Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Friday, November 30, 2012

Semalam... itu semalam....


"Yang itu hitam jugak.. Mesti adik beradik"...

"Kembar kot..".....


Antara perbualan 2 beradik si Akak dan Adik yang sempat ku dengari waktu menikmati makan tengahari di medan selera berdekatan dengan rumah ku.

Tersenyum aku. Imaginasi kanak2 kan? Simple tapi kadang lucu. Yang diandaikan kembar tu 2 ekor kucing hitam bertompok putih. Memang seakan sama. Pandai je bebudak ni meneka. Hehehe....

................................................................................................


Rasa hati yang jauh dibawa pergi. Semangat hilang di pagut entah ke mana. Kenapa? Apa salah aku pada kau? Kaya sangatkah aku yang perlu kau cemburui? Gembira engkau sekarang?

Sesungguhnya memang aku berdoa,, sekiranya apa yang berlaku sekarang memang datangnya dari Allah, maka aku redha.. tapi kalau datang dari khianat kau, maka aku doakan semoga ianya pulang semula pada empunya badan, dan tidak akan sembuh selagi kau meminta maaf pada ku....

Kejam? Sepinggan nasi goreng kalau di hulur pada kita maka perlulah di balas jua pinggan itu kepada tuannya bukan? 

I had enough. Penat melayan segala emosi dan natijah nya pada diri aku dan keluarga ku. Semoga aku jadi lebih kuat dan gaban!!!! Hehehehe....

p/s: anak dara aku dah pandai berjalan.. dah sebulan dah jugak...  tersenyum sorang2 aku tgk menggayakan badan bila berjalan.. kekwat pulak tu bila dah kuat tanak di pegang tangannya. 


Wednesday, November 7, 2012

Ku punya teman sejati....



Dia memang tak sempurna. Banyak celanya. Aku akui.

Mungkin dia tak sehebat orang lain. Tapi hebat di mataku. Walaupun tidak pernah aku luahkan padanya secara langsung.
Bukan sahaja peneman kala aku gembira, malah tika aku berduka lara. Tetap sabar meladeni segala kerenah emosi ku. Mendengar keluh kesah ku.
Dia juga seorang pembantu yang rajin. Walau kadang dengan cara dia yang tersendiri. Walau tidak menepati cara yang aku ingini.

Aku bersyukur kerana punya dia disisi ku. Walau aku sedar dia hanya pinjaman seketika. Aku hargai pinjaman Mu yang amat bernilai ini. Semoga kami tetap tabah bersama melalui hari2 yang mendatang.



Dan, dia juga chef Maggie ku yang best! Tak ada orang aku rasa masak Maggie sesedap dia masak. Aku pun tak tau kenapa.Hehehehehehe... I love you!

Terima kasih atas segalanya!!


Rindu yang terpendam



Wahai hati, janganlah terlalu keras dikau. Wahai hati, lembutlah dikau. Namun keraskanlah dirimu menghadapi segala dugaan ini.

Memang agak kurang tenang dalam hati ini. Bercelaru.  Macam air pasang. Bila pasang rasa bagai mahu pecah dada ku. Bila surut, dapatlah aku berpijak di bumi nyata.

Mana silapnya? Silap pada diri aku sendiri. Aku tidak tuding pada orang lain. Setiap keputusan aku yang tentukan. Jadinya buat apa mahu ku tuding jari pada sesiapa? Walaupun kadang keputusan yang dibuat bukan kehendak diri sendiri semata mahu memberi kepuasan pada yang lain. Aku lah itu. Betul, kadang aku terlalu lembut hati untuk mengalah untuk mereka semua. 

Aku dalam kerinduan sebenarnya. Rindu pada Mak di kampung. Tapi entah kenapa tiada kemahuan mahu bertanya khabar. Terukkan aku? Apa jenis anak aku ini mahu memanjangkan emosi tidak keruan ini. Entahlah. Rindu tapi seakan ada tembok batu dalam hati ini. Tergamakkan aku? Nanti biar aku rasa bila Mak sudah tiada barulah aku tahu bagaimana tiada jalan hubung lain waima satu pun. Biar aku rasa? Jangan kau menyesal!

Menjadi seorang anak dan kakak sepatutnya hala tuju dan gerak langkahnya seiring. Mesra seiya sekata. Tapi kadang meladeni yang satu ini bisa buat jantung aku gugur. Bukan sekali dua berantakan. Hingga aku sanggup hayun kaki keluar dari rumah di kala umat Islam mahu meraikan Raya Qurban. Bukan hingusan lagi aku tika itu. Tapi jiwa aku begitu remuk. Bila kebenaran yang amat sukar aku nyatakan pada Mak, hanya kerana menjaga aib seorang adik. 

Mana silapnya aku kurang pasti. Mungkin terlebih dilayan. Terlampau diberi muka. Aku tak salahkan Mak. Puas dah berlembut, meninggi suara, tapi tiada kesan. Kalau ada pun mungkin sekejap cuma. Hinggalah teragedi terjadi baru ada kurangnya. Namun, yang lain pula dipersalahkan. Tidak ambil berat. Tidak prihatin. 

Aku mahu bagaimana lagi? Kalau aku tidak sayang makanya aku tidak akan bersuara walau sepicing. Lantaklah kau nak buat apa pun. Tapi bila aku bersuara lantang dikatanya aku tidak sayang. Mahu lari. Jadi orang tua itu harus menelan rasa marah, takut2 kalau dia lari. 

Kau mahu lari ke mana? Sedangkan bersusah payah sedikit di rantau orang mencari orang tua itu? Ke mana kau mahu pergi? Sebenarnya kau yang prejudis terhadap kami. Berprasangka. Jangan jadikan kesilapan sendiri sebagai modal untuk salahkan orang lain. Sepatutnya ia menjadi pedoman kekhilafan diri sendiri. Bukan sebab orang lain kau jadi begitu. Kau jadi begitu sebab kau sendiri yang pilih. 

Ya, aku punya anak sekarang. Dan aku pernah muda. Pernah lalui zaman remaja. Pernah juga terkucil. Tapi seingat aku, setiap kekurangan dan kesusahan itu aku jadikan supaya tidak berulang semula. Jadikan pengajaran. Tapi kenapa tidak dia?

Dan, tidak perlu ingatkan bahawa anak aku suatu hari nanti akan besar. Itu hakikat yang aku sedar. Dan aku akui, memang aku takut hendak besarkan dia dalam keadaan duniawi sekarang. Tidak dapat aku bayangkan nanti peredaran zaman yang berubah semakin mendadak. Semoga aku tabah melaluinya. Semoga jalan yang aku pilih untuk membesarkannya tidak merosakkannya. Dan, kau: aku minta satu sahaja, berdoalah. 

Thursday, November 1, 2012

Misteri Nusantara Melanda


Memang betul ada yang boleh nampak. Ada yang tak boleh. Ada yang semulajadi nampak. Ada yang diberikan nampak. Aku? Aku tak nampak. Dan aku tak ingin nampak pun!

Apa yang dinampakkannya? Penampakan apa? Hehehehe...

Misteri nusantara kan dunia ni?

Sebelum tu, aku minta maaf kerana lama berdiam diri. Kadang diberi ujian demi ujian dalam masa yang sama ni terkalah juga diri ini. Jadi aku rasa berdiam diri untuk seketika lebih baik. Dalam keadaan yang huru hara tak perlu nak kecoh2 sangat.

Alhamdulillah keadaan kembali tenang. Syukur. Cuma memang terganggu sangat aku beberapa minggu yang lepas. Dengan gangguan kesihatan diri sendiri. Anakanda tersayang. Suami tersayang. Ibu tersayang. Huh memacam....

Misteri nusantara aku tak adalah misteri mana cuma ada org yg berkebolehan nampak telah menyuarakan sesuatu apa yang dia nampak pada aku. Wallahualam. Aku tanak tahu apa dia nampak. Tapi unsur yang jahat lah. Yang mahukan aku jatuh dan terus jatuh. Juga wallahualam. Cuma kebetulan yang terlalu significant berlaku satu demi satu. Tak nak percaya pun tak boleh juga. Cuma aku percaya wujud nya sihir dalam Islam. Jin dan syaitan juga wujud.

Aku sendiri kadang alpa dgn dunia. Hal akhirat kadang tercampak ke mana dek kerana dunia. Jadi pendinding diri pun kurang. Tapi pelik juga, apa yang didengki sangat dengan aku? Diberi bayangan siapa, tapi aku tak boleh nak teka.. Menyesal bertanya hahaha.. Sudahnya aku jadi keliru. Last2 malas nak fikir2.. Doa aku memang kalau betul ada yang hasad dengki dengan aku supaya dia berbaik dgn aku jadi kawan aku. Tapi sekarang ni yg namanya kawan baik pun boleh tikam belakang ye tak?

Kelakar ada seram pun ada bila berubat. Bila seram tetiba meremang je bulu roma aku. Jarang sangat aku nak rasa macam tu. Berubat pun pertama kali jadi agak kejakunan di situ. Itulah namanya pengalaman hidup.

Korang kat luar sana nasihat dari aku sentiasa berhati2 dalam berkawan. Kadang orang yang tak disangka2 sebenarnya musuh dalam selimut.

Aku mohon maaf sbb dalam masa kekalutan ni aku seperti berada di dalam dunia sendiri. HP memang tak berjawab. Macam hilang semangat dibuatnya. Padahal baju bermanik dah siap jahit tapi aku macam jadi orang bodoh. Tak dihantar baju. Tak dihubungi empunya baju. Aku bebetul mohon maaf. Sebenarnya bukan kali pertama kejadian ni, dah berlaku beberapa kali semenjak aku berkecimpung dalam bidang manik ni.

Pernah baju dijahit tertetas maniknya. Pernah bila pegang jarum bisa di jari jemari bukan main lagi. Bagai kena tusuk duri sembilu. Pernah baju yang di jahit terpaksa dibuka maniknya berkali2. Memacam lagi lah kejadian2 pelik2. Semangat aku pernah bagai hilang di awangan. Tidak peduli orang di sekeliling. Aku bagai ralit dengan dunia sendiri. Apa yang aku ralitkan pun tak pasti. Tak hingin berjumpa dgn org langsung! Bayangkan, kalau nak naik lif pun tak nak ada org dalam lif tu! Aku sanggup tunggu sehingga aku seorang sahaja yang naik. Na'uzubillah!

Kesian juga pada Mr BK. Sebabnya dia juga kena tempiasnya. Cuma mungkin dia lebih kuat dari aku. Dalam keadaan tergugat tu banyak benda yang dia perlu jaga. Ye lah jadi ketua keluarga bukan senangkan? Besar tanggungjawabnya. Bersabarlah ya sayang... Eceh gelis lak kekekekeke...

Ok.. InsyaAllah, doakanlah yang terbaik untuk aku. Aku juga turut doakan yg terbaik untuk sahabat2 aku.. semoga kita semua dilindungi dari segala kejahatan. Di berkati dengan segala kebaikan.

Just nak share few pics anakanda terchenta.

8 months old, waiting for Mama's appointment at Pantai Hospital

9 months old; @ Burger King The Mines

10 months old; tidur pun senyum budak kecik ni..


Gila bergambar hahaha





Kesimpulannya, Humairah memang senang sangat senyum. Both Nenek and her Tok Mak panggil kerang busuk hahaha.. Tak apalah dik.. Senyum kan sedekah. Banyak dah sedekah adik ye.. :)