Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Thursday, September 27, 2012

Notis buat kaum wanita sahaja


Memang tak besar pun masalahnya. Tapi padahnya memang akan jadi masalah besar. Lagi2 kalau libatkan org2 besar cam aku ni hahahahaha...

Beberapa minggu lepas, pihak admin pejabat ada keluarkan pekeliling. Korang tau pasal apa? Notis pekeliling cara2 menggunakan tandas. Khas buat wanita!!! Hahahaha.. Kenapa wanita je? Sebab kau tau lah wanita kan memacam hal..

Bila baca notis tu, aku macam pelik juga dgn segelintir org kat opis ni. Gamaknya macam tu ke cara derang guna tandas kat rumah sendiri? Ke take things for granted? Sebab ada cleaner yg bersihkan toilet. Cleaner pun tak sanggup dah aku rasa.

Peringatan dibuat sebab hampir semua sinki tersumbat!! Habes tu dah kalau segala sisa makanan kau buang kat situ mana tak tersumbat? Tu pun tak serik2 lagi. Aku perasan still ada sabun basuh pinggan kat area sink tu. Ada lagi mug berderet2... Nak cakap bahasa apa lagi gamaknya mereka ni. Bukan tak ada pantry dgn sinki khas untuk basuh2 menda2 tu semua. Semua pemalas. Semua amik mudah je!!

Tapi lepas ni aku nak reply lah kat email pekeliling tu, nak tambah sikit notis tu.

"Sila pastikan bila ambil wudhu' jangan jirus air di laluan antara sinki dan pintu tandas. BECAK dan LICIN! Dan BAHAYA pada wanita mengandung dan tidak mengandung (seperti aku hahaha). Kalau ada orang jatuh nanti macam mana? Kan susah???

Aku perhatikan, ramai yg basuh kaki dgn menjirus air dgn menggunakan gayung. Memang tak salah. Tapi ramai yang jirus air tu di bawah sinki. Jadinya, laluan tu jadi becak. Basah lencun and licin. Aku rasa kena prihatin lah sedikit. Lagi pulak aku kan pernah mentioned, ramai yg suka pergi tandas berjemaah. Jadi kau bayangkan kalau dah 3-4 orang jirus air macam tu, tak ke banjir laluan tu? Nak lalu masuk tandas kena jingkit2, kang ceplak cepluk basah bawah kain ko.

Aku lah yang seksa nya. Sebabnya, kena really slow and kau tau bila jalan di tahan2, rasa semacam muscle ko. Tu pun boleh buat badan aku jadi sakit tau. See how fragile am I? Sila sayang akak lebih tau kekekeke....

Lagi satu, aku nak tambah gak kat notis tu, tapi hantar kat cleaner je. Kenapa rajin sangat letak banyak toilet tissue kat tandas tu? Memanglah bagus, menyenangkan. Tapi aku rasa menyenangkan kerja derang je kot. Apa tak nya, dibantai letak sampai 5-6 roll dalam tandas, dah kenapa? Tak hygenic langsung ok bila kau dah bukak segala balutan plastik dia!! Memula dulu aku perasan dalam 2-3 roll je dia letak. Sekarang ni melampau2... Sampai kadang benda tu di letak atas tempat Rentokil tu. Tak ke kotor? Ni dasar pemalas, ke apa ni? Aku pun tak paham..

Kelakar kan? Pasal guna tandas pun nak kena ingatkan Mak2 orang kat pejabat nih. Kat rumah gamaknya mulut kemain pong pang.. Aku lah tu, tak ada org lain pun hehehe....



Doctor @ PepariDsign


Kelakar bila aku kenangkan semula.

Beberapa hari lepas aku pergi klinik. Nak dapatkan eye ointment supaya smooth sket mata aku ni. Nak dapatkan ref letter to see specialist rasanya no point. Sebab specialist yg aku jumpa is non-panel.

Klinik ni dulunya ada 2-3 orang doc berbangsa India yang aku sangat suka cara mereka handle patient. Tapi sekarang ni aku dah tak nampak dah muka2 doc tu. Yang ada semua GP baru. Termasuklah GP yg aku jumpa ni. Berbangsa Cina.

Bila masuk aku explain kenapa. Aku juga explain medical condition of my cornea. Tu la kan, jadi doc ni sebenarnya ko bukan je check ape sakit patient, you have to listen 1st. Tapi doc ni cam tanak dengar cakap aku. Dia cakap lah kenapa nak pakai lens? Its a foreign body, memang akan mendatang kan masalah.

Masalahnya, kalau boleh pakai spek, dah lama aku pakai!! Masalahnya memang tak boleh nak pakai spek. Even aku buat ikut power and silau aku. Glaring. Aku still akan pening sbb gap yg sangat tinggi between right and left eye. And then, titik fokus tak jatuh betul dekat cornea mata bila pakai spek biasa. That's why I have to wear hard lens ni. (Tapi recently aku banyak tanya en Gugel, macam ada few new treatment for KC... Nanti aku ushar ye...)

Uiii lama kau dia bersyarah dgn aku. Siap nasihatkan aku, life is about choosing the right option. Ye la doc.. Tapi aku kesian gak kat dia. Dalam pada dia berceloteh tu sempat lak bercerita pasal hidup dia.

Dia ni dulu obstetrician, pakar lah kot kekdahnya kan sbb dia cakap dulu he has everything. But then, dia cakap mata dia rabun teruk. Dia pakai spek. Jadi cam risk kalau nak bedah2 kalau rabun teruk ni. Pastu dia pulak ada heart attack. Buatnya tengah bedah org tetiba pensan tak ke naya?At first dia macam in denial sbb dia cakap dia amalkan hidup sehat... Jogging, swimming sampai 36 laps.. Kau mampu dek??? Tapi still kena heart attack. Akak dengar je lah dgn tawaduk sambil tersenyum.

Tapi rupanya ada sebab dia kena heart attack tu. Masa dia tengah hidup senang tu main saham, tetiba saham jatuh, bini tinggalkan dia. Dia cakap I lost everything. So last2 dia tanak tension, jadi GP. Tayah nak tension2 dia cakap nak pikir 2 nyawa. Hehehe... Masa dia tengah bercerita ni, aku pulak macam jadi doc. Sebab aku yg banyak tanya dia. Hahahahahaha... Berangan lah kejap kan aku merasa jadi doc.. :P

Aku sempat gak wish dia take care before aku keluar bilik. Siap pesan lagi, jangan tense selalu, be happy always, and sempat aku cakap, dont worry you look great with that spec. (Almaklum perasan dah jadi doc kekekeke)

Simpati aku dgn dia. Itulah kan, adat hidup ni. Kadang kita kat atas, kejap je kan kalau Allah nak buat kita duduk bersila simpuh kat bawah. Tu Alhamdulillah sempat bersimpuh, kalau jatuh terlentang tergolek macam mana?

Na'uzubillah. Semoga kita semua sama2 diberkati dan dilimpahi nikmat olehNya...

Wednesday, September 26, 2012

Crumble Galaxy


Aku risau. Sebabnya projek memanik aku tergendala hampir 2 minggu. Mungkin ada yang perasan aku juga tidak aktif beronline. Mana tidaknya, mata ku asyik berair sahaja bila aku pakai contact lens. Kalau tak pakai lens ibarat macam org buta berjalan je aku ni. Vision aku sangat teruk. Aku boleh katakan mata kanan aku hanya pada 50% daripada vision org normal. Aku mengharap banyak pada mata kiri which is aku rasa dalam 30% blur dari clear vision. So mata kanan aku ni dah jadi lazy eye sbb banyak rely on mata kiri.

Dalam minggu ni kena juga jumpa eye specialist. Maybe consider buat spec as persediaan kot2 la jadi pape kan. Selama ni memang aku tak ada spec langsung!!

Malas nak citer panjang, ni antara koleksi Raya 2012 dari PepariDsign. Bekonsepkan Galaxy kekdahnya.. Ko ado? Hahahaha... Org lain berSamsung Galaxy, aku berCrumble Galaxy.. :) Jadilah kan? Nak beli, hati aku masih belum terdetik lagi. Owh, aku sangat tidak up to date dgn gadget. I am not into gadget punya org. Orang berwassapppp bagai aku malas nak amik tau. Boleh la sekali dua dgn BF aku, tapi tu pun sure dia tension sbb kadang aku senyap je.. Ye lah, kalau dah berkepit dgn si kecik ni aku tak boleh buat apa. Lagi kalau waktu primetime. Boleh jadi sesi merajuk kalau tak layan dia. Kekecik dah pandai. Attention seeker!

Aku malas nak buat caption, enjoy the pics la ya...

Mata aku makin berair2.... uwaaaaaa....





Opss.. projek memanik di lengan dan di bawah baju. Tapi bawah baju nanti aku upload ya. Tak edit size pic.

Tuesday, September 25, 2012

Penawar Qalbu




Alhamdulillah.

Sudah sihat anak Mama.
Semakin lebar sengihnya. Semakin berselera makannya. Semakin bulat pipinya.









Dan semakin manja dengan Babahnya....




Eceh.. tak jeles pun...


Pandai angkat tangan bila aku cakap baca doa... Dah pandai pass barang bila aku minta tolong ambilkan. Bila bangun tidur gosok2 perut.. nak bagitau lapar ke? Kelakar tgk gelagat dia.

Bila main pandai kemas semula masuk dalam box dia... (tapi ikut mood dia lah). Pandai meronggeng dengar lagu rancak and sedap. And she response to certain lagu je yg sedap. Mostly aku perasan lagu retro.. Abes lah ikut jejak Mr BK lah gamak nya..

Tapi, masih malas nak pegang botol sendiri bila menyusu. Geram betul!!

And masih belum pandai berjalan lagi. Baru bertatih. Mana tak nya, penakut!! Dah boleh berdiri nanti nak duduk merengek2 suh pegang dia.. Hehehe..

Bak kata Mr. BK;

"Tu lah buntut besar sangat... ikut siapalah tu.. "

Hek elehhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, September 21, 2012

Mari berenang secara jemaah...



Semakin banyak yang aku tahu, semakin sebal hati aku. 

Kalau ini business ku, jawabnya PARAH! Tapi memang mustahil akan jadi business ku. 

Tapi kalau aku jadi CEO company seperti ini pasti dah lama aku lakukan sesuatu. Apa lagi yang dimahukan oleh seorang CEO selain daripada PROFIT of his company. Betul tak?

Aku agak emosi hari ini. Sebab tu entry pun lambat hari ni. Dari semalam sebenarnya aku cuba memahami data2 yang diberikan. Sehingga ke pagi ini, sampai mata aku berair2 memeriksa semua figure di worksheet. Berlapis2 worksheet yang aku buka. Almaklum dah lama tinggalkan kerja2 analysis. Bila kena buat semula rasa macam serabut kejap. Serabut sbb semua idea datang serentak. Otak aku ligat berpusing pulak. Lepas aku duduk dendiam, jot down semua dalam kepala, mind mapping, buat spider web bagai, baru lega kejap. Baru nampak the path…..

Tapi itulah, makin aku dig, makin aku hilang interest. Kenapa ya? 

Ibaratnya macam kau naik kapal laut TITANIC… Kau dah tahu dah depan tu ade iceberg, kalau tak tukar laluan memang jahanam kau ni nanti. Tapi, kau macam kebal sangat masih duduk silang panggung. Boleh hisap2 cerut bagai, main terup bagai.. seb baik tak  minum je ehehe.. eh tapi main terup leh pulak? Hahahaha….

Jadinya aku kena bersiap sedia belajar berenang di lautan dalam dari sekarang. Mana nak beli swimming suit muslimah ni? Ye ke muslimah? Tetap fit melekap kat badan jugak aku tgk. Tang mana nya muslimah pun aku tak pasti. 

Aku ni nama je ada swimming pool kat bawah rumah tu. Tapi tak pernah aku jejak. Sebabnya arkitek yg plan buat tu budget indah sangat lah view nya bila pool diletakkan ditengah2 laluan antara 2 blok.  Free je pak gad cuci mata lalu lalang berpuluh kali antara blok A dgn B karang.

P/S: Penat rasanya bila kau buat something yg against ur belief kan? Boleh jadi tension!! Bila tension, tak bagus sebabnya; weaken all the muscle.. bile weak, senang lah sakit2 badan.. Hmmm..  kena jumpa HR cecepat ni hehehehe….

Wednesday, September 19, 2012

Ego seorang remaja

Aku terpanggil untuk berkongsi pendapat tentang topik ini bila pagi ni di rancangan MHI ada seorang caller review artikel pasal seorang remaja wanita yang sanggup buat apa sahaja demi dapatkan wang semata untuk dapatkan gadget terkini.

Soalnya, kenapa sampai sanggup bergadai maruah? Yang dikehendaki pun hanyalah gadget, bukanlah emas berlian.

Benar ianya hanyalah gadget. Tapi sedar tak kita sebenarnya pengaruh gadget yg. semakin up to date sekarang ini sememangnya beri impak yang sangat besar pada kehidupan kita. Our lifestyle changed!! Kalau dulu nak berinternet kena pergi CC bayarlah satu jam RM5, kemudian turun sehingga RM1/jam.. Tapi sekarang semuanya wireless. Semuanya mobility. Dalam kereta, dalam LRT you can always get connected.

Samada sedar atau tidak, memang betul keperluan gadget banyak mengubah cara hidup kita. Aku perhatikan, those parents yg mampu, mereka belikan iPad untuk anak² mereka. Ada yg masih seusia 2-3 tahun pun sudah punya iPad sendiri. Alasan nya mudah, buka Youtube anak senyap. Emak pun senyap senang nak bermuka buku bagai. :P Sudahnya, komunikasi sekeluarga melalui FB haha.. Eh tak pelik ok. Ada kawan aku, keja satu company satu hal.. lepas tu update cite anak kat FB each other.. Pelik aku tengokkan. Cerita je lah face to face kenapa nak update kat FB bagai?

Ok, berbalik pada topik yg aku nak kongsikan pendapat aku yg tak seberapa ni.

Ego seorang remaja ni memang sukar nak diselami. Kadang dilayan makin menjadi, tak dilayan takut lagi menjadi.

Semua faktor harus diambil kira. Bermula dgn apa sebab musababnya? Bagaimana nak handle? Bila masa yang sesuai?

Mungkin mulanya dgn style.. trend. Hidup kita sekarang sering dimomokkan dgn trend terkini. Semuanya harus terkini. Kalau tak kau jadi lah org paleolitik, neolitik bagai umpama duduk dalam gua. Macam mati pun kalau tak pakai handphone yg terkini ye tak? Baju pun semua nak terkini. Even tudung pun semua nak terkini! Nak yang beruffels bagai tepinya. Pendek kata kalau kau terlewat satu minit je kau dah ketinggalan zaman!!

Jiwa seorang remaja, suka pada perhatian. Suka pada yang baru. Suka mencuba. Suka bila diperkatakan. Suka menerima pujian. Suka menjadi tumpuan. (kecuali pada mereka yg masih ada rasa malu macam akak kau ni hehehehe.. eh akak remaja ke? :p )

Jadi kalau lah dah kengkawan nya semua pakai handphone yg trendy. Semua jenis touch screen. Galaxy lah.. iPhone lah.. Mana tak nya kawan kita jiwa tak kacau? Bikin gubra dalam hati tau!! Nak diminta pada keluarga, harganya mungkin 2 kali gaji si Ayah. Atau pun mungkin Ayah kena buat saving sampai 5-6 bulan baru dapat. By that time dah tak valid dah Ayah oi handphone tu hehehe.. Dah jadi model lain dah..

Jadi apa cara yang mudah? Hati meronta sudah tidak tahan ni tgk kawan2 berposing dgn mulut itik bagai dgn HP canggih. Nak gak kan si budak ni pose ala ala mulut itik gitu. (lagi satu benda yg aku tak paham kena pout mulut bila bergambar. Comel sangat ke?)

Maka keluarlah di dada2 akhbar kita "Anak gadis sanggup gadai maruah semata2 kerana HP". Memang tak pelik pun. Memang banyak kes macam tu, samada orang tahu atau tidak je.

Mana silapnya ya? Ibu bapa ke silap? Atau media? Provokasi iklan yang terlampau mungkin?

Apa pun, ibu bapa sekarang memang berat tanggungjawabnya. Perlu lebih prihatin dgn setiap gerak geri anak. Setiap perubahan, setiap kelakuan yg lain dari biasa perlu dipantau. Kalau perlu dinasihatkan hari2, nasihatlah. Jangan nanti bila nasi dah jadi bubur baru terhegeh2 nak basuh beras semula.

p/s : teringat arwah Abah dulu, hari2 dok tegur aku suh sidai tuala mandi betul2... hehehehe...  Anak dia kan sume nak cepat, kadang dia main campak je atas katil.. Tu dulu la ye.. zaman kanak2.. yg betulnya dah tak sabar nak berlari kuar main :)















Memang itu janjiNya....




Sangat terkesan di hati ini.

Dalam tempoh yang terdekat ni, aku kehilangan 2 sahabat di pejabat buat selamanya. Keduanya perempuan; seorang  berpangkat kakak dengan ku dan seorang lagi sebaya dgn ku. 

Pemergian sahabat sebaya denganku sebelum Raya tempohari. Terlibat dengan kemalangan di kampungnya di Kelantan. Anak2nya masih kecil lagi. Aku tahu pun bila masuk semula ke pejabat membaca email dari Corp Comm. 

Pemergian seorang lagi berpangkat kakak yang memang sangat baik orang nya. Aku agak rapat dgn arwah. Pernah menempah manik dgn ku. Tidak berkira orangnya. Sangat pemurah dgn senyuman. K Norli pergi kerana sakit kanser hidung 9 September yg lalu. Yg sedihnya, si bongsu baru berusia 6 bulan, manakala yg tua berusia 12 tahun. Baru sahaja selesai menduduki UPSR. Bayangkan hati anak kecil itu. 

Aku sempat berseloroh dgn nya tahun lepas sewaktu menghantar bajunya di rumah supaya menjemput ku ke rumahnya bila raya tahun ini. Rumahnya sangat cantik. Luas, dicantumkan 2 biji rumah menjadi satu. Tak kesampaian rupanya. Dia pergi dulu. Tapi Allah memang sayangkan orang yang baik2 kan? Dia bukan sahaja baik dgn rakan2 tetapi seorang ketua yang baik juga. Sewaktu aku tolong rakan menjual kek dan biskut raya dulu, dia belikan sekali kek untuk staffnya. Sangat pemurah orang nya. 

Al Fatihah buat ke duanya. Semoga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman dan solehah.
  
Pemergian mereka buat aku terfikir seketika. Maut sememangnya tak kenal usia. Muda tua, bila2 masa sahaja boleh diambil oleh yang Maha Kuasa. Aku? Sudah sedia kah aku dgn ajalku? Sudah banyak kah amalan untuk ku bawa sebagai bekalan? Ya Allah, matikanlah aku sebagai seorang Islam dan dalam iman. Amin…

Tuesday, September 18, 2012

Episod Hatiku Masih Berbuku : Part 4



Aku tak ingat nama tempatnya, tapi kami berhenti untuk makan kerana Kakak A cakap dia tak tahan la lapar sangat. Makan di rumah K. Z tadi tak puas katanya. Kami turutkan saja. Kawasan pantai. Sementara menunggu order, aku beri kamera ku pada anak2nya supaya dapat ambil gambar sebagai kenangan di sana. Aku dah tak larat nak berjalan dah.
Lama juga kami di situ sbb menunggu order agak lama disebabkan ramai pengunjung petang tu. Hampir Maghrib juga baru kami selesai. Lagi sekali kesabaran kami tercabar. Aku dan Mr BK terus sahaja ke kereta. Tunggu2 tak nampak batang hidung. Agak lama kami menunggu. Dah hamper gelap baru nampak dia dgn anak2nya menuju ke kereta. Aku pelik gak ke mana hilangnya.
Nak tahu ke mana?
“Tiba2 akak rasa teringin nak rasa angin pantai. Seronok pula main2 dgn bebudak ni kat tepi pantai”
Owh… bersantai2 ditepi pantai kekdahnya. Masa aku suruh kau pergi tadi masa tunggu order makanan tanak pulak pergi. Aduhaiii.. kenapa sabar aku begitu teruji.

Selepas tu kalau tak silap singgah berhenti di R&R Bentong kalau aku tak silap lah ye…. Mr BK nak makan ikan patin buah. Kami berhenti makan dinner. Kakak A seperti biasa tanak turun dari kereta. Masih kenyang katanya. Disuruh anaknya ikut aku kalau nak makan.

Si bongsu ikut aku makan. Si akaknya tak mahu makan jadi masuk semula dalam kereta selepas buang air.
Aku dan Mr BK lah yg melayan kerenah anaknya yg bongsu. Nak ayam. Nak lauk ikan jugak. Boleh tahan selera budak ni hehehe… Layan je lah. Walaupun makannya senonet je.
Sampai di KL terus hantar Kakak A ke rumahnya. Dah memang tengah malam masa tu. Aku dah memang penat sangat. Masuk ke rumahnya kejap hantar ole2 yg student aku bagi tu, sbb aku nak ambil bahagian aku. Student aku satukan plastik2 kecil dalam satu plastic besar bersama2 dgn pesanan Kakak A.
Bila aku kata, aku ambil bahagian aku, uh menjerit dia dari dapur terus terpa ke meja tempat aku letakkan ole2 tu. Terkejut juga aku. Kenapa?
“Kenapa Kak? Saya tak boleh ambik bahagian saya ke?” Agak keras mungkin ya?
“ Eh tak.. bukan.. akak nak bagi bahagian akak pada Umi. Cukup ke Umi punya tu? Kalau tak cukup ambil lah bahagian akak ni. Tart dgn kek ni ambil lah sekali”
Padahal cara jeritan dia tu sangat contradict dgn apa yg dia cakapkan. Seolah2 takut sangat aku terambil bahagian kawan VIP dia tu. Aku memang sangat pissed off!! Aku hanya ambil beberapa ketul tart tu, selebihnya aku tinggalkan untuk keluarganya. Sedia maklum isi rumahnya lebih ramai dari rumah aku yg hanya berdua.
Aku ambil plastik bahagian aku terus aku ke kereta. Minta maaf seperti biasa kalau sebelum balik. Aku memang akan minta maaf pada nya setiap kali ingin berpisah. Kali ni memang aku betul2 maksudkannya.
Dan secara tiba2 dia beritahu aku yg lepas ini dia rasa tidak perlu lah bekerjasama lagi kalau di luar KL. Cukup lah yg ini sahaja. Jadi aku pun ok je lah. Dia sendiri yg cakap, bukannya aku. Alasannya dia kata penat lah. Tak berbaloilah. Ok fine.
Yg kelakarnya kan, bila nak balik tu sempat dia mintak buah laici aku.
“Boleh tak bagi beberapa biji buah laici ni? Akak tak perasan ada jual buah ni kat sana tadi.. Abang akak suka buah ni… “ 
Subhanallah… Kalau nak minta pun tak perlu lah cakap tak perasan buah tu dijual sbb nampak sangat kau menipu. Mungkin sebab musimnya, bersepah2 org berjualan buah laici tu masa di sana tadi.
Dek kerana kesian dan meluat, aku terus hulurkan plastic buah laici tu terus padanya. Entahlah, kalau aku tidak ikhlas masa tu maafkanlah aku. Nasib baik sebelum tu aku dah jamah dulu buah tu  bersama Mr BK.

Selang beberapa hari, aku terima jemputan dari kawan ku untuk membuat kelas di tempatnya. Sempena pembukaan spa nya. Memang agak mengejut permintaannya, masa yg terlalu pendek untuk aku buat promosi kelas. Tapi aku cuba juga promosikan kelas untuk sahabat ku ini.

Dia menghantar msg kepadaku; bertanya kelas di sana tu untuk aku seorang sahaja ke? Macam mana dgn dia? Cara soalannya seolah memerli aku. Tapi aku balas dan terangkan padanya yg itu adalah jemputan dari rakanku. Lagipun lokasi tu jauh, dia juga yg bagitau sebelum ni tanak join kalau jauh luar dari KL. Hairan kan? Kalau aku, dah tak bertanya lagi dah. Sebab aku dah bukak mulut bagitau tanak ikut kalau luar KL.

Aku akhiri sampai sini je kisah Episod hatiku masih berbuku. Betul kata org, kalau nak kenal seseorang tu kita kena tidur dulu dgn nya baru kita tahu perangainya macam mana.

Sejak tu hubungan aku dgnnya agak renggang.

Kenapa aku luahkan rasa hati aku ini?

Antara sebabnya.........................


  1. Dia telah mencanang yg aku dan Mr BK tidak beri dia anak beranak makan sepanjang perjalanan ke sana. Malah sangat elok perkataan yg dia gunakan bahawa aku dan Mr BK "mengkentendarah" sorang2 dan tak hiraukan mereka.... Yang best nya, dia bercerita pada rakannya dan suaminya sambil menangis2 dan mengongoi2.... Mr BK memang tak boleh terima kenyataan ni.
  2. Dia bercerita sana sini hanya dapat RM250 sahaja dari kelas tersebut. Sedangkan hasil bahagi sama rata setelah tolak kos semua; bahagian memasing adalah RM600. Tapi kami telah lebihkan RM50 untuknya. Maknanya dia dapat RM650. RM250 adalah balance selepas dia berbelanja ole2 untuk keluarganya di pasar yg glamer tu.
  3. Bila org tanya kenapa dia bawak anak2 sampai 2 org pula ikut, padahal sebelum tu tanak bawak, konon tak pro bawak anak ni, dia telah membandingkan aku dan Mr BK. Kenapa Mr BK boleh ikut aku? Kenapa pula dia tak boleh bawa anak2 dia. Korang nampak tak bezanya pemikiran dia kat sini? Habis kalau Mr BK tak ikut sape nak bawak keta bagai? Aku rasa nak pitam bila dgr dia boleh mempertikaikan kenapa aku boleh bawa laki aku, kenapa dia tak boleh nak bawa anak2 dia. Haishhh...
  4. Dia juga heboh bercerita mengatakan aku ni tak pedulikan dia anak beranak masa di rumah sahabatku K. Z. Dia tak dilayan. Tak ada siapa peduli kan dia. MasyaAllah!!!! Mr BK tu dah sampai tertido2 tunggu dia berborak. Aku dah tersandar2 kat sofa bosan menunggu dia berborak. Aduhai........
Cukup lah tu je aku share.. lelain banyak sangat nanti hati terluka kembali ewah.. Mungkin ada yg kenal, mungkin ada yg meneka. Jangan tanya aku siapa dia. Aku ceritakan pengalaman hidup aku sendiri.

Jujurnya, ini pertama kali aku jumpa org macam ni. Macam binatang apa tu yg boleh tukar2 warna tu? Iguana ye? Seriously.. Pertukaran character yg sangat bagus. Lakonan yg sangat mantap. Kalau org tak tau, korang memang tak akan sangka sama sekali. Sebenarnya sampai sekarang pun aku macam tak percaya dia boleh buat aku macam tu. Ada banyak lagi sebenarnya tapi cukup yg ini sahaja aku coretkan.

Dan benarlah Allah itu memang Maha Berkuasa kan... Selepas dgn aku, tup2.. lebih kurang sama ceritanya dia bersama kawan VIP nya itu. Cumanya karakter yg dibawakan bersama kawan nya itu memang totally berbeza dgn aku. Berlaku konflik antara mereka.

Bila aku dan kawannya bertemu, berkongsi rasa. Aku bandingkan titik2 pertemuan dan pertembungan cerita kami. Memang ada persamaannya dan pertembungannya. Justeru aku memang percaya apa yg telah dia lakukan pada rakan VIP nya itu.

Sekarang, dia baik dgn seseorang yg amat disegani. Aku memang sangat menyanjungi org yg dia baik sekarang ini. Tapi aku rasa dia tak akan buat perangai. Dia akan behave dan menjadi senaif nya. Sebabnya seseorang ini yg banyak membantunya dari segi financial dgn memberi ruang sebagai tenaga pengajar. Biarlah. Sekurangnya dia boleh bantu kewangan untuk keluarganya. Aku pasti dia tak akan lepaskan 'orang' ini.. Hehehehehe.. Percayalah....

Dan untuk kesekian kalinya.... kalau ada yg bertanya aku masih berkawan? Entahlah. Tiada conversation antara kami. Mungkin hanya dari jauh. Aku harap kau bahagia kak.

Oh, sebelum tu, ada beberapa incident yg aku nak kongsikan juga. Selepas operation pertama, semasa tempoh aku bercuti sakit. Tiba2 dia telefon aku (no Mr BK sebenarnya yg dia telefon). Becakap dgn Mr BK lah dia. Sedikit pun tidak bertanya khabar aku. Yg dia nak sharekan pada aku sebenarnya tentang dia dah berjaya ambil kursus SKM 1-3. Cuba kau bayangkan, apa niat dia sebenarnya? Siap tanya, bila Umi nak ambil kursus ni? Sedangkan dia tahu aku baru buat operation masa tu.

Kemudian incident yg sama berulang selepas operation aku yang ke dua. Tidak pernah hubungi aku, tiba2 telefon semata2 untuk beritahu dia telah berjaya ikuti kursus sebagai tenaga pengajar profesional yg kosnya agak mahal. Makan 2K. Juga bertanya, bila lagi aku nak amik kursus tersebut? Tidak pula dia bertanya keadaan kesihatan aku. Jauh sekali. Aku cakap dgn Mr BK kenapa tak cakap dgn dia, kalau dah mampu bayar kos yg mahal tu, boleh la bayar hutang manik aku yg hanya ratus2 je tu... Betul tak?

Incident yg seterusnya; tiba2 dia menghantar SMS kepadaku. Menyatakan ada wartawan majalah interview nya. Motif? Meriak secara halus kah? Hehehehe.. Aku pun kurang pasti hahahaha...

Cuma satu pesan ku, kita perlu telus Kak.. Kalau betul itu sahaja kemampuan kita, tak perlu bersusah payah nak buktikan yg kita mampu lebih daripada itu. Tak kesah lah dgn siapa pun kita nak tunjuk, waima dgn ibu kita sendiri. Tak ada apa yang perlu kita banggakan. Tak perlu menunjuk2.. Hidup dgn cara kita.. Tak ada siapa yg nak kacau kita kalau kita tak kacau orang kak...Tak perlu takut dgn bayang2 sendiri...

Sekian, terima kasih...