Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Friday, August 31, 2012

Promo Nota Crumble + 3D hingga Merdeka!

Ini adalah entry sticky post... New entry pasal design Raya, tips manik sila scroll bawah ya..

--------------------------------------------------------------------



OK rakan² sekelian....

Starter Kit Crumble dan juga Starter Kit 3D Release 1 masih lagi available. Dan promo masih lagi valid sampai 31st August ni sempena Merdeka..

Harga untuk 2 Starter Kit ini hanyalah RM140 sahaja termasuk postage fee dah.

Kalau beli Set 3D sahaja harganya RM55 (normal price RM60) + RM7 (postage semenanjung) = RM62

Kalau beli Starter Kit Crumble sahaja tak ada promo ye.. Harga nya fix RM87/set + RM7 (postage semenanjung) = RM94

Jadi kalau nak dapat BIG Saving harus pantas sebelum tibanya Merdeka nanti!!


Let's Crumble rumble!



Promo price hanya RM55 sampai Merdeka nanti!



Nota 3D Release 2: Teknik Membuat Daun.. Aku dalam DILEMA


Aku punya dilema. Dan kalau anda baik hati boleh lah bantu aku di sini hehe...

Memang nota 3D aku lama dah siap. Tapi macam aku ceritakan, bukan senang nak buat nota nak kasi org faham. Jadi agak lambat untuk aku releasekan nota yg satu ini. Kenapa?

Ok begini....

Untuk nota 3D Release 1: Teknik Balut Batu menggunakan teknik basic Peyote memang tak ada masalah. Kiranya, kalau korang nak jahit batu sebesar mana pun, InsyaAllah dgn membaca nota aku tu korang tidak punya masalah.

TAPI....................... Untuk teknik membentuk daun dan bunga, dilema yg datang bila aku mahu pastikan korang semua bukan setakat dapat buat daun seperti saiz yg aku tunjukkan dalam nota, malah korang mampu untuk jahit macam mana saiz pun daun tu.

Kenapa aku kata dilema? Sebabnya begini.

Aku pernah juga attend few classes 3D ni.. Ada sesetengah beader agak strict dgn step by step yg ditunjukkan. Contohnya let say kau belajar buat bunga Kekwa; kena masukkan exactly 3 biji manik, kena susup exactly 4 biji manik.. etc.. Kalau tak follow kau kena bukak balik. Pendek kata kau kena ikut step by step apa langkah dia ajar, which is ada pro and cons...

Pro nya, kalau kau ikut step by step without failed; memang jadi lah bentuk apa yg kau nak buat tu exactly size yg ditunjukkan. Tapi cons nya, kalau kau tak faham basic teknik nya, let say bila kau nak buat few bunga Kekwa in different sizes, kau akan jadi seperti confuse dan sebagainya. Ini memang majoriti feedback yang aku observe sewaktu kelas.

Unless, kau jenis panjang akal; agak rajin berfikir maka tiada masalah untuk kau bentukkan bunga Kekwa tu dalam saiz yg macam mana pun.

Berbalik kepada aku sendiri. Dalam teknik pengajaran aku, tak kiralah one to one method or dalam tutorial yg aku jual, aku lebih suka tekankan fahamkan teknik basic dahulu, kemudian terpulang, kau nak ikut step by step yg aku tunjuk atau kau nak explore sendiri sbb kau dah faham teknik yg basic.

Sebab tu kalau dalam kelas aku, eventho 3D ni org cakap kalau dah silap tak ada cara lain dah kena bukak semula, tapi aku lebih suka ambil pendekatan, selagi boleh kita baiki dia, tak perlu buka. Kita cari jalan macam mana nak solve kan problem tu. Unless memang tak ada cara lain selain dari kena bukak semula. (ada certain mistake in 3D stitching yg kita boleg cover, tapi ada certain yg memang tiada maaf bagi mu.. memang kena bukak semula hehehe)

Dilema nya bertambah lagi apabila untuk membentuk daun atau bunga 3D ni, penambahan manik adalah random mengikut apa yg kita nak. Contoh, kalau nak kan daun yg lebih curly bentuknya, maka penambahan manik di setiap baris perlu lebih banyak.

Benda2 macam ni amat sukar untuk kita explain dalam bentuk text. Nak kasi org faham. Jadi sekarang, pendekatan yg akan aku gunakan untuk nota release 2 and 3 adalah seperti berikut;


  1. Aku akan tunjukkan basic teknik terlebih dahulu. Aku akan share kalau buat macam ni apa akan jadi, kalau macam ni apa pulak akan jadi... 
  2. Semua teknik akan aku tunjukkan bukan sahaja dgn actual pic (gambar step by step yg diambil) tetapi juga akan disediakan bersama illustrator sekali. Sbbnya? 3D perlukan gambarajah yg jelas. Kadang actual pic tak dapat gambarkan step by step...
  3. Kemudian, sebagai optional untuk praktikal; aku akan bagi step by step arahan in details untuk saiz daun/bunga yg aku tunjukkan dalam nota. Contohnya aku akan bagi step by step masukkan berapa biji manik, berapa layer nak buat, guna manik color apa untuk tone warna, untuk membentuk sekeping daun berukuran 7cm... Itu contoh. 
  4. Aku akan sharekan tips sekiranya nak nak buat daun yg lebih besar macam mana, kat mana trick nya, kat mana nak tambah, masa bila nak kasi dia lebar.. 
  5. and aku akan share juga macam mana nak combine teknik jahitan untuk dapatkan bentuk daun or bunga yg lebih unik
Sebenarnya in 3D ni pada aku tak ada silapnya. Aku paling kurang gemar bila dalam kelas org yg mengajar tu simply cakap apa yg student tu buat salah! Lepas tu dia suruh bukak semula. Paling kurang gemar lagi kalau suaranya agak terlebih emosi. 

Sebab tu before conduct class aku lebih suka buat ice breaking. Aku kena pastikan gap yg ada dalam class supaya aku senang nak control class. Kadang ada student yg memang advance, ada yg baru nak berjinak. Ada pula yg term tali air pun tak tahu apa. Jadi kita as pengajar kena ambil kira semua ni. Tapi ada yg tak setuju dgn cara aku. Ada yang macam tak percaya tak benda simple apa yg dia cakap org tak boleh nak ikut? Habis dah kau cakap lain kau tulis lain kat depan pastu kau tunjuk lain masa jahit kat kain org tu mana org tu nak paham ye dak? Eh melalut... hahaha

Kalau korang rasa approach aku ok dalam nota release 2 and 3 ni.. sila lah bagi feedback. Kalau tak ok pun sila la komen ya.. Aku sayang korang semua... :)

Kalau tak komen pun aku sayang jugak.. tapi sikit je la hahahahahaha.... 




Sedalam mana erti MERDEKA?


Maaflah.. Kalau nak kata aku kolot, maka kolotlah aku. Tapi memang aku tak berkenan dgn cara sambutan Merdeka yg diadakan. Pada aku semuanya PALSU! Semuanya disuakan. Dipaksa. Dipaksa untuk mengibar bendera. Seperti budak kecil sahaja lagaknya. Kalau budak kecil comel lagi aku kira. Tapi kalau orang dewasa? Jelek pula aku mahu menontonnya.

Maaflah, sekadar mengibar bendera belum cukup untuk aku katakan kau patriotik. Memang betul kita perlukan mereka yg bergelar belia untuk meneruskan nilai nasional negara kita. Tapi perlu banyak lagi yang usaha yang perlu dibuat dan dipertingkatkan. Tapi aku hargai usaha yg dilakukan. Semoga dari usaha mengibarkan bendera kecil itu akan berjaya menerapkan nilai kebangsaan pada diri mereka.

Aku? Memang aku akui aku bukanlah patriotik mana. Tapi aku tidak perlu hipokrit menunjuk pada semua orang. Segala konvoi, segala perarakan yang aku kira agak berlebihan. Semalam sewaktu pulang menemani Mr BK bermain bowling memang sudah larut malam. Mat rempit penuh sana sini. Menjerit di atas motor sambil mengibar bendera negara kita. Aku malu sebenarnya. Begitukah mereka meraikan nilai kemerdekaan kita selama lebih 5 dekad? Aku teringin betul menyelami hati dan perasaan mereka.

Aku sangat berharap nilai kemerdekaan yang kita nikmati sekarang dapat dipelihara untuk bertahun lamanya demi generasi anak2 kita. Demi anak aku Humairah. Nilai kemerdekaan yang tiada harga nya buat mereka pejuang negara yang pernah terkorban hingga ke menitisnya darah di bumi sendiri. Buat mereka yang telah berkorban anggota badan. Di mana mereka sekiranya masih mereka hidup? Sejauh mana usaha kita menjejaki mereka ini? Apakah hanya menjelangnya musim sambutan kemerdekaan maka bantuan pun datang dihulur?

Apakah nilai pengorbanan mereka jika dibandingkan dengan nilai pingat Olimpik yang berjaya dibawa pulang oleh atlet negara kita. Apakah mereka ini tidak layak untuk diberi bantuan sepanjang zaman? Atau cukupkah hanya bantuan sekali setahun di bulan kemerdekaan? Siapalah aku untuk  menjawab semua persoalan ini.

Sejujurnya, aku seperti tidak sanggup menggambarkan kesusahan yang pernah dialami oleh mereka yang berkesempatan merasai erti hidup sebelum merdeka. Saat pejuang kita berjuang untuk satu nilai nasional sebuah negara. Segala kepayahan untuk meneruskan sisa kesinambungan hidup. Apatah lagi kalau aku bayangkan kezaliman zaman Jepun menjajah. Na'uzubillah... Melihat keadaan di Syria sahaja sudah menggigit rasa sayu di hatiku.

Aku berharap, agar ramai rakyat Malaysia yang akan terus berdoa untuk kemakmuran Malaysia. Bukan setakat berdoa, tapi mempraktiskan cara hidup yang lebih positif untuk kita terus menikmati erti kemerdekaan ini.

Selamat Hari Merdeka!

Sunday, August 26, 2012

Koleksi Raya 2012 from PepariDsign: Vol I

Siap bervolume bagai... Macam banyak sangat pun.. Saja je kasi gempak sket ehehe..

Jom cuci² mata dgn. koleksi design manik Raya tahun ni. Kita kongsi design yg simple dulu lah ya. Yg ni cuma mahu di highlight kan di bahagian lengan bajunya sahaja. Yg bestnya akak kita sorang ni, dia post bahagian lengan sahaja kat aku. Jadi dia pos guna pos express nya envelop which is selalu org guna for docs.. Nasib baik selamat sampai ehehehe..

Berwarna plain purple. Kainnya agak susah untuk dijahit. Liat betul!! Even pakai jarum baru pun masih terasa kepayahan untuk menusuk jarum. Patutlah kau hantar kat aku ya kak? Hehehe.. Kidding..

Kainnya bercorak jalur. Dalam kiriman bajunya dah dipesan warna² yg harus aku combine untuk maniknya. Walaupun dah diberitahu tapi aku insist untuk tgk gambar kainnya. Sebabnya warna sahaja tak membantu kalau tak tgk bentuk corak kain macam mana.

Jadi inilah hasilnya bila dah tgk rupa bentuk corak kain nya. Aku agak suka juga dgn design yg ini (apa yg aku tak suka kan? kekeke)

Lengan baju..


 Ok tgk dari jauh sikit rupa bentuk dia.. Kombinasi: Crumble + tali air + manik iring pintal. Harga? Sila PM ya.. Tapi tolong jgn minta harga bukan... Sila perhatikan 3 teknik yg digabungkan ehehe..


Close up...


Ok, aku nak share sikit tip. Untuk design ni aku combine kan 3 teknik; Crumble, manik beriring dan juga talir air. Untuk yg tak biasa mungkin bagi korang Crumble susah. Tapi bagi aku yg dah berapa tahun bergelumang dgn Crumble ni (after all nama akak pun pencipta nya ye tak? wah kekwatttt... hahaha) tak susah mana Crumble ni.. 

Tapi banyak pakai manik, as usual kalau simple version PepariDsign at least 3-4 layers. Tak namanya Crumble PepariDsign kalau dia flat terbaring 1 layer je ya adik² sekelian. 

Tips yg aku nak share kan kat sini, kalau kau nak cepat kena siapkan baju customer. Teknik manik beriring pintalan adalah satu pilihan yg kurang tepat ya. Jika nak dibandingkan, baiklah korang guna teknik tali air, lagi cepat. And, teknik beriring pintal ni pakai banyak manik. Cuba korang teka berapa gram habis untuk design ni? 

Sebabnya, teknik iring berpintal ni, jahitannya ke arah belakang, then baru dia membentuk cantik timbul. At least 4 beads ke belakang untuk timbulkan dia. Jadi untuk design macam aku buat ni definately banyak pakai manik. And another tips, teknik ni cantik kalau guna manik hexagon berbanding manik bulat. Plus manik bulat kau kena pakai lagi banyak manik. 

Jadi sila faham kalau harganya buat korang rasa macam nak tampar je aku ehehehehe...... Sila tampar diri sendiri atau wallet dulu ya :P ... Jangan sentap tau bulan raya ni.. 

Enjoy!


Anugerah Sepanjang Hayat sudah 1 Tahun!


Masa berlalu terlalu pantas kan? Pejam celik, anugerah sepanjang hayat aku dah berusia 1 tahun semalam. Macam tak percaya pun ada. Kejap nya si cilik dah membesar.

Mr BK sangat teruja nak belikan kek buat si kecil. Aku? Entah, mungkin sebab dah terbiasa dgn. cara dibesarkan oleh keluarga aku. Jadi aku kurang keterujaannya. Pada aku dia kecil lagi pun. Tapi belikan juga sebiji kek "chocolate marshmellow" yg sangat sedapppp!! Kalah SR hehe.. Tapi dipotong sehari awal pada hari Jumaat lepas sbb Ahad dah nak balik ke KL.

Yg cantiknya tarikh lahir Humairah 26 August 2011 dan juga 26 Ramadhan. :)

Alhamdulillah, sepanjang proses pembesaran selama 1 tahun ni tak banyak ragam yg aku lalui. Kalau ada mungkin Mr BK kot yg banyak rasa hehehe.. Dia sangat manja dgn Mr BK. Balik beraya baru ni bila ramai org. dia ok lah bermain bermesra bagai dgn semua org, tapiiiiii..... jangan lah kau nampakkan bayang Mr BK. Merengek²... menangis².. berjurai air mata macam kena pukul kalau Abah dia tak angkat. Padahal aku kat sebelah je tu. Sabar je lah hehe.. Tapi kalau malam pandai pulak nak Mama ye ko dikkkk... Nenen la sama Babah sana..

Harapan? Sama seperti semua ibu kat dunia ni, haruslah aku doakan yg terbaik untuk Humairah. Oh masih belum tumbuh gigi! Tapi gusi dah memutih semua kat bawah. Nak kuar serentak gamaknya hehe.. Tape la dik, lambat kuar, lambat sket rosak nya haha..

Satu soalan dari sepupu lelaki aku;

" K Umi, ko tak rasa sedih ke ko taleh nak pegang nak dokong anak kau?"

" Bang.. kesian pulak aku tgk kau kena jaga baby.. kalau aku belum tau boleh jaga macam tu"

Kau kawen dulu baru kau tau lah apa erti suami isteri apa erti jadi emak dan ayah ni Ijad oiiiiiii...

Budak Ijad ni brutal sket, aku macam tak percaya soalan tu datang dari dia.

Sejujurnya, memang ada sedikit sedih bila tak dapat dukung Humairah. Tapi sekurangnya aku masih beri susu badan sehingga kini. Walaupun..... dia nak belah kanan je.. Boleh tak? Belah kiri bila aku bagi, nanti dia buat muka pelik. Siap jilat² bibir dia.. rasa lain ke? Hmmm.. nanti aku suh Mr BK check eh..  EH.. ke situ pulak hahahahaha....

 Dengki dgn anak sedara dia main walker.. Jgn memain ye, Humairah dah ada anak sedara hehe..


Amboi.... Lawa betis dik?? 

Tema warna baju adalah biru. Tapi tidak la sedondon sama kainnya. Aku tak berminat sangat nak bersedondon ni. Jadi pilih tema warna je. Sepasang lagi belum pakai lagi. Aku rasa macam kurang sesuai si Humairah ni pakai baju kurung hehehe..



Sunday, August 19, 2012

Latest from PepariDsign> Nota 3D Module 1: Teknik Membalut batu Cabochon & Basic Peyote


This is sticky post.. For latest entry please scroll down ya.. TQ

Benda yang dah lama tertangguh. Bila semua nak dibuat sendiri macam ni lah jadinya. Tak terkejar. Tak terbuat nya aku. Bila ramai dah tanya² alamak... nak tak nak kena juga bahagikan masa.

Ok sidang pembaca yang aku kasihi sekelian. Untuk julung2 kalinya, ini satu pengumuman bahawasanya, nota 3D dari PepariDsign sudah siap untuk Module 1 iaitu "Jahitan Peyote Basic bersama Cabochon". Apa pulak menatangnya Cabochon ni ye?

Ok kita mulakan sekejap kelas manik kita hari ini, kita cerita pasal "CABOCHON" ya adik². Ok semua dah ready? Tepuk tangan sket.. akak nak pegang mic ni hehehe.. Ok semua senyap dok dendiam ok.

Cabochon ni sejenis batu gemstone yg telah di shapekan menjadi cembung di bahagian atasnya dan bawahnya selalu flat. Dan selalunya batunya dari jenis opaque, maksudnya tak transparent. Yg jenis transparent tu selalunya cutting batu dia faceted; flat faces with geometric shapes. Ala ala feeling macam diamonte nye cutting la lebih kurang permukaan atas batu tu.

Ok selalunya Cabochon ni banyak digunapakai dalam jewelery, tapi kita boleh juga apply kat jahitan di baju. Cuma kena lah pandai pilih materialnya. Kalau pakai gemstone yg original jadi beratlah pulak kalau saiz batu tu besar kan? Jadi sekarang dalam market dah ada macam2 jenis material dari plastik ke acrylic untuk disuaipadankan dgn budget anda. Sila check wallet memasing pls hehehe.. Contoh Cabochon macam gambar2 kat bawah ni ya adik2..


Tengok betapa cembungnya batu ni


Cantik kan color dia?



Very the earthy...


Sebenarnya, elemen 3D dalam jahitan manik ni kalau di luar negara; beads designer lebih banyak fokus pada jewelery. Tapi di Malaysia, kita kan Malaysia BOLEH, jadi local beader try to apply kan teknik jahitan 3D tu pada baju. Macam dalam entry dulu aku ada cerita, design is very subjective. Cantik di mata aku mungkin tidak cantik di mata kamu. Yang penting kesesuaian teknik yg nak diaplikasikan pada baju. Jangan pulak macam pokok krismas berjalan pulak nanti hehehe..

Ok, kalau faceted stone memang banyak di Malaysia. Lupa nak cite kat atas tadi, kat Malaysia ni susah sket nak dapatkan Cabochon yg cantik2. Tak ada variety. Mungkin sebab tak ada demand, jadi tak banyap supply.

So kat bawah ni contoh batu facted stone ya adik2. Lepas ni tulis dalam nota. Akak nak buat exam hehe..

Biasa kan nampak batu macam ni?

Jgn tak tau ada gred juga qualiti dia ni...

Ada yg plastik, ada yg acrylic.. nak lagi kelas ko amik la kristal terus... :)


Dah kenal ya batu jenis Cabochon and faceted stone? Kalau dah kenal kita pergi ke next chapter.

Bila jahit batu yg agak besar di atas baju, kadang kalau tak kemas jahitannya, batu tu jadi longgar. Lagi pulak kalau lepas di basuh dan dipakai beberapa kali. Ada sesetengah beader gamkan di atas kain.

Ok, kalau nak tau, gam pun ada special for kain ya. Tapi ada juga yg belasah pakai gam UHU lekatkan batu kat baju. Kalau baju aku sendiri tak apa kot. Tapi kalau baju org, wa tarak berani wooo.. Even sebenarnya kalau guna gam kain pun, kadang for certain kain yg fragile, kesan gam tu spread of atas fabric. Jadi keras terus kain tu. Jadi kalau nak guna gam kain pun kena extra careful. Aku tak berani nak guna. Jadi penyelesaiannya aku gunakan teknik jahitan basic peyote untuk ikat batu tu cantik je atas kain. Jadi batu tu tak ada lah joget2 kiri kanan hehe..

Kalau di luar negara teknik balut batu Cabochon ni selalu diaorang buat pendant necklace. Contoh macam kat bawah ni lah.. Cecantik derang buat..

Selalunya batu tu dijahit atas kain felt terlebih dahulu



Very the classy...


Jadi, teknik yg sama aku cuba kongsi bersama anda semua yg berminat nak belajar macam mana nak jahit manik di keliling batu macam ni. Style PepariDsign macam mana pulak ye? Eh nak kena tunjuk jugakkkkkk.. Akak kan suka interframe haha..

Kalau anda semua perasan, aku suka gunakan sejenis batu ni yg agak tinggi dalam koleksi jahitan aku. Bati ni agak tinggi sbb di balut dgn besi bawah dan tepinya. Pada aku batu ni nampak sangat cantik bila kita balut dengan manik ditepinya. Lagi pulak kalau guna manik silver. Sangat elegant. Antara contoh jahitan dari PepariDsign collection sila cuci mata dgn gambar kat bawah ni ya..



Batu tu ringan je... Ni bahagian bawah leher baju... Warna grey and lite grey


Yg ni warna hijau pulak..  Cantik kan bila silver match dgn green?


Yg ni akak berani mati pakai bright yellow.. sbb baju sendiri ehehehe...

Jadi, disebabkan ramai yg bertanya dan ada juga yg dah diajar tapi tak juga dapat teknik nak balut batu dgn betul, aku cuba bantu anda semua, tapi bukan percuma ya.. amboiii nak yg FREE je tau!!!! 

Sebelum aku cerita lagi lanjut pasal nota ni, aku nak beritahu terlebih dahulu. Sebenarnya apa yg aku buat ni adalah dari olahan pemahaman aku berdasarkan apa yg aku belajar dan juga pengalaman menjahit manik. Anda sebenarnya boleh dapatkan secara FREE di internet. Tapi macam yg ramai bagitau samada mereka malas nak mencari, susah nak paham dan mereka lebih suka sekiranya didatangkan dgn materials sekali. Sbb nya batu cincin ni ramai yg suka, jadi ramai suka jadi follower. So terpulang pada individu masing2 ya..

Aku telah sediakan Nota 3D khas module untuk teknik membalut batu sahaja dahulu. Sebenarnya dah siapkan teknik untuk buat bunga Rafflesia, daun dan juga Mushroom Loop juga. Tapi bila test guna pakai nampak macam banyak lagi kena improve nota tu. Bukan senang nak buat nota kasi org paham ya. Sbb its not 1 to 1 punya learning method. Kena buat bebetul, kasi org paham bila ikut instruction satu persatu. Sebelum tu aku namakan nota 3D ni Nota 3D: Release 1 Cabochon & Basic Peyote. Sebab lepas ni ada release lain pulak.. ni perasan macam buat buku pulak dah hahaha...

Dan yg specialnya tentang Nota 3D Release 1 ni, aku datangkan khas dgn material nya sekali. Sama macam Starter Kit Crumble aku juga. Material disediakan sekali. Dan yg paling best jugak, aku sertakan sekali jarum khas dan juga fabrik untuk korang sume jahit atas tu. Kenapa aku suka sertakan manik sekali? Sbb aku sayang korang.. tak payah keluar duit nak pergi beli manik pulak satu hal. Lepas tu nak kena cari lak batu cincin yg susah pulak nak dapatkannya. Nak tanak nanti korang kena gak beli dgn akak Pepari ko ni kan? hehehehee.... Jadi aku memudahkan proses pembelajaran korang. Dapat terus boleh jahit... Tak payah susah2 nak keluar buang tenaga, buang masa, buang minyak.. beli or cari manik...

Kalau tak ada material main baca je karang kompem korang simpan buat pekasam... Atau pun korang baca terkebil2 macam cicak telan kapur kang, ye lah dah baca2 nota nak practise macam mana? Tapi dah kasi material ni kena lah practice kan? Kalau tak mana nak pandai dikkkk.. Unless ko superb tgk nota, baca2 terus terrer!! Aku tabik spring!

Tak cukup dgn tu, aku juga akan tunjukkan beza jahit manik dgn menggunakan batu Cabochon dan juga faceted stone. Dan juga, beza teknik jahitan sekiranya kiraan manik anda ganjil atau genap. Haa.. kan dah pening ehehehe.. Yg ni penting ya.. Sebab kalau tak ada karang jadi macam ramai org bertanya kenapa jahitan manik derang tak balut batu? Jadi macam tong drum pulak or macam perigi buta meninggi je.. tak gak grip batu tu.. Haaaa... sebab tu sekali lagi kena BELI!! :P

Tape korang kena beli baru korang paham apa yg aku cerita ni :P

Secara ringkasnya, Nota 3D Release 1 ni antara lain intipati kandungannya adalah seperti berikut;
  1. Cara² menjahit batu cincin yg akan disediakan (kena tunjuk juga sebab masa kelas pun ada student yg tak tahu macam mana nak jahit batu ni)
  2. Cara² menjahit manik dgn menggunakan basic peyote stitch dgn menggunakan Cabochon - kiraan GENAP
  3. Cara² menjahit manik dgn menggunakan basic peyote stitch dgn menggunakan Cabochon - kiraan GANJIL
  4. Cara² menjahit manik dgn menggunakan basic peyote stitch dgn menggunakan faceted stone (sew on stone)
Jadi keseluruhannya, walaupun dalam 1 Module sahaja iaitu cara² nak membalut batu, tapi dalam nota ni ada 3 teknik yang berbeza. Jumlah kesemua ada dalam 15 pages. Kalau sebelum ni nota for Starter Kit Crumble aku 100% guna actual pic tunjuk step by step, tapi for nota 3D kali ini sedikit berbeza approach yg aku gunakan.

Aku sediakan illustration sekali dalam bentuk gambarajah jadi korang senang paham di samping actual pic step by step. Jangan risau, insyaAllah korang akan faham. Best tak adik2?


Nak lagi best?? Nak tak?
















Nak??
























Lagi best material yg akan disediakan sekali adalah seperti berikut;
  1. Batu Cincin (boleh lah dianggap seperti Cabochon)
  2. Faceted Stone (sew on stone)
  3. 3 jenis manik untuk digunakan membalut Batu Cincin
  4. 3 jenis manik untuk digunakan membalut Faceted Stone
  5. Fabrik
  6. Jarum khas untuk 3D
Banyak kan yg anda akan dapat? 

Dah rasa best tak? Ke tak best lagi??? Korang nak best lagi????





















Korang memang suka perasan best tau hahahaha....


























And bertambah best lagi sebab akak bagi BONUS ok... 

Aku akan sertakan juga few photos in 4R size as design reference dalam set nota ni. Baik kan akak? ehehehe

Dan harap maklum aku juga tak kedekut tips ya. Eheheheh puji diri sendiri lagi.. Tak percaya tanya those yg dah beli starter kit Crumble.

Harga macam mana pula ya? Untuk ke semua benda yang korang akan benefits dari Nota 3D Release 1 ni, harganya cuma RM60/set tak termasuk kos penghantaran. Kalau korang rasa mahal, boleh la rujuk and survey nota2 yg ada di pasaran. Sekadar rujukan; ada yg untuk satu jenis design sahaja without material dalam 8-10 pages pun dah cost around 30-40/set. Isi kandungan? Aku tak nak komen, boleh tanya pada sesiapa yg telah membeli. Jadi ini hak memasing untuk menilai samada nota ni worth of ur money atau tidak. Tiada paksaan ya adik2...

Kos penghantaran untuk semenanjung RM7 dan Sabah & Serawak RM10. Brunei kena check, mahal sedikit rasanya. 

Amacam? Dah cukup best dah ni... Ke nak kena best lagi?? Uihh korang ni mendera akak lah... 




Ok.. ok.. last punya best ni...  sila baca dgn penuh tawaduk ya,, :P














Tak cukup tawaduk tu dik.. Lagi ke bawah...











































Special price for those yg telah membeli Starter Kit Crumble sebelum ni, harga nya cuma RM55 sahaja/set!! Dan tawaran harga special ini terbuka untuk semua juga dan sah sehingga 31 August 2012..   


Yes, till Merdeka Day!! Lepas tu harga back to normal RM60/set. Promo price tak termasuk kos penghantaran ya.

Jadi kalau ada antara korang yg berminat, boleh lah SMS ke 013-2717091 or email ke peparidsign@gmail.com. 

Fuh!!!!! Penat aku buat entry best special for korang sume. Habis panjang lebar akak cerita pasal nota 3D ni.. See? bukan senang nak kasi org paham tau.. Ke korang tak paham? Kalau tak paham memang kena beli lah jawab nya hahahahah... Kena sekali lagi :P

Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan ke email aku peparidsign@gmail.com. Nak komen kat sini pun dialu2kan....

So sekian untuk kali ini. Kita bersiaran di lain kali ya.. 

-------------------------------------------------------------------------

UPDATE!

Ok bertalu2 soalan datang. Kepada yang bertanya kalau beli Starte Kit Crumble dan Nota 3D Release 1 ni dapat special diskaun lagi tak? Alahai.. Korang saja je tau nak duga akak bulan puasa ni kan? Ok.. here is the deal.. 

SPECIAL PRICE untuk mereka yang berminat nak beli Starter Kit Crumble + Nota 3D Release 1, harga nya adalah RM140 NETT!!! Nett maksudnya tak payah bayar pstage fee dah. 

Untuk yang masih belum tahu, harga Starte Kit Crumble adalah RM87/set. Jadi secara matematiknya mari kita kira sama2 ya;

RM87 + RM60 + RM7 (postage fee) = RM154. 

Tapi sebab akak best dan korang pun feeling best hahaha, makanya harga nya jadi RM140 sahaja. Tak perlu bayar postage fee. Kita biar posmen yg tanggung hehehe...

Pada yang tanya nota 3D lain, InsyaAllah lepas Raya akan ready semuanya. And jangan risau kalau ada yang kata nak tunggu PepariDsign release semua nota baru nak beli kot2 dapat lagi special diskaun ke kan? 

Korang jangan risau... Kalau beli sekarang pun, and nanti bila dah ada nota lain nak beli lagi anda tetap akan dapat special price dari PepariDsign. Ok? Jadi kalau rasa2 nak ber3D bersama batu Cabochon di baju Raya memasing marilah dapatkan Nota 3D Release 1 PepariDsign sekarang!! 





Thursday, August 9, 2012

Cerita kan secara RANDOM


Entry Random 1:

Pandalela menang pingat gangsa weh!! And it's OLYMPICS medal weh!

Tak. Aku tak berkesempatan nak tgk secara LIVE semalam. Aku cuma tahu pagi tadi je. Perjalanan kehidupan semalam sangat memenatkan. Sampaikan Humairah pun protes dgn menangis merajuk sebaik sampai rumah. Sorry sayang.

Tahniah buat Pandalela! Satu pencapaian baru buat Malaysia. Lepas ni Menteri Sukan boleh la buat post moterm sukan apa yg perlu di beri lebih perhatian. Prioritize!!!

Dan jangan lupa sila cari pelapis Lim Chong Wei cepat!! Tapi kami mahu yang bersemangat waja dan jitu sahaja ya Pak Menteri. Yg hangat2 tahi ayam, yg suam2 kuku kami tanak.. Sila simpan buat pekasam. :P

Entry Random 2:

Semalam, sewaktu dalam perjalanan hendak ke pejabat, jalan yg biasa aku lalu jammed luar biasa. Gara2 paip pecah, jadi ramai ambil alternatif tukar laluan . Masalahnya semua tertumpu pada laluan alternatif yg sama. hehehe...

Laluan ke KL memang lah jammed berbanding laluan kontra di sebelah. Di seberang sana, aku perhatikan sebiji kereta Vios berwarna kelabu parking di tepi jalan di atas jambatan. Bawah tu Sg Klang aku rasa. Mana ada sungai lain kat KL ni kan? :)

Oleh kerana laluan aku jalan macam siput semput, jadi aku perhatikan sahaja apa dibuatnya kereta tu parking tepi jalan macam tu.

Tiba2 keluar seorang wanita berbangsa India membawa satu bungkusan plastik berwarna hijau. Dan yg paling best nya, selamba saja dia pergi ke tepi jalan tu campak plastik hijau tu ke dalam sungai. Aku?? Menjerit dalam kereta!! Kurang ajar nya!!!!! Lepas tu terus selamba pecut kereta macam tak ada apa. Ya dia buang sampah ke dalam sungai!!!

Kenapa? Kenapa kurang sangat sensitiviti org Malaysia ni? Memang kalau macam ni lah sikap segelintir kita, jgn harap Sg Klang tu kau nak buat tempat bermandi manda.

Geram sangat aku dgn perangai perempuan tu. Ambil mudah. Duduk area mana gamaknya tak ada sistem angkut sampah ke? Nak kata tak bertamadun, pandai pulak berkereta import bagai seleranya. Tinggi bebeno tamadun selera ko.. Tapi sampah buang merata macam tu je? Bayangkan berapa lama dia dah buat benda tu? And let say satu plastik sampah tu beratnya 1kg la min, kalau dia jadikan rutin seminggu 3 kali buang sampah dah 3kg. Kau bayangkan kalau dah bertahun dia buat??

Semoga perempuan tu mendapat hidayah kebersihan.

Entry Random 3:

Kempen keselamatan jalanraya akan ditukar nama.

Hmmm.. Tukar lah nama pun. Branding je tu. Sejuta kali tukar pun kalau attitude rakyat Malaysia ni tak reti sabar, tak reti tolak ansur, tak prihatin, memang tak ada maknanya. Tak perlu tukar nama lah Pak Polisi. Korang rasa apa cara terbaik nak kurangkan kadar kemalangan?

Tapi aku rasa statistik kemalangan tu kena compare juga dgn statistik kenaikan kadar kenderaan yg ada kat on the road. Kalau dah jumlah bilangan kereta yg baru bertambah, jadi logiknya number of accident pun increase lah. Tak apa, bukan urusan aku nak kira. Biarkan mereka yg lebih arif.



Ok. Mari kita sambung berehat di hari Jumaat ni. Jam dah tunjukkan pukul 1:05pm. Kaum lelaki kat opis aku ni masih ada yg tak berganjak dari tempat. Masih sempat nak menceceh dgn wanita2 yg ada di pejabat ni. Hmmm..


 




Wednesday, August 8, 2012

Entry menahan kembang cikibonbon...


Entry kembang kempis perut tahan cikivonvon kembang hahahaha...

Seperti biasa, kat opis ni kalau nak dekat Raya memang meriah kat bawah tu dgn segala neka mak nenek jualan. Mak bapak je tak jual. Tapi tahun ni tak berapa meriah sebab tapak lokasi jualan dibuat di area luar bawah khemah je. Selalu buat area lobby nyaman je nak menyopping.. Bagus jugak tak der lah ramai umat nak buang masa kat bawah tu. Strategy HR sangat!!!

Aku turun juga tadi. Saja cuci mata. Beli cream puff satu pek harga RM4.50. Nampak macam sedap. Beli juga karipap pusing. Subhanallah!! Aku memang puji sangat tangan org yang membuat karipap ni. Sangat halus lapisan nya. Semalam kawan aku dah beli, sedap katanya. Terbukti sangat sedap!! Esok belikan untuk Mr BK. Eh mana aku tau sedap ek? :P

Cantik² juga tudung yg terbaru sekarang. Senang je sekarang ni, dah ada siap manik. Harga pun aku rasa berpatutan. Tapi bila belek² jenis manik dan workmanshipnya memang berbaloi lah rasanya dgn harganya. Umpamanya macam kau beli COACH kat butik dgn kau beli kat Petaling Street lah hehehe... Tapi org peduli apa kan? Janji aku nampak cantik dan vogue berbling2 di pagi Raya nanti. :)

Ada satu gerai menarik perhatian mata aku. Jeng jeng jeng!!!! Kenapa??

Tudungnya material shiffon tapi bukan yg hi gred. Medium one. Jenis selendang cutting half moon belakangnya. Yg pasti area awning tu dah di manikkan ala ala "CRUMBLE" uolsss!!!!!!Akak terkasima sekejap. 

Tapi bukan CRUMBLE style PepariDsign lah. Hehehe.. Design ni banyak guna pearl. And not glass pearl. Tapi again macam aku cakap tadi, org tak tau belasah je sbb nampak cantik. Harga pun berpatutan, less than RM100. Ok lah kan? Kalau nak tempah dgn aku karang dah bape lak kau nak bayar.. Hehehe.. (tu aku terdengar ada org cakap tu.. :P ) Kidding...

Then saja lah kan buat2 tanya sape yg jahit. Pemborong dah siap2 hantar jahit manik. Jadi peniaga tak tahu. Tapi yg penting statement dia macam ni ok..

" Ni latest design manik ni kak. Sekarang manik semua nak design macam ni.. Nama nya Crumble"


Pitamsssssss....................



Latest design tu kekdah nya ya uols.. Kenapa lak aku nak lelebih kan? OF COZ!!! Sebab aku kan perasan aku yg cipta CRUMBLE ni.... :P Eh ada suara lagi ke nak deny? hahaha... Jgn lah marah. Kasi lah aku kembangkan segala urat badan ni kejap..

Honestly, berbaur perasaan aku. Happy.. teruja, terharu and kecewa pun ada sikit.. Sikit je tak banyak. Selebihnya aku excited dan terharu.

Tak sangka design ciptaan aku "Crumble" menjadi ikutan.. Tak kesah lah walau tak seglamour tudung Ekin ke tudung Mawi ke. Aku bukan nak glamour pun. Cuma bila sesuatu yg kita cipta menjadi ikutan dan jadi sumber inspirasi, aku rasa satu pencapaian dalam hidup aku.

Satu yg dapat aku sumbangkan kepada masyarakat. Nak sumbang wang bukan banyak sangat. Sekurangnya idea yg aku cipta menjadi sumber ilham pada org lain diaplikasi pada tudung dan dijual untuk menjadi sumber rezeki. Sungguh aku tak pernah terjangkau pemikiran aku ianya akan menjadi satu rantaian seperti ini. Subhanallah!!

Jangan salah sangka kalau kau fikir aku riak. Tidak sama sekali. Tak ada yg nak nak riak takbur. Tak ke mana. Cuma macam aku bagitau, ianya macam satu pencapaian dalam hidup aku. Tu saja, tak lebih daripada itu. Benda yg baik kalau jadi ikutan alhamdulillah lah. Kalau yg jahat korang jgn ikut eh..

Cuba juga tadi tudung tu, tapi sayang pendek dan kecil. Tak sesuai dgn saiz bidang bahu aku. Nak ambil gambar macam org jakun pulak nanti hehehehe..

Sekarang persoalaannya, siapakah yg telah memanikkan tudung2 itu? Haa.. Siapa nak naik stage jawab soalan akak ni? Meh la jgn takut2...  :)

Lepas tu aku pun berlalu penuh lenggang Mak Limah dgn kegembiraan berganda setelah berjaya membeli karipap pusing yg sedap... :)




Ya Allah, dari sesuatu yang aku rasakan tidak lagi indah pada ku telah kau ciptakan satu lagi dunia lain yang terlalu indah bagi ku. Alhamdulillah...


Tuesday, August 7, 2012

Universiti of Dapur


Aku sangat ambil peduli kalau bekerja di dapur. Kalau adik aku ada bersama di dapur sudahnya pasti aku halau dia terus. Sebab daripada mulut aku bising macam murai tercabut ekor, baik aku buat sendiri semua.

Aku suka perhatikan cara org di dapur. Cara mereka bekerja. Terutamanya anak2 gadis. Selalunya aku tgk cara anak sedara aku lah.

Basuh pinggan tapi pinggan kering dalam bakul tak dikemas dahulu. Main ditindan je. Macam mana tu? Belajar tinggi2 sampai universiti tapi benda yg sangat simple macam tu tak boleh nak fikir logiknya. Belum lagi dgn susunannya. Beterabur. Yg kaca kat atas yg plastik kat bawah. Main di letak je bertindan selagi ada ruang. Ke aku yg cerewet? Benda macam tu pun jadi hal..

Basuh pinggan sampai basah2 lantai. Lepas tu tak reti nak lap. Jangan cerita kat sinki. Kalau rajin di buangnya lah sisa makanan yg ada. Kalau tak dgn buih sabun pun melekat lagi kat dinding sinki. Jangan pula korang lupa check alas bakul kering tu. Bertakung air!!! Kalau tak dibuang punyalah hanyir baunya. Aku tak tau kat mana letaknya keprihatinan mereka ni.

Bila dah makan ramai2, cawan2 dan pinggan yg berminyak dicampurkan terus tunggang langgang dalam sinki. Bukan ke lebih baik di asingkan cawan tu? Cawan tu bukan berminyak sangat, jadi tak perlukan sabun yg banyak kalau nak basuh. Ada main rendam je dalam kuali dalam sinik.

Oh.. belum lagi dibukanya air sebesar mungkin masa proses menyabun pinggan. Perlu ke? Tak paham betul aku.

Ada yang potong cendawan tiram tu pakai pisau and papan pemotong ok. Dikerat2 nya macam potong carrot. Hahahaha... Nak tergelak aku tgk... Adoiii..  Dapat macam ni cooking partner aku memang aku halau terus dari dapur.. Nyah dikau!!!

Ada yg siang udang pakai pisau jugak. Terkial2 aku tgk dia letak udang atas papan pemotong nak kopek kulit. Ngee..... Ke biasa benda ni? Ntah aku siang pakai tangan je udang tu.Tak pun kadang guna gunting nak potong janggut dia.

Hmmm... anak muda sekarang jangan lah ambil mudah sangat. Sekalipun kita belajar tinggi mana pun, hal perihal dapur ni kena amik tau. Kenalah semenggah sikit buat kerja. Pakai baju and tudung lelawa bila nak keluar rumah, siap match bagai, kerja di dapur pun kena lah cantik juga.

Aku tak tahu apesal aku tulis entry ni hari ni. Tetiba aku terfikir dari sahur tadi masa masak. Aha.. aku dah ingat. Sebabnya semalam aku perhatikan Mr BK basuh pinggan. Nasib baik masih mengikut ISO aku hahahahaha..... Kadang tak capai piawai dia gak.. Tak apalah, yg penting dia tahu basuh pinggan. Ada ya laki yg lepas makan tinggal je pinggan atas meja. Macam raja! Kesian isteri mereka. Tapi nak buat macam mana kalau dah di ajar macam tu oleh parents mereka kan? Bukan tak ada. Benda ni tak jauh pun, dalam kaum kerabat aku juga ada umat manusia macam ni. Tak perlu nak kata org lain pun hehehehe...

Lepas ni adik2 jgn lah malas2 masuk dapur ya. Kalau tak reti buat tgk org buat macam mana kalau lah segan nak bertanya. Jangan memandai2.. Karang tak pasal ko jugak yg sentap bila kena sound sedas.. Lagi pulak kalau tuan punya dapur tu akak ko nih hahahahaha.. Bersedialah dikau!!!!

Sekian... terima kasih...  :)

p/s: pagi tadi sahur terlebih rajin masak prawn butter :) .. Cubaan kali ke 2 sarang telur tu menjadi tapi sedikit hangus gara2 lupa step nak masak :P

p/s: tetiba aku rasa pelik bila cakap 'dapur' banyak kali.. hahahahaha


Crumble "Eclipse"


Alahai sian adik akak ye terkontang kanting jahit manik sorang2 ye dik? hehehe.. Akak tak beberapa nak sihat lah dik recently. Akak pun tak tau kenapa. Rasa dah penuh berhati2 menjaga pergerakan bagai nih.. Cuma semalam terkucil sikit bila lepas meeting kat opis akak bawak beh laptop tu simpan dalam opis boss.. Sebelum tu akak mintak adik admin tu set up kan, tapi dah habes meeting pun lambat almost 6pm, org pun dah tak ramai kat opis nak tanak akak angkat je la beg tu. Tak lah berat mana pun. Tapi tah kenapa tgh malam tadi punya seksa akak nak bergerak atas katil. Sudahnya akak sedar 3.30am pagi tadi tapi bangun nya nak dekat jam 5am... Punya lama akak amik masa nak bangun. Seb baik Mr BK sempat sahur. Akak tak per kalau terlajak azan pun nak makan lagi hehehehe..

--------------------------------------------------------------

Ok stop cite pasal sakit.. Akak sihat.. :)

Jom kita cuci mata dgn. koleksi jahitan manik PepariDsign yg lama2 ya. Yg baru akak tak sempat nak edit gambar bagai dik.

Design kali ini menjadi pilihan akak untuk dikongsi bersama adalah untuk Mak kawan akak masa sekolah dulu. Kelas kan mak dia? Mak akak? Mau dia cabut segala manik tu karang ada lah hahaha.. Ye dik, mak akak macam akak gak, simple je.. Tgk la mak dia sape ehehehe.. Kalau mak beli baju jubah ada manik sikit pun karang balik rumah dia tetas segala manik tu hahahaha..  Tapi yg best tu bila dia tgk akak gigih jahit manik karang tetiba "ko jahit la sket kat baju mak hahaha,..." comel la mak saya..

Baju nya plain color kelabu. Nak dipakai sempena majlis perkahwinan anaknya. Sebab tu nak glamz sket lah. Tak kan ko sorang je dik nak glamz... Cuba beri kelainan kali ini, design ini dinamakan "Eclips". Kenapa? Sbb ala ala gerhana bulan gitu bila siap.

Material manik akak combine applique beaded crystal, yg dah siap bertampal tu. Tapi AWAS ya adik2, walaupun benda2 macam tu membantu kita dalam proses jahitan manik, tapi kita kena jahit sekemas yg mungkin. Applique yg akak guna kali ini ada kombinasi kristal stone and manik, jadi untuk maniknya akak kena susup sekali lagi jahitannya. Sebab selalunya yg ready made dah siap jahit maniknya ni tak kuat jahitannya. And then bila dah di gam kan di atas kain (yg jenis ni bergam) perlu juga di jahit sembat di tepinya. Perlu disembat halus ya. Jgn kasar2. Tak cantik. And kita nak pegangan dia kuat. Jadi kalau di basuh, di gosok benda tu tak tertanggal. Mcam mana rupanya benda yg akak cite ni?


Yg silver bulat kat tengah tu lah yg di tampal. 

Ok, just nak share, this thing ada banyak gred tau qualitasi nya.. Kalau beli di GM plaza lain kualitinya. Made in China. Cantik tapi tak cukup shine. Nampak sangat beza dgn yg akak guna. This one made in Korea. Jadi harganya slightly mahal dari yg jual di Plaza GM. Tapi hari tu tgk harga dia lebih kurang je dia letak. Which is jahat lah. Tapi akak somehow still rasa supplier kat JB supply barang yg lagi high quality dari KL. Suppliers KL jangan marah ya!! I love you Michelle hehehe..


 Bahagian lengan yg di "Crumble" kan..


Overall look. Simple yet nice (perasan haha)


So pada sesiapa yg tengah and masih menjahit manik for Raya, perhaps these pics can give idea and inspiration for you. Enjoy!!

Selamat berbuka puasa. 

p/s: aku suka sangat kuih biji nangka bulan puasa ni. Hari2 mesti mau. sebab tu org lain kurus akak badan naik di bulan puasa. ngeri je tgk penimbang kat tepi pintu tu.. Haruuuuu

Thursday, August 2, 2012

Aku lah pemberi harapan itu...


Aku kurang sihat sebenarnya beberapa hari ni. Biasalah sakit org perempuan setiap bulan. Alangkan yg sihat pun kalau sampai masa nya sakitnya boleh tahan bergulung guling, apatah lagi aku yg tak berapa nak sihat ni. Dua hari juga aku terbaring, susah nak bangun. Sudahnya, cuti sakit lagi lah jawabnya. Nak pergi jumpa Doc pun tak dapat sbb aku tak boleh nak bangun dari katil. Bangun dalam erti kata berjalan dgn sopan santun ye adik2.. Setakat papah2 pergi tandas tu jalan senget2 boleh lah pelan2....

Bila dah kurang sket baru berkesempatan jumpa Doc. Sebenarnya ada sebab aku jumpa dia. Doc dah pesan kalau ada symptoms kaki kebas dari pinggang ke bawah jumpa dia. So since Monday kat opis aku dah rasa kebas tu. Kaki terasa berat sangat nak jalan. Selasa and Rabu still berat and kebas. Worst part kaki kanan aku bengkak semacam! Tak pernah pula kaki belah kanan bengkak. Sebabnya symptoms aku selalu belah kiri je. Ni siap bengkak nampak urat bagai. Jakun kejap aku tgk urat2 tu timbul hehehe.. Tu yg aku jumpa Doc, nak confirm kan takut the problem discs getting worst.

Tapi tadi bila aku cerita ceriti kat dia sume symptoms, alhmadulillah dia cakap jgn risau sangat. Due to aku nya PMS pun ye gak tu.. its combination. Ye lah kan, dah saraf tunjang problem, bila ada benda kecil sket je terkucil dia jadi involve the whole body. And yes aku lupa, aku ada high inflammable cell which is memang senang sangat sakit badan aku.

Bila jad last patient, session aku jadi lama dgn Doc ni.. A very fatherly person.. Sangat lembut, sopan santun org nya. Sangat supportive. He asked about my work my life macam mana so far. FYI, aku dah jumpa Doc ni since 2009 lagi. So sedikit sebanyak dia tahu pasal personal life aku.

Tadi dia buat aku rasa nak menangis Despite of apa yg aku tempuhi for past few years ni, he told me that I am very lucky person. Sbb aku ada FAMILY!! Aku ada suami, aku ada anak.

"What else you want Umi? Forget about ur work. Do you remember when the 1st time you asked me whether you will be ok or not if you're pregnant? See now? You already have a kid!!. I have lots of patients asked me the same questions. And do you know what? I will tell them your story. How you survive. There was a Chinese lady asked me the same question. The moment I told her about you, she cried immediately. Because she believes that she has a hope. Your story give hope to them. Can't you see?"

Sumpah.. Air mata aku dah bergenang. Tapi aku kan suka control macho hehehe.. jadi aku macam tersipu2 kontrol senyum kambing..

Subhanallah... Aku tak pernah pun terfikir sampai ke arah tu. Tak pernah terfikir cerita aku beri satu harapan kat org lain. Bukan sorang dua.

Tapi tadi Doc Harwant buka minda aku. Buka mata aku. Betapa bertuah nya aku. Betapa aku patut bersyukur padaNya. Dihimpit segala masalah ciptaan manusia bukanlah sepatutnya satu benda yg perlu bebani kepala ku. Aku punya anak kecil yg perlu aku besarkan. Satu tanggungjawab besar amanah yg diberikan. Punya suami yg perlu di jaga sama. Eh ke dia jaga aku? hehehehe...

Dalam masa yg sama aku cukup tak sangka ada yg inspired bila dgr cerite aku. Sebenarnya bila kau cakap pasal slip disc problem, masalah nya perlbagai. Setiap pesakit tak sama symptoms nya. In general org akan cakap slip disc problem. Tapi problem nya macam mana? Yg tu kena amik tau. Setakat tergelincir dari takuk asal maybe boleh urut2 tolak2 masuk balik ye tak? Tapi kalau dah hancur macam tahu jepun tu kau nak suruh aku urut tang mana pulak? Urut2 boleh cantum naik balik ke disc tu? Lagi hancur jahanam karang sape nak jawab? Wah emo lak akak ko ni hahaha

Bila kau jumpa orthopedic pun tak sama response derang. Aku dah usung MRI aku jumpa few ortho yg dikatakan antara the best. Quite a few tak galakkan aku get pregnant. Sebenarnya Dr Harwant ni sorang je yg support aku pregnant tanpa sebarang doubt!


" You don't worry about you. I am here for you. You focus on your family planning"... 


Dia antara mereka yg sangat happy bila aku bagitau aku pregnant. Berkali2 dia salam Mr BK... Suka sangat dia.

Kita ni kadang selalu tak sedar kan? Kena ada org yg selalu sedarkan kita. Kadang org tu bukan pun dari darah daging kita. Tapi kesedaran yg kita terima kadang menusuk kalbu.

Aku bukan nak promote tapi aku rasa dia memang antara Doc yg terbaik pernah aku jumpa. Bukan sahaja dari kepakarannya, tapi juga dari cara dia berinteraksi dgn pesakit. A very good listener. Setelah bertahun2 jumpa ortho dgn jawapan yg sama " biasalah tu sakit2 belakang kalau dah slip disc", tapi with him, straight away he sent me to do blood test. And the results? High inflammable cell.. Explain everything. So in my case, not only fixing the disc, but to manage the pain. Tho the discs are fixed, still I have the pain problem. See? Faham tak?

Selalu org akan tanya aku, eh dah operate pun sakit lagi ke? tak baik2 ke?

Again, macam aku cakap, selalunya kes slip disc ni dia tak sembuh 100% macam kau baik demam. Kau boleh guna thermo tu ukur suhu oooohhhh dah baik dah. Kiranya kau ada kayu pengukur kau. Tapi kalau slip disc ni lebih kepada membetulkan apa yg rosak. Jadi kadang ada symptoms lain yg still ada. Contoh, scar tissue.. nerve problem..

Tapelah.. cite panjang2 pun kang end of the road org tanya aku same question gak hahaha.. Nanti aku rakam statement bawak ke hulu hilir.. Tekan je rewind button.

Projek manik akak apa cerita? Tak jalan lah dik dah bape hari tak bangun ni. Seram sejuk gak akak ni. Jahit dah la tak selaju dulu. Adik nak tolong akak?? Jom lah.