Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Wednesday, April 11, 2012

Nikmat seorang IBU



Kalau dulu, matahari tegak atas kepala baru nak bangun tido. Sudahnya? Bangun tido kepanasan.. kadang pening² kepala..

Kalau dulu, breakfast tak makan pun tak apa. Terus skip makan for lunch. Sudahnya? Makanlah lunch tu terus ala² mengcover breakfast sekali. Bughuk rupa!

Kalau dulu, tak tidur pun tak apa.. nak berjaga sampai pukul berapa pun tak kesah. Sudahnya? Kemain cantik bawah mata lebam kan?

Kalau dulu keluar jalan² nak balik pukul berapa pun tak kesah. Nak tengok wayang marathon midnite pun tak ada masalah... Sudahnya? Esok pagi kompem matahari dah tegak baru mata reti nak celik

Rupanya aktiviti aku dulu tak mendatangkan kebaikan pun pada aku. At least tak banyak mendatangkan kebaikan.... Baru sedar diri. :)

Betul kata orang. Bila title emak/ibu atau apa² gelaran yg seangkatan dgnnya kita pegang, semuanya berubah. Secara automatik. Macam ada satu button alarm dalam badan kita ni, once being a mother. Tak perlu dipaksa². Tak perlu disuruh².. Kalau ada mesti dia spesies perempuan lain sket hahahaha....

Itulah yg aku alami setelah 7 bulan bergelar seorang mak.

Bangun seawal pagi, sediakan bubur untuk si anak. Sempat masak untuk breakfast. Kadang sempat masak untuk lunch sekali for Mr Assistant. Terlebih rajin kan aku? Tak tau dari mana tenaga tu datang semua.

Malam, aku punya tidur yang cukup. Alhamdulillah, sepanjabg menjadi seorang emak ni aku belum lagi disusahkan oleh anak ku. Tidurku tidak diganggu dengan tangisannya. Tak perlu berjaga malam. Setakat merengek nak susu tu biasalah kan? Yg best nya selewat mana aku pejamkan mata pun, esok pagi sure macam dah di set kat mata bangun awal.

Pemakananku lebih teratur. Makan ikut aturan. Breakfast, lunch, tear and dinner semua ikut time. Kadang siap tea bagai. Over kan? hehehe.. tapi lebih teratur lah aku rasa. Perut pun tak lah meragam dgn gastrik. Yes. Itu yg aku perasan. Kalau dulu aku suka skip breakfast, selalu sangat kena gastrik tapi tak pandai² nak jaga diri sendiri. Padan muka!

Pendek kata, jadi seorang mak ni sangat indah pengalamannya. Kalau aku tau, baik aku kahwin awal buat anak reramai hehehehehehe... Seronok kan ada anak ramai? Aku tak pasti fizikal aku mampu atau tidak untuk tambah lagi selepas ini. Takper lah. Biarlah yg ada ini ku jaga dengan baik. Biarlah dia membesar sebagai seorang anak yg soleh. Biarlah punya seorang sahaja anak, jika itu takdirNya. Yg pasti aku puas, kerana aku punya pengalaman untuk ku ceritakan kepada dunia, aku bangga menjadi seorang emak. Terima kasih Humairah kerana memberikan Mama peluang ini. Mama akan cuba sebaik upaya menjadi seorang ibu yg baik sebagai contoh teladan.


Alololo.. sedap ke nak oi??

2 comments:

  1. Salam pepari..lamanya akak terputus contact kat sini kan...dalam senyap2 dah jadi emak ya? tahniah...

    jadi emak ni memang penatnya usah cerita tapi nikmatnya hanya kita-kita jer yg tahu...

    moga terus cekal dan sabar dlm mendidik Humairah ya (hmm..sipipi nan merah...), cium sikit untuk dia ok?

    ReplyDelete
  2. ...dan mane tau Umi juga akan dianugerahkan kekuatan, kesihatan utnuk menambah lagi nur yang sediada...kalau Allah nak bagi, esok pun boleh, kan... Tahniah kerana kita dipilih untuk menjadi Ibu, Mama!

    ReplyDelete