Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Thursday, April 5, 2012

Hari Sukan Mak Bapak Budak

Semalam buat pertama kalinya aku ke Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya. Seharian di sana dari pagi hingga ke petang kerana opis aku buat Hari Sukan. Menarik juga tempatnya. Sesuai untuk dijadikan tempat beriadah sekeluarga.

Hari Sukan buat mak bapak budak memang seronok. Tersenyum dan ketawa aku melihat keletah masing². Seperti biasa tugas aku adalah sebagai Emcee.. Malam sebelum tu tak tau berapa biji ubat sakit tekak aku kulum. Tak cukup dgn tu aku tala Fisherman fren plak. Yang sebenarnya aku di ambang² nak flu. Alhamdulillah.. tak berapa sakit pagi semalam. Tapi towards petang perit bukan main tekak aku. Sebabnya aku pun sama lebih² bersorak hahaha...

Tak tau kenapa, tapi rasanya aku semakin suka dgn job yg opismate aku berikan. Rasanya memang sepanjang aku bertugas di sini, hampir ke semua event aku ditugaskan menjadi MC. Ramai yg terkejut juga bila melihat karakter aku yg bertukar serta merta bila dapat pegang mic. Giler mic gamak nya aku ni hehe..

Semalam di Hari Sukan, aku makan agak lambat. Bila lambat tempat duduk pun dah penuh. Aku mudah org nya. Tak perlu kawan pun nak makan hehe.. Tgk lah size badan ye tak? Aku masih boleh menyuap walaupun tidak punya kawan yg aku kenal di sekeliling. Dari pemerhatian aku, ramai yg masih suka untuk menunggu 'geng' untuk makan bersama. Semalam aku duduk di meja yg semuanya lelaki. Bukan sebab gatal ke apa. Sebabnya kat situ je yg banyak kusi kosong. Yg lain full. Ada terlebih² full bila kerusi di tarik semata² nak ber'geng'. :)

Seronok juga sekali sekala lepak dgn opismate lelaki ni. Rasanya topic perbualan lebih open. Tetiba aku boleh borak pasal golf hahaha.. Dan yes, aku berjaya kenal beberapa org budak yg baru je join masuk keja. Kalau nak tau opis aku skang ni ramai budak baru. Aku pulak yg dah 3 bulan bercuti memang ketinggalan ketapi lah nak kenal sengsorang. Jadi aku rasa ini platform yg baik untuk aku kenal mereka.

Tak tau kenapa, tapi menjadi MC merupakan satu kepuasan. Aku puas kalau org gelak dgn lawak aku.. walaupun seorang hehehe.

Apa yg aku suka bila menjadi MC, dah nama nya Master of Ceremony.. aku rasa aku ada satu peluang untuk menjadikan event tu meriah atau sebaliknya. Aku selalu percaya walau segah mana majlis tapi kalau MC tak best maka aku akan frust. Mungkin sbb tu aku selalu cuba baiki diri sendiri sbb selalu mengata MC lain tak best hahahaha. Menjadi seorang MC juga kita kena kreatif.

Sebenarnya bila jadi MC, secara tak langsung kita dapat kenal ramai org. Dapat perhatikan org nak dgr kita cakap atau tidak. Aku suka perhatikan bila aku handle satu majlis atau bila aku diundang memberi presentation, muka setiap crowd. Ada yg beri perhatian ada yg tidak. Yg beri perhatian is a good sign for me. Tapi yg muka muncung macam mati kucing tu lah yg perlu aku tackle.

Pernah seorang consultant luar approach aku ketika aku handle sebuah seminar. Dia mencadangkan aku tukar profession jadi seorang consultant. Maksud nya macam dia lah bercakap org bayar ribu². Wah kembang kejap akak kan?? Harus lah. Sbb nya yg ckp tu omputeh okes.. wah ko mementang omputeh ko bangga kan? hahaha.. cuba kalau Bangla sapu sampah yg puji... Tapi bila aku fikir kan balik, omputeh tu ijazah je berlonggok², dgn master dah PHd yg bukan satu dua ok.. ko mampu ke? Veranganss.. jadi MC je sudeh...

Tapi hakikatnya, aku rasa aku memang ada talent ko suka bagi org dgr. Suka bagi penjelasan kat org. Tapi aku tak rasa aku suka jadi Cikgu. Sbb adik aku pernah cakap aku garang macam ahli sihir!!!

Tapi aku boleh je ajar org menjahit manik kan? Aku garang ke? Cuba kabar sket kat akak ni?

Sambil tu enjoy this pic...


No comments:

Post a Comment