disuap makanan. Terepas saat dia mungkin terbatuk ketika minum air. Saat dia dimandikan selepas makan, saat dia bermain2 selepas selesa makan dan dimandikan. Apa perasaan kita ya? 

Pulangnya kita bukan waktu petang. Paling awal mungkin saat matahari terbenam. Pulangnya kita kadang dalam keadaan kelam kabut. Kalau yang rajin mahu sediakan makan malam lagilah kan? Kalau tidak pun makan di kedai. Sampai di rumah, selepas bersihkan diri, barulah ada masa terluang untuk si kecil. Itupun kalau si kecil tidak mengantuk lagi. Dapatlah bermain bermanja sejam dua. Penat dia ketiduran, kita pun kadang terikut sama. Habis berlalu kejadian 1 hari. Berapa jam yang kita dapat luangkan bersama si anak?4 jam?5 jam?

Aku pernah cuti sakit yang panjang. Walupun kebanyak urusan dilakukan oleh Mr BK, tapi melihat si kecil ada di depan mata adalah saat yang amat bahagia. Melihat dia tersenyum, ketawa, menangis, kadang aku rasa aku tidak mahu lepaskan walaupun sesaat pun saat itu. 

Bila direnungkan buat aku tertanya2, sudah cukupkah apa yang aku beri pada si kecil sebagai seorang ibu? 5 hari seminggu bekerja dari pagi hingga ke petang. Sampai di rumah malam, cuma ada sejam dua sahaja untuk bermanja. Hujung minggu sahaja lah dapat melepaskan rindu sepanjang hari.
Ada yang cuba ‘menebus’ kembali masa yang berlalu dgn membawa anak jalan2, makan2 di hujung minggu. Soalnya, berbaloikah? 

Tapi soalnya, duduk di bandar berstatus seperti KL kalau ibu dan bapa tak bekerja memang agak sukar barangkali. Aku tak nafikan. Banyak mana yang hendak kita kejar haruslah setimpal dgn banyak mana yang kena kita cicirkan. Tepuk dada tanya selera.